Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Mubarak semua...

Alhamdulillah... syukur pada nikmat mu yang tidak terhingga, lantas memberikan peluang kepada hambamu ini untuk menikmati dan merasai nikmat ramadhan bagi tahun ini.

Buat teman2 semua, selamat menyambut ramadhan dengan penuh ibadah . jadikan bulan ramadhan madrasah tarbiyyah membunuh nafsu yang merajai jiwa kita selama ini.
Jangan dilepaskan peluang sale yang begitu hebat yang diberikan Allah SWT.

jom baca artikel di bawah, muga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua..



Sejarah menjelaskan kepada kita bahawa pada bulan Ramadhan, Allah berkenan menurunkan Al Qur'an untuk menjadi petunjuk, penjelas petunjuk dan furqan yang menyingkap tabir kegelapan manusia dan alam ini.
Peristiwa ini di abadikan di dalam Al Qur'an, melalui firman-Nya: "Bulan Ramadhan, iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur'an (sebagai) petunjuk bagi (sekelian) manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai pembeda (antara yang haq dan yang bathil)....." surah Al Baqarah ayat 185. Oleh itu antara amalan yang digalakkan oleh Rasul Allah untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan adalah tadarus Al Qur'an.
Amalan tadarus di bulan Ramadhan bukan hanya membaca ayat-ayat Al Qur'an sahaja, tetapi yang paling penting adalah macam mana Al Qur'an menjadi pedoman, panduan serta standard kehidupan muslimin dalam merekaf menjalani kehidupan sehari-hari. Firman Allah SWT: "Orang-orang yang Kami datangkan kepadanya Al Kitab (Al Qur'an) mereka membacanya dengan sebenar-benar membaca. Mereka itulah (peribadi-peribadi) yang mengimani Al Qur'an. Maka barangsiapa mengingkarinya (kafir terhadap Al Qur'an), maka mereka itulah yang akan mendapatkan kerugian" surah Al Baqarah ayat 121. Menurut para ulamak, membaca dengan sebenar-benar membaca (haqqa tilawatihi) mengandungi maksud:
1. Membaca secara lisan menggunakan kaedah tajwid yang benar.
2. Menghafaz ayat-ayat Al Qur'an sesuai dengan kemampuannya.
3. Memahami kandungan isi Al Qur'an.
4. Mengamalkan isi dan kandungan Al Qur'an dalam kehidupan sehari-hari.
Ibnu Mas'ud ra berkata yang bermaksud: "Kami dahulu belajar membaca Al Qur'an tidak lebih dari 10 ayat dalam sehari. Kami tidak menambahkan bacaan ayat-ayat itu sebelum kami memahaminya sertamengamalkannya". Membaca Al Qur'an sebagaimana yang dijelaskan dalam surah Al Baqarah ayat 121 di atas, mengandungi maksud yang sangat jelas iaitu bahawa, Al Qur'an bukan sekedar bahan bacaan yang di dalamnya ada cerita Nabi-nabi dan Rasul, tetapi iaf mengandungi nilai-nilai kehidupan yang universal, manusiawi serta menjamin akan adanya kehidupan yang bahagia baik di dunia mahupun di akhirat. Sabda Rasul Allah: "Aku tinggalkan dua perkara, apabila kamu sekelian berpegang teguh kepadanya tak akan mungkin tersesat untuk selama-lamanya, yaitu al Kitab (Al Qur'an) dan As Sunnah Rasul-Nya".
Bagi seorang muslim, Al Qur'an merupakan panduan tentang konsep kehidupan yang hakiki, nilai-nilai akhlaq yang universal, panduan untuk hidup secara vertikal terhadap Tuhannya serta juga panduan kehidupan horizontal sesama manusia serta alam semesta. Hubungan-hubungan kejiranan, kemasyarakatan, ketatanegaraan, sosio budaya, kemanusiaan semesta diambil serta di pandu menggunakan kayu ukur Al Qur'an. Al Qur'an menjadi sumber ilmu pengetahuan, serta sumber pembuatan undang-undang dalam kehidupan berbangsa dan bernegarasehingga, nilai-nilai serta peraturan-peraturan yang dihasilkannya sentiasa bersesuaian dengan kehendak Allah sebagai pencipta manusia dan alam semesta.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
[Surah al-Baqarah 2: Ayat 185]

sumber : http://www.iluvislam.com/

Selesai dua perkara

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah,

alhamdulillah, alhamdulillah dan syukur ya Allah, semalam dan hari ini kami sekeluarga telah menyelesaikan dua perkara yang penting sebelum memasuki rumah baru kami. Terima kasih tak terhingga buat adik2 ku semua yang telah bertungkus lumus dan tentunya ayah dan mak juga tak terkecuali membasuh dan mencuci rumah kami... alhamdulillah kerana memberi pertolongan yang maha besar ertinya buat kami, meringankan kerja kami yang mempunyai anak2 kecil, terima kasih juga kepada jiran sebelah kak ju dan suami yang sudi meminjamkan wayar air untuk memudahkan urusan membasuh rumah kami.

Semalam pula, kami ke G-Orange di Tunjung untuk membeli lampu dan juga kipas untuk rumah kami dan juga adik pula membeli lampu dan kipas untuk rumah mak dan ayah.. tahun ni berlaku banyak transformasi di rumah mak dan ayah.. harap mak dan ayah menyukainya.. 
Sepetang di G-Orange amat-amat memabukkan dan merambangkan mata .. sungguh cantik dan lawa2 semua barang yang ada, seakan nak memborong semua :) emmmmmmmmm... akhirnya kami memilih lampu kristal yang cantik dan harganya cukup ekonomi, lampu untuk ruang makan yang comel dan cute, dan lampu rendah watt untuk semua bilik.. tapi tak semua kami beli, rasanya esok atau lusa perlu ke sana lagi untuk mencukupkan bilangan 18 biji dan tempat untuk lampu. Manakala kipas belum di beli lagi.. banyaknya kena habiskan... huhuhu... budget.. budget... beli yang cantik tapi harga yang ekonomi..

Hari ni juga kami pergi survey harga untuk grill... kami jangkakan dalam RM5000.00 termasuk pagar keselamatan di tangga, dan pekerja kedai tersebut dah ukur semua, tokey sms bagitau untuk semua tingkap atas dan bawah, pintu dan sliding door dalam RM 3000.00.WOW!!! diluar jangkaan kami :) , selepas itu baba pergi ke beberapa kedai untuk survey, ada yang letak dalam RM 5000.00 dan ada yang RM 6000.00.
so, kami buat keputusan untuk menempah dengan kedai yang pertama, harganya jauh sangat berbeza.

Harapnya dapatlah mereka terima tempahan dan siapkan dalam minggu ni,, kesian kami... hanya ada 1 minggu aje... :(

oh ya, untuk mereka yang sedang survey untuk membeli rumah atau berhajat untuk membina rumah, buatlah kajian dan survey dahulu ya...

Doakan semoga segala gerak kerja kami dipermudahkan ALLah .. ameen ya Allah

Pengalaman mencari rumah dan beli atau sewa?

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah

Apabila 2 kali terpaksa perpindah dari rumah sewa ke rumah sewa yang lain dalam masa yang singkat tentunya kami berfikir, alangkah indahnya mempunyai rumah sendiri.. banyak kelebihan bila mempunyai rumah sendiri.

Pernah terlintas di hati, kalau rumah yang sedang di duduki sekarang (kami akan berpindah minggu hadapan) adalah milik kami sekeluarga, tentu banyak yang boleh dibuat, menggantung ayat2 al-Quran di dinding, mengecat bilik dengan warna kesukaan, mengubah suai rumah agar lebih fleksibel untuk kami yang mempunyai 2 anak yang masih kecil, mewujudkan ruang permainan dan pembelajaran anak-anak2.. dan satu lagi menyambung sedikit di bahagian "porch" untuk dijadikan mini butik mamahusnashoppe , tapi itu semua hanya anganan, kerana rumah ini bukan milik kami, kami hanya menyewanya sahaja.

tapi tatkala kami diberitakan oleh tuan rumah akan notis tak sampai sebulan (melalui sms), bahawa kami perlu mengosongkan rumah ini , apa yang mampu kami buat? namun semua ini sudah dalam perhitungan saya tatkala baba memberitahu tentang isteri tuan rumah yang telah tamat pengajiannya sebulan lebih awal. Saya juga telah memberi amaran kepada baba supaya bersiap siaga tentang perkara ini. Nah !! perkara yang saya andaikan sudah terjadi. apa yang mampu kami buat? tentunya kami terpaksa keluar juga, cuma masih berterima kasih kepada tuan rumah yang tidak menggesa kami, andai kami telah ketemu rumah idaman kami, barulah kami keluar.

Maka bermulalah pencarian rumah sewa yang akan kami duduki... ke kawasan Guchil,ah! saya rasa tak betah tinggal di sini, terlalu padat dan rumahnya rumah tradisi.. walaupun hampir2 bersetuju untuk menyewa sebuah rumah itu, tetapi Allah Maha Kaya, kami diberikan pengalaman yang cukup untuk menjadi alasan untuk tidak menyewa, kejadian tersebut membuatkan kami kenali karenah tuan rumah yang mempunyai amarah yang tinggi. Andai kami mendiami rumah tersebut dan terpaksa keluar lagi, tentu tuannya ini tidak sabar. dan hasil daripada selidik yang kami buat, ramai yang menyewa tetapi tidak kekal lama.. tentu ada sebabnya kan?

Saya telah menulis di FB tentang masalah ini, ramai yang memberi pendapat dan cadangan,(terima kasih semua :) ) dan ada di kalangan sahabat2 FB saya mencadangkan agar meninjau di Taman Perumahan Perisai Wira  yang terletan di Lebuh Raya Gua Musang dan dibelakang Dataran Damar.
Petang selepas abis sekolah dan mengambil anak, kami dengan penuh keterujaan ke sana... Walah !!! cukup2 cantik dan kemas struktur nya... hati saya sudah terpikat. Kami meronda dan mencari, ada 1 rumah yang ingin disewa tapi kami terlewat... keesokanya kami datang lagi, dan berkenalan dengan seorang kakak ni aka ustazah smk B*****, dia memberitahu kami ttg rumah sbelahnya...... dan bermula proses yang sedang kami usahakan sekarang,,,,,,,, ( tak dpt nak cerita lanjut lagi )
cuma di saat ini, kami terasa ingin memiliki rumah tersebut, bukan untuk kami sewa tetapi membelinya...
rumah itu cukup2 comel dan cute... saya dah berkenan, baba pun berkenan juga, anak2 ? tentunya mereka suka.... saya sudah seperti orang di rasuk cinta, tak nampak tuan pun tak pelah asal blh tengok bumbung... ada ceritanya ;)

sambung episod akan datang :)

Susu Ibu Tidak Akan Kering



UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.
Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.
Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.
"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.
"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.
Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.
Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.
Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.
"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.



Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.
Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.
"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.
"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.
FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?
FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.
Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.
"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.

PARA ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan-bulan biasa.



"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.
Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.
Berlatih sejak Syaaban
Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.
"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.
"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.
Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.
"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.
Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm
Assalamualaikum dan salam ukhuwwah,

Ini kali kedua membaca kisah Norma dan Talib, kali pertama membacanya di blog Moon
tak sempat nak kongsikan di sini, memandangkan masa untuk berblog adalah sikit dan tak sempat nak mengarang ayat. so.. masa buka FB geng mum biz, ada someone postkan tentang kisah Norma dan family daripada
BLOG AINI , saya terus copy aje daripada blog Aini , kredit to Aini , syukran . semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu Norma dan Talib dalam mengharungi ujian daripada Allah yang Maha Berkuasa. Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya dia tidak mampu menghadapi ujian tersebut.


+======================================================================
Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*
Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.
Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.




Norma and Talib on their wedding day



Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal.
Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.


 

ini adalah Rafiq..permata hati Norma & Talib


Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan*
 

Norma at hospital. Jauh beza dengan waktu dia sihat :(

I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan. 

Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?


Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...

Rafiq with his mother...ohh~ (T__T)

Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.
cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif


Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.

Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)


a very strong husband...to a strong wife

Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang.
Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.


Diarimamahusna : Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga ini menghadapi ujian ini..

Kena Pindah lagi...

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah


balik dari sekolah tadi, baba sayang minta saya bacakan sms daripada tuan rumah sewaan kami, emmmmm betul lah apa yang ku sangka kan selama ini, terbukti sudah dengan mesej tersebut, tuan rumah sudah menunjukkan tanda2 untuk menduduki rumahnya... ohhhhhhhhhhhhh tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!! kami di HALAU sebab tak bayar sewa. Oh sewa nya kami tak pernah miss... ini bukan disebabkan masalah pembayaran sewa ya... hallu!! kami bayar ya :).. so jangan suul zhan (buruk sangka)!!

sebenarnya "wife" (dengan izin) tuan rumah aka penama rumah yang kami duduki sekarang telah menghabiskan pengajiannya, jadi dia sudah pulang ke kampung untuk meneruskan kerjanya sebagai puan misi, jadi dengan itu... puan rumah mesej dan bagi tempoh sebulan agak2nya utk kami mencari rumah sewa baru... huhuhu  ......... ini kali ke 2 kami pindah dalam area kuala krai ni.... kalau pindah ke KB ke! ke MAchang ke... suka juga... tapi tuntutan kerja tidak mengizinkan...

so petang tadi, kami sekeluarga telah membuang masa kami , untuk mencari rumah sewa, kami mulakan pencarian dia kawasan guchil yang mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi, kebanyakan rumah area (dengan izin) tersebut adalah rumah kampung dan dipenuhi dengan penduduk tetap. tiba2.. ada rumah yang kosong, cuba intai2 dan tanya jiran terdekat, rumahnya dari luar nampak ok, kadar sewa RM 450.00, Insya Allah, khamis ni tuan rumah datang untuk memberi peluang kami meninjau2...  ok stop yg tu.. lupa nak snap gambar tadi.

seterusnya kami mencari2 lagi , kot2 ada yang lebih baik,.. tapi tak de .. :( , terdapat berita dari jiran ... selang 2 @ 3 rumah daripada rumah yang kami usha tadi, rumah tu, kecil dan sempit, tak padan dengan kadar sewaannya... emmmmmmm ... nanti kita tengok khamis ni ya...


oh ya,,, tadi saje2 gatal tangan, letak kat wall tentang perkara ni, so ada suggestion dari jiran sebelah supaya usha2 di taman perisai wira, nanti kami p tengok esok.. mana tau ada yang berkenan .. thanks ya jiranku..

oh ya... kali ni kriteria utk memilih rumah sewaan kami yang ketiga adalah sebagaimana berikut :

1) berdekatan dengan MASJID
supaya tiap kali masuknya waktu azan atau tiap kali ada tazkirah, ku boleh PJJ mendengarnya , and senang kalau nak solat jemaah... rindunya ...

2) Senang access dengan facilities sepeti kedai runcit, pejabat pos, dan etc..

3) apa ya.,.. nanti2 lah tambah...

hope pencarian esok bakal memberikan berita gembira utk kami sekeluarga.

HAK ANAK DALAM ISLAM


      diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a memanggil anaknya  dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibu bapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar :" tidakkah anak juga ada hak ke atas ibu bapanya ?"Jawab Umar:" Ya!"
Anak itu bertanya :"Apakah dia hak-hak mereka?" Saidina Umar menjawab, hak-hak anak ialah : " Hendaklah bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran."
Si anak terus menjawab selepas itu:"  Dia tidak membuat satu pun daripada 3 hak tersebut. Yang pertama dia tidak memilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro, hamba kepada seorang Majusi.Kedua, dia menamakanku, Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada  Al-Quran. "
 Saidina Umar r.a pun berkata:" Adakah kamu datang untuk mengadukan kepada ku kederhakaan anakmu.......................... kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu".

sumber : Anakku Hebat Anakku Soleh (m/s 14)

Berhujung Minggu @ Playground Mache

inilah ateh, (sedang menunggu panggilan U), baby sitter naufal dan kakak Insyirah
mama dengan che ngah duk shopping kat Econjaya, beli keperluan anak2 dan sambil2 window shopping, tgh ada sale handbag... eii cantiknya !! tergoda... tergoda... tapi........ stop!!! buat tak nampak je... budget !! budget !!!


Botak .... halussssssssssssss je !!! kalau sebut halus... naufal mesti usap kepalanya... kalau kita dari depan ke belakang, versi naufal belakang ke depan...... mudah aje budak2 mengikut........ itulah setiap tindakan  dan kata-kata kita sebagai orang dewasa  perlu ada batasan tatkala di hadapan anak-anak.. kerana mindanya mudah menyerap apa yang di dengari dan di lihat oleh mereka.. ibarat span.. kalau diletakkan di dalam air,.. menyerap air bagitulah anak-anak.....

kakak dan ucu serta ayahsu... ada pasang surutnya.... kakak sekarang dan pandai nak gaduh2 , hasil daripada pemerhatian dan pergaulan.. adoiii !!!  ..... dengan mak sedaranya dan ayahsunya tu...... tapi mama lah kena tapis dan pesan pada kakak.......

adik..... ralitnya bermain...... suka hatinya

eh.. ada juga.... ni dah nak balik dah ni.......... !!! selepas pekena aiskrim potong sebatang sorang .. kesian adik naufal... tengok aje orang lain makan.... adik tak boleh lagi... adik kena makan, makanan yang mama sediakan... tak boleh makan ikut suka.......

tips.... : sedikit masa bersama keluarga tetapi menggunakan sepenuhnya masa tersebut, lebih baik daripada punya banyak masa, namun tidak menggunakan masa tersebut untuk keluarga .

Pi KKB

assalamualaikum dan salam ukhuwwah....

hari ni lepas sekolah, singgah ambil anak2 terus ke Klinik Kesihatan Bandar untuk routine check up naufal, sepatutnya awal bulan Jun, tapi disebabkan kekangan masa dan mesyuarat yang tak berkesudahan sepanjang Jun, maka hasrat terpaksa disemat dalam hati, ditambah dengan penyakit 'M' yang ada... entah kenapa, asal nak ke klinik, berat aje hati ni... dari dulu2 lagi...

hari ni, Naufal disuntik utk 12 bulan iaitu suntikan MMR. akronim bagi Meaps,.... (lupa pula)  , Rubella yang mana kalau dulu jaman2 kita, suntikan ni diberikan masa kita umur 12tahun ... ala masa kita2 dok main kejar mengejar and batu selambut, senang cerita masa kita darjah 6 dulu tu...  mesti ingatkan kan? tambah2 yang lari menyembunyikan diri takut  nak kena cucuk ke misi.. masih kah ingat saat itu? terkenang jaman nakal2ku

oh.. berbalik pada cerita utama hari ini, sampai kat klinik tu, kena ambil no giliran dulu kat bawah, kalau sebelum ni, terus aje ke kaunter dan cakap ibu dan anak terus dapat no giliran, tapi tadi dah berubah rupanya... kena letak dulu buku biru tu dan tunggu nama di panggil... rasanya ambil masa 5 minit kat situ... apatah relevannya ? bukankan merugikan masa, kenapa tak kekalkan sistem sebelum ini? entahlah.. mungkin ada sebabnya.. tapi saya tak nampak apa relevannya..

ok.. klinik ibu dan anak ni letaknya di tingkat 1, ada lift... guna lift aje... jangan tertukar dengan klinik kesihatan ya, sebab saya punya SIL dah kena jerkah oleh misi situ sebab silap masuk bilik... kenapalah diorang ni takleh sound baik2? peliknya..!!!

kat ibu dan anak... giliran naufal dipanggil, then baru menyedari rupanya buku naufal tak complete.. takde carta berat... macamana boleh jadi macam tu? apa penyelesaiannya... sebelum balik minta kat kaunter , then misi2 bagitau stok utk carta utk budak lelaki habis stok... adoii... kena tunggu ada stok jawabnya...

saya paling suka klinik kat kampung saya masa insyirah dulu, misinya mesra pesakit, ada ruang untuk kanak2 bermain tatkala menunggu giliran, takde lah anak2 ini nak berjalan2 menjadi tok mandur, macam naufal tadi... punya lah dia berjalan dan memerhati para acik misi buat keje, macam sister/doktor pula... tapi yang penatnya mama dan kakak insyirah lah... mama nya penat.. kakaknya kalut jadi reporter bagitau mama adik dok jauh... risau dia tatkala adik berjalan2... meninggalkan mama, kakak dan baba... akhirnya mama juga yg g kutip dan dukung adik... tapi tak duk diam juga........... i wish kalau ada sudut permainan dan permainan yang menarik... kan bagus.........  maybe kena masukkan dalam surat komen dan cadangan ni.. nantilah  tadi lupa nak ambil satu dan isi...

bab akhir.. naufal di suntik... masa awal2 misi cucuk, selambanya dia tengok toys yang bergantungan, tapi bila aje misi cucuk ke dalam terus meraung tak ingat dunia... sedih dan pilu mama melihatnya, kakak pun risau aje muka dia.. tapi apakan daya dik... utk kesihatan adik yang optimum juga... 

bila nak pulang, kena ambil tarikh temujanji akan datang, misi tu tulis 28/8... ayyo !! nak raya tu... emm... saya pun tanya cuti sekolah kan? misi tanya kenapa, jawablah ,, saya balik kg... ohhh... misi tanya " keja apa? cikgu ke? saya jawablah " ha ah....... sempoi sangat kut pemakaian  tadi n tak nampak macam pegawai kerajaan......  ahakss... zuhud sebenarnya....

apapun yang saya perhatikan sepanjang berurusan ni, mesti ada bias dalam layanan terhadap orang bekerja dan orang awam... harapnya situasi ni akan berubah dan layan lah semua orang dngan penuh mesra... 
 

bertukar domain sekali lagi..........

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah,

apa khabar semua? para guru pula macamana? bagaimana dengan Larian berlang 1 Sukan 1 Murid  1 Malaysia yang berlangsung semalam? seronok ke? atau penat ? Alhamdulillah, sekolah kami dapat melaksanakan dengan jayanya.

ok tinggalkan larian tersebut, sekarang nak citer pasal domain ku... emmm dah bertukar lagi... >>>>> <<<<<<< kenapa macam tu ? sayangnya...... ada kawan se biz online bertanya dan memberi komen... nama tu dah established dah...
* ada sebabnya... banyak sebabnya... * biarlah ia menjadi rahsia yang berlipat kemas dalam lipatan kenangan... ada pengajarannya .. bagi klu sikit aje..... ia berkenaan produk yang ku jual yang tidak mendapat sambutan dan ..... full stop..  ...

Alhamdulillah setelah lama memikirkannya, akhirnya keputusan dibuat, secara rasminya 29hb Jun 2011, satu nama domain baru didaftarkan. Kalau sebelum ini berurusan dengan Kak Lynn daripada Wanitaniaga.com tapi untuk kali kaklynn dah pindahkan semua client dia termasuk saya kepada RockSoft.com.my.  so sekarang ni semua urusan direct dengan rocksoft... alhamdulillah saya dapati mereka mesra pelanggan dan juga mudah berurusan serta cekap..
domain http://www.mamahusnashoppe.com/ akhirnya dapat didaftarkan dengan selamatnya...
kenapa memilih domain ni? kenapa tidak kekalkan dengan domain http://www.sutrahouse.com/
emm... mamahusna nama saya yang sinonim semenjak mula berforum dan beronline, saya merasa dekat dengan nama tersebut, sedangkan sutrahouse lebih kepada produk dan juga bukan nama pilihan saya sebenarnya... so tentunya kita akan lebih berminat dengan sesuatu yang lebih dekat dengan kita kan? begitu jugalah dengan saya. harapnya nama domain akan kekal dan lebih memberikan keuntungan kepada kami sekeluarga..
Insya Allah setelah website dapat di setup dan di edit sepenuhnya, saya akan mengadakan grand opening sale. beserta dengan mamahusna giveaway, tak pernah lagi buat giveaway sepanjang ber blog dari tahun 2007 hingga kini..
oh ya siapa2 rasa nak join give away dan juga nak tahu update dan aktiviti mamahusnashoppe.com bolehlah klik dan like fanpage  sebagaimana link di bawah ;
http://www.facebook.com/home.php?ref=hp#!/pages/Mamahusnashoppecom/228206623857304

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel