Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

DI BUKIT BAKAR


Alhamdulillah tadi telah melaksanakan tugasan sebagai pentazkirah untuk murid-murid perempuan tahun 6 SKSE sempena Kem Motivasi Tahun 6 yang bertempat di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang..
sementera murid2 lelaki ke masjid untuk solat jumaat .
tajuk yang dibawa tentang syurga dan neraka, dalam pada mendambakan syurga, disentuh juga tentang kewajipan sebagai seorang muslimah, kepentingan menutup aurat dan juga bahang api neraka yang panas...

dalam pada tu juga, aku mengajak adik2 ku utk berkelah di bukit bakar, sambil2 jaga naufal dan insyirah tatkala kakaknya memberi tazkirah... alhamdulillah planning menjadi..

ok enjoy pic yang sempat di snap selama berada di sana.. nanti ada sambungan lagi,. takleh nak upload pic, tenet slow bangat......

insyirah, ucu na dan farah anak kakti (teman sej-QAF ku )


hari ni mereka betul2 berkawan, selama ni,jumpa.. jeling2 je


sedang memberi tazkirah... back up oleh kakti, naufal nak susu kena stop , mujur kakti ada utk sambung,,,
tazkirah paling santai ....... :)

duta sedang mempromote keindahan BB

yaaaaaaaaaaaaa........ berenang jangan tak berenang

eh ...... turn left turn right ?




ok...... nanti kita sambung

hadiah hari guru @ hadiah kakak

assalamualaikum dan salam sejahtera semua........
lamanya tak ber online, dah dekat seminggu, broadband disconneted, belum bayar lagi.. takde kesempatan nak bayar, alih2 dah taklen nak guna... so hari ni ambil kesempatan guna bb yang adik...
oh ya apa khabar kawan2? em.,... hari khamis lepas ada sambutan hari guru, alhamdulillah adalah juga hadiah daripada anak2 murid... terima kasih murid2 ku... ustazah tidak mengharapkan kalian memberi hadiah, cukup dengan kalian bersemangat untuk belajar dan memberi perhatian tatkala sesi P n P kita berlangsung... tapi ustazah tetap menghargai usaha kalian untuk memberi hadiah kenangan pada ustazah.


bila kakak insyirah tgk hadiah2 tu.. gembira bukan kepalang, terus mengaku hadiah dia...
hai anak2 ni...tak sabar nak buka balutan hadiah...
sampai aje rumah terus buka satu persatu...
haa.. adik pun tak kurang hebatnya... tolong kakak...
hasil nya : mama tahu apa hadiah yang anak2 murid hadiahkan, antaranya ; mug (paling byk ), piring yg ada ucapan hari guru, bekas sabun, pen, kad ucapan, bekas plastik, brg2 hiasan... em cantik2 semua.. dan tak lupa buku..
kad ucapan kat atas tu dr aqilah anak cikgu masni, kreatif orangnya :
terima kasih dan selamat hari guru, dan terima kasih pada teman seperguruan di SKSE sama2 telah menjalankan tugasan utk sambutan hari guru khamis ritu, harap berpuashati ya semua,

Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


tentunya puan-puan pelik dengan tajuk saya hari ini kan? di kala tengah malam.. oopsss pagi jumaat 12.57am / 7 mei , saya berqiamullail untuk menyiapkan artikel ini.. oh kenapa saya sanggup berjaga sebegini rupa? sedangkan anak-anak saya serta suami sedang di ulit mimpi indah? tidak jeolous ke? oh !!! tidak.. saya mengambil peluang dan ruang yang ada ini untuk menulis sesuatu yang telah lama saya idamkan..
oh ya saya bukan siapa2, hanya seorang blogger lama yang kejap aktif, kejap hilang macam biskut chipsmore yang amat saya gemari dan menjadi kudapan saya tatkala bersantai dan bersenang lenang bersama keluarga.
ihsan mr google

kenapa saya mahukan sebuah ipad yang hensem dan cute sebagaimana yang ditawarkan oleh Mommy Lyna

ihsan mr google

Alhamdulillah syukur kepadaNya sekiranya idaman saya ini berada di genggaman.. 2 sebab utama saya mahukan iPAD sebagai salah satu daripada gadget terpenting saya ialah :

  1. memudahkan saya akses internet, membaca akhbar utusan, berita harian, berfacebook. lagipula ia senanng nak bawa ke mana -mana sahaja, almaklumlah nipis seperti buku teks.. oh.. mungkin ia lebih nipis lagi daripada buku teks sekolah... lagipula laptop saya sudah semakin uzur dan banyak masalahnya...maklumlah laptop saya sudah lama berjasa , tentunya akan tiba masa dia untuk berehat, dan tanda-tanda awalnya sudah ada... ah... alangkah indahnya saya mendapat penganti seawal yang mungkin.. :)tentunya saya paling gembira... nak beli sendiri? emm tak tau bilalah dapatnya... walaupun saya mempunyai gaji yang asyik masuk aje tiap2 bulan.. (maaf saya tak dpt nak sekatnya dari memasuki akaun saya ;) .. ) belum tentu dapat memenuhi kehendak diri ini nak ber iPAD.. ohh.. kawan--kawan tentu faham... gaji yang seciput yang saya dapat sudah banyak aliran keluarnya... .. tentunya tiada budget untuk membeli iPAD.. sebab itulah SAYA MAHU iPAD DARI BLOg My SuperKids...
 2. Saya jeles tengok seorang rakan guru, tika ini saya menghadiri satu kursus Bengkel Pemantapan Jawi di PPD daerah saya, tempat saya mencurahkan ilmu  dan  menghulurkan khidmat bakti saya.. dia menggunakan IPAD sebagai alat untuk memberi maklumat dan bahan kepada kami... oooohhhh.... saya begitu teruja melihatnya... saya mengimpikan iPAd tersebut... saya suka melihatnya menunjukkan cara beliau mengajar murid-murid pemulihannya menggunakan IPAD, bagi saya lagi jelas dan membuatkan murid-murid lebih berminat kerana menggunaka sesuatu yang baru... tatkala dia menunjukkan cara/kaedah menulis jawi kepada muridnya menggunakan iPAD, perasaan saya membuak-buak untuk mendapatkan iPAD tersebut........ tentunya saya mahukan iPAD tersebut untuk mengajar murid-murid pemulihan saya... tentunya saya berbangga dan kembang hidung ... tapi tidak riak dan takbur ya.. sebab itu sifat2 mazmumah.. dapat memberikan yang terbaik buat murid-murid saya.

saya suka jika sesuatu yang saya buat membuahkan kejayaan, dalam aspek karier saya sebagai seorang guru, pastinya saya inginkan yang terbaik... dan sebagai ibu kepada anak-anak saya tentunya saya ingin mereka juga merasai kebahagian yang saya perolehi dan nikmati..

harapnya artikel ini mengujakan para pengadil dan juri ya ;)

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

ibu adalah seorang insan yang dimuliakan oleh Allah, rasulullah saw menyebut kalimah ibu 3 kali tatkala ditanyakan oleh sahabat, barulah disebut tenta

ibu adalah seorang insan yang dimuliakan oleh Allah, rasulullah saw menyebut kalimah ibu 3 kali tatkala ditanyakan oleh sahabat, barulah disebut tenta

Cube Ice utk stok puree

jenuh mencari dari satu kedai ke kedai area kuala krai , tujuannya mencari ice cube  tray utk digunakan membekukan my homemade puree utk baby naufal...
akhirnya pencarian berakhir , bila singgah di econjaya, ada macam2 jenis ice cube tray, tapi itu semua tidak memenuhi kriteria,, memang corak dan design nya cantik2 dan lawa, tapi bagiku ia tak sesuai utk letakkan puree, sebab terlalu kecil..... but i don't any choice, terpaksa beli juga.. so akhirnya ku telah decide beli bekas sebagaimana di atas.... kecil and nice aje... tapi setiap kali menyediakan  bubur untuk naufal, mesti masukkan 2 cube puree..
oklah daripada takde langsung...
sekarang, jumpa satu bekas cute2 aje.. lagi senang nak freezekan untuk satu kali penggunaan.. nanti nak snapkan gambar,, menggunakan bekas yg terbaru ni lebih baik dan best :)

Insyirah and KFC

dah 2@ 3 hari dah kakak insyirah sebut nak makan KFC, asal lalu guchil, nampak je KFC,  minta mama atau baba belikan... so... bgtau kakak : tunggu hujung bulan ya, nanti mama dapat gaji baru blh beli :),
tak pun ayat memujuk mama pada insyirah, kakak ada duit tak nak beli KFC? kalau takde duit, macamana mama dan baba nak belikan? kakak kena simpan duit dulu ya..
bila cakap macam tu... terus kakak tak minta.. alhamdulillah bagus anak mama ni..
tapi demi memenuhi dan menghiburkan hati anak, sekali beberapa kala, hari khamis hari tu, baba msg tanya nak makan apa? so tanya kakak, nak KFC.. emmmmmmmm... oklah hari ni kita tunaikan permintaan kakak..
beli set hidangan biasa aje.. sekadar memenuhi permintaan anakanda

hai....... lama lagi ke nak makan ni? ish.. tak tahan ni !!!


eh... happy dah? emm mama minta kakak bacakan doa makan.
alhamdulillah anak mama dah blh harap dah .. bacaan doa makan sudah dalam ingatannya..
ok.. model dah ajak makan tu..

ok... enjoy eating kakak !!!

eh........... eh........... cop!!! adik naufal mana? adik naufal masa ni dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel