Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik
Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

nampak tak logo KIM  yang besar kat sebelah tu? sejak dua menjak join KIM  atau kumpulan ibu menyusu ni, makin bertambah ilmu2 ku tentang penyusuan susu ibu. nak menjayakan penyusuan sepenuhnya tentulah memerlukan ilmu kan...  so.. hari ini nak kongsi sedikit ilmu yang telah di baca di sana dan dikongsikan di sini.. so ibu2 jom sama2 baca dan chaiyok untuk semua ibu2 yang bertekad untuk menyusukan bayi sepenuhnya.. ANDA ADALAH IBU YANG HEBAT !!!.

1st thing 1st, marilah kita sama2 berkenalan dan memahami istilah2 yang biasa digunakan dalam PSI :

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

ok dah tentunya ibu2 yang dah biasa baca tentang istilah inikan...

antara gadget yang diperlukan untuk menjayakan PSI  ialah bekas penyimpanan yang sesuai, bagaimana ya ?
  •  antara bekas yang digunakan :
    * bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
    * bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
    * breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
    * Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

    PENTING !! Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn label sebagaimana berikut :

    * Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
    * Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
    * Kuantiti susu yang diperah
    * Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

    oh ya ada petua dan tips yang perlu mama2 alert .. emmm pastikan Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, supaya tidak ada pembaziran yang menyebabkan kita merasa sedih ... :(
selain itu.... bila dah ada stok, tentunya pening2 lalat nak simpan stok2 tersebut kan? maka perlunya ada ilmu untuk itu............ ok... cuba rujuk di bawah :

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

majoriti ibu2 ramai yang berkejaya kan? apa kata baca tips di bawah cara bagaimana mengendalikan susu2 yang diperah

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais -yg ni kena galas cooler bag ler,... tambah aksesori kat bahu :)

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

happy breastfeeding semua, yang penting niat kita semua kerana Allah Taala :)

Tips penyusuan berkesan (part 1)

menyusukan bayi dengan sempurna dan mencapai target sehingga 2 tahun atau lebih adalah menjadi idaman setiap ibu2.. peringkat awal tentulah short term target utk mencapai 6 bln penyusuan exclusif, seterusnya mencapai sehingga usia si comel 2 tahun atau lebih... begitu impian kita termasuk diri ini..

cari gali ilmu untuk menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu bagi setiap ibu. dengan adanya ilmu yang mantap dan mendalam tentunya membuahkan hasil yang pasti membuatkan kita tersenyum lebar.

ok... jom baca tips2 penyusuan yang ingin dikongsikan hasil dari bacaan dari majalah kesayangan PA & MA keluaran Ogos 2007.

a. pastikan posisi penyusuan betul.posisi yang salah boleh menyakitkan anda  dan mengecewakan bayi.

b.selepas menyusukan, masukkan hujung jari kelingking anda dihujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

c. Pastikan mengalami refleks let down atau pancutan susu..

d. gunakan bantal untuk bersandar jika perlu , posisi dakapan merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakkan ibu.

e. bayi perlu disusu mengikut permintaan, biasanya pada setiap 1 1/2 ke 3 jam . bayi akan menangis bila lapar..

ok cukup dulu ya... nantikan next part.. :)

sumber rujukan : Majalah PA&MA Keluaran Ogos 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
apa khabar hari ini? 

oh ya untuk para ibu2 yang menyusukan bayi secara exclusife, marilah kita sama-sama amalkan membaca surah Al-Kausthar tiap kali  menyusukan si comel tersayang.. dan tiupkan pada B kita ya.
Insya Allah dengan amalan yang istiqamah dan doakan supaya Allah memberi kemudahan kepada kita semua untuk menyusukan si comel tersayang dengan jayanya..
good luck  semua !!!


aktiviti kakak dan adik

Assalamualaikum dan salam sayyidul ayyam.
 hari kakak menunjukkan kemahirannya melipat kain... alhamdulillah.. praise to Allah. kakak dah blh tlg mama dalam kerja2 rumah... tgklah aksi mereka berdua

eh adik naufal pun nak tolong juga ya..

kakak baru sudah mandi, rambut tak bersikat .. melipat baju tidurnya

haaaaaa.. inilah hasilnya... baju adik naufal dan baju kakak disebelahnya...

emm .. boleh bagi markah B
nanti upgrade lagi ya sayang..

Nasi goreng ayam

menu malam ni nasi goreng ayam..

bahannya? senang aje.. hanya gunakan formula semudah ABC
*









*






*

A = pesan pada pelayan



B = sabar menunggu.. * biasa tunggu di dalam kereta je...


C = pelayan kedai bawa polisterin putih kat keta, hulur duit, dapatkan baki...
bawa pulang umah dan





selamat menjamu selera..
ini dia nasi goreng ayam...
menu makan malam mama sorang2 hari ni
baba? ke machang utk solat hajat, so tinggal mama dgn anak2 je..** dua-dua dah zzzzzzz
sebelum baba ke machang, keluar beli nasi goreng ayam ni...
teringat nasi goreng ayam pak abu kat kolej 6 kat UM  dulu..
ada sup dan ayam goreng..
ingatkan sama je.. rupanya versi kuala krai nasi goreng ayam.. cam tu haaa..
agak2nya adalah lagi kedai pak abu kat dlm kolej 6 tu?

haa... naufal buat apa tu?

assalamualaikum dan salam sejahtera.

sempat snap pic naufal sedang menyusun buku yang ada.. rajin betul anak mama sekarang ni.. :) senang lah mama, ada yang mengemas menyelerakkan  buku2 yang mama yang tak tersusun di rak tu... cubalah tengok tu, tekun nya bekerja... meringankan menambahkan kerja-kerja rumah utk mama... ;0.. redha aje ye mama...


eh .. eh dia buka laci pula...
jaga2 nanti terkepit tangan tu...
" ish .. apalah mama ni.. banyak brg2 dlm laci ni... berselerak pula tu..
biar adik kemas ya ', kata hati naufal .


telingaku sakit

assalamualaikum dan salam sejahtera.

lama bersarang blog ini... empunya diri ditimpa ujian sakit daripadanya. tahun ini berturut2 sakitnya... kali ini sakit telinga pula... asalnya telinga selalu gatal2, so selalu lah menggunakan cotton bud utk menghilangkan kegatalan... yang akhirnya menyebabkan jangkitan kuman, seminggu telinga ini sakit.. bersabar dan terus bersabar.. musibah ini, moga2 terhapus dosa-dosa kecilku... ameeen ya allah..

bila ditimpa musibah,, ada 2 keadaan akan berlaku ke atas kita, sama ada kita semakin dekat kepada pencipta atau semakin jauh daripadanya..
sekiranya kita redha dengan ujian dan musibah yang berlaku kepada kita, dan kita sentiasa sabar serta sentiasa berzikir kepadaNya, bila ditimpa musibah, ucapkanlah innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.... kerana semuanya datang daripada Allah dan tentunya kembali kepadaNya jua... dalam kesulitan tersebut, disitulah terujinya kesabaran kita.

bersabarlah dan perbanyakkan berdoa kepadaNya, moga dengan segala mehnah , ujian kita meningkatkan keimanan kita kepadanya..

berbalik kisah telinga tadi...  datang sakitnya dalam sekelip mata, sakit petang khamis selepas menghantar cupcake tempahan kawan ke machang, so petang tu tak sempat nak ke klinik.. terpaksa bertahan sehingga pagi jumaat.. alhamdulillah ada juga klinik yang buka... doktor  cakap bengkak dan bernanah teruk dah... memang sakit dan bengang yang amat... sakit dan pedihnya tak tertanggung.. masya Allah... bersabarlah wahai diri... 2 kali sambung ambil antibiotik ... dan alhamdulillah hari ni rasa ok sikit.. tapi still ada gatal2 lagi..

so kawan2 .. pesanan saya, kalau ada gatal2 telinga, terus jumpa doktor ye.. jangan pandai2 sendiri, akibatnya merana diri,,,dan bersabar ya

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel