Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik
Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

nampak tak logo KIM  yang besar kat sebelah tu? sejak dua menjak join KIM  atau kumpulan ibu menyusu ni, makin bertambah ilmu2 ku tentang penyusuan susu ibu. nak menjayakan penyusuan sepenuhnya tentulah memerlukan ilmu kan...  so.. hari ini nak kongsi sedikit ilmu yang telah di baca di sana dan dikongsikan di sini.. so ibu2 jom sama2 baca dan chaiyok untuk semua ibu2 yang bertekad untuk menyusukan bayi sepenuhnya.. ANDA ADALAH IBU YANG HEBAT !!!.

1st thing 1st, marilah kita sama2 berkenalan dan memahami istilah2 yang biasa digunakan dalam PSI :

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

ok dah tentunya ibu2 yang dah biasa baca tentang istilah inikan...

antara gadget yang diperlukan untuk menjayakan PSI  ialah bekas penyimpanan yang sesuai, bagaimana ya ?
  •  antara bekas yang digunakan :
    * bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
    * bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
    * breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
    * Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

    PENTING !! Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn label sebagaimana berikut :

    * Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
    * Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
    * Kuantiti susu yang diperah
    * Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

    oh ya ada petua dan tips yang perlu mama2 alert .. emmm pastikan Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, supaya tidak ada pembaziran yang menyebabkan kita merasa sedih ... :(
selain itu.... bila dah ada stok, tentunya pening2 lalat nak simpan stok2 tersebut kan? maka perlunya ada ilmu untuk itu............ ok... cuba rujuk di bawah :

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

majoriti ibu2 ramai yang berkejaya kan? apa kata baca tips di bawah cara bagaimana mengendalikan susu2 yang diperah

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais -yg ni kena galas cooler bag ler,... tambah aksesori kat bahu :)

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

happy breastfeeding semua, yang penting niat kita semua kerana Allah Taala :)

No comments:

Post a Comment

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel