Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Pengalaman mencari rumah dan beli atau sewa?

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah

Apabila 2 kali terpaksa perpindah dari rumah sewa ke rumah sewa yang lain dalam masa yang singkat tentunya kami berfikir, alangkah indahnya mempunyai rumah sendiri.. banyak kelebihan bila mempunyai rumah sendiri.

Pernah terlintas di hati, kalau rumah yang sedang di duduki sekarang (kami akan berpindah minggu hadapan) adalah milik kami sekeluarga, tentu banyak yang boleh dibuat, menggantung ayat2 al-Quran di dinding, mengecat bilik dengan warna kesukaan, mengubah suai rumah agar lebih fleksibel untuk kami yang mempunyai 2 anak yang masih kecil, mewujudkan ruang permainan dan pembelajaran anak-anak2.. dan satu lagi menyambung sedikit di bahagian "porch" untuk dijadikan mini butik mamahusnashoppe , tapi itu semua hanya anganan, kerana rumah ini bukan milik kami, kami hanya menyewanya sahaja.

tapi tatkala kami diberitakan oleh tuan rumah akan notis tak sampai sebulan (melalui sms), bahawa kami perlu mengosongkan rumah ini , apa yang mampu kami buat? namun semua ini sudah dalam perhitungan saya tatkala baba memberitahu tentang isteri tuan rumah yang telah tamat pengajiannya sebulan lebih awal. Saya juga telah memberi amaran kepada baba supaya bersiap siaga tentang perkara ini. Nah !! perkara yang saya andaikan sudah terjadi. apa yang mampu kami buat? tentunya kami terpaksa keluar juga, cuma masih berterima kasih kepada tuan rumah yang tidak menggesa kami, andai kami telah ketemu rumah idaman kami, barulah kami keluar.

Maka bermulalah pencarian rumah sewa yang akan kami duduki... ke kawasan Guchil,ah! saya rasa tak betah tinggal di sini, terlalu padat dan rumahnya rumah tradisi.. walaupun hampir2 bersetuju untuk menyewa sebuah rumah itu, tetapi Allah Maha Kaya, kami diberikan pengalaman yang cukup untuk menjadi alasan untuk tidak menyewa, kejadian tersebut membuatkan kami kenali karenah tuan rumah yang mempunyai amarah yang tinggi. Andai kami mendiami rumah tersebut dan terpaksa keluar lagi, tentu tuannya ini tidak sabar. dan hasil daripada selidik yang kami buat, ramai yang menyewa tetapi tidak kekal lama.. tentu ada sebabnya kan?

Saya telah menulis di FB tentang masalah ini, ramai yang memberi pendapat dan cadangan,(terima kasih semua :) ) dan ada di kalangan sahabat2 FB saya mencadangkan agar meninjau di Taman Perumahan Perisai Wira  yang terletan di Lebuh Raya Gua Musang dan dibelakang Dataran Damar.
Petang selepas abis sekolah dan mengambil anak, kami dengan penuh keterujaan ke sana... Walah !!! cukup2 cantik dan kemas struktur nya... hati saya sudah terpikat. Kami meronda dan mencari, ada 1 rumah yang ingin disewa tapi kami terlewat... keesokanya kami datang lagi, dan berkenalan dengan seorang kakak ni aka ustazah smk B*****, dia memberitahu kami ttg rumah sbelahnya...... dan bermula proses yang sedang kami usahakan sekarang,,,,,,,, ( tak dpt nak cerita lanjut lagi )
cuma di saat ini, kami terasa ingin memiliki rumah tersebut, bukan untuk kami sewa tetapi membelinya...
rumah itu cukup2 comel dan cute... saya dah berkenan, baba pun berkenan juga, anak2 ? tentunya mereka suka.... saya sudah seperti orang di rasuk cinta, tak nampak tuan pun tak pelah asal blh tengok bumbung... ada ceritanya ;)

sambung episod akan datang :)

No comments:

Post a Comment

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel