Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Insiden yang tak diduga

Hari ini tak semena2 kena satu penangan daripada Insyirah. Sedang meriba Naufal , si kakak sedang bermain / menghayun2 tiub pam pool dia di sebelah mama dan adik naufal .. baba dah bagi warning, jaga2 takut terkena Naufal.. mama pun dah larang tapi tidak di endahkan kakak.. Dalam masa beberapa minit, Insyirah ke belakang .. tiba2 aduhhhhhhhhhhhhh!!!! pedihnya............. sakitnya............ mencucuk kat mata ni !!! Ya Allah mama yang terkena... sakitnya. terkeluarlah juga airmata ini... huuhu...... terus ke bilik air cuci sikit mata,,,,,,,, rasa berbalam2 aje....... rasa nak marah kat kakak.. tapi mama pegi tenangkan diri kat bilik...... takutnya bila dalam keadaan bengang dan tegang, terlebih marah pula kat kakak.. so baik elakkan.. tapi geram masih ada .., huhuhu...
so lepas mata dah ok sikit, terus buat satu hukuman pada Insyirah.. disebabkan tidak mendengar larangan mama dan baba, MAMA dengan tegasnya tak bagi Insyirah pegang dan main laptop.. (masa tu dia nak main laptop) terus tutup laptop.. meraung juga kejap...... "sebab kakak  tak dengar mama , baba larang, kakak takleh main laptop mama" .

Ya Allah .. perasaan tatkala terkena tu memang takleh nak cakap,., sakit yang amat.. rasa macam nak pukul aje.. tapi fikirkan si anak tidak sengaja dan masih tidak mengerti, ku akur itu adalah ujian utk diri ini, adakah boleh bersabar dengan situasi itu? Alhamdulillah iman ku menbenteng diri ini..

karenah anak2 yang sedang membesar seperti kakak tatkala ini, memang banyak.. so kena sentiasa posisif diri ini menerimanya....

Kakak, Naufal, Kereta Kecil, Crochet Hat

Assalamualaikum dan salam petang sabtu..
wanna share koleksi gambar terbaru kakak dan adik naufal yang semakin aktif dan berselera makan. Alhamdulillah, setelah bertapa selama sebulan, akhirnya my keras tangan crochet hat utk kakak insyirah siap jua akhirnya :) puashati mama blh siapkan hat ni utk kakak. Patern di ambil daripada kopiah adik, rasanya badrul masa dia belajar diPASTi dulu, skrg badrul dah ting satu, lama tu mak simpan, so guna patern tu and tambah crochet flower utk menampakkan girlish sikit.. lau idak nampak kopiah jelah.. color pula guna benang purple and pink. ok tak? mak bagi cadangan supaya tambah ropol.. supaya lebih nampak cute.. insya Allah akan dipertimbangkan.... *sebenarnya mama dia tak sabar nak pakaikan pada anaknya ::::)
kat bawah pic terbaru, ambil tika dalam perjalanan balik umah mak di machang pagi tadi..
ok tak my hasil keras tangan? sebenarnya saya ni adalah asas2 ber'crochet' , belajar masa form 5 dulu dgn mak.. adalag siapkan alas meja dolu2.. :)
kakak mengantuk sebenarnya tuuuuuuuu....

tgklah anak dara posing.. tanpa disuruh2..

haaaaaaaaa..ni adik naufal sdg mencuba kereta kakak.. eh.. dah cecah lantai rupanya kaki. so naufal try tolak keta dgn kaki dia.. eh.. geraklah mama, baba. ( di bawah pemerhatian mama dan baba ya) soooo apalagi.. di bawanya kereta dgn penuh excited,, siap lambai2 tangan kat kakak lagitu... huuuuuuuu gumbiranya rasa hati dpt bawa kereta..(selama ni telan air liur je tgk kakak dan ayahsu willy dgn keta ni )


Haaaaa.. tgk lah tu.. excited dok tekan hon kat tgh stereng.. asal je tgk keta ni.. terus nak naik..

MY new Item.........

Assalamualaikum.............

Alhamdulillah, kali ini me ingin kongsikan kegembiraan yang diperolehi. Ingat tak wishlist yang saya postkan akhir tahun lepas. ada 3 semuanya.. Alhamdulillah, Allah permudahkan permintaan hambanya ini :)

2 daripada list saya, sudah dapat dipenuhi.. yang pertama deep freezer untuk menyimpan susu naufal telah kami sepakati pembelianya di pertengahan bulan 12 2010, setelah di survey dan disyurakan bersama antara saya dan suami, kami memilih untuk mendapatkan Deep Freezer jenama Singer, memang pada dasarnya jenama ini tiada dalam list kami, namun kerana kekangan kewangan saat itu utk membeli cash, kami telah membelinya dengan bayaran secara 4 kali bayar. memang harganya agak mahal. tapi oklah sebab bayar kali. so takdelah naik bunganya.. kalau bayar ansur2 bulanan harganya adalah berganda..


dan yang terbaru dan terkini, setelah membuat survey secara online, ramai yang saya lihat menggunakan jenama ini, hatta sifu yang saya hadiri kelasnya juga menggunakan jenama ini, tika itu katanya harga barang tersebut dalam RM 6++,  dan saya telah usulkan hal ini kepada suami, dan kami bercadang untuk turun ke KL untuk membuat pembelian, namun ........... setelah dibuat beberapa perbincangan dan berfikir secara mendalam, akhirnya saya berkeputusan utk mengirimkan pada adik yang berada di kl untuk belikan..
Sekali lagi rezeki memihak kepada saya, Sabtu 2 minggu yg lepas, adalah hari last utk promosi, saya call pagi tu, amoi penjual bagitau, hari ni hari last utk promosi.. so minta adik terus ke Puchong utk belikan.. Masa deal dalam phone, dia bagi harga promosi RM 700 + RM60 utk extra bowl.. tapi adik dpt potongan RM 5 so dapatlah dgn harga RM 695.00 emmmmmmmmm tak sabarnya... nak tgk and nak guna.......
* Alhamdulillah ....... mixer dah selamat bersama.. cuma belum ada kesempatan lagi nak rasmi....
tunggu ruang masa yang tenang dan lenang sikit..............

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel