Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Update

Salam semua.. apa khabar? Alhamdulillah kami di teratak damaiimpiana sihat2 semuanya. Lama menyepi bukan bermakna tidak aktif, cuma tiada kesempatan nak update blog. Rupanya ada 2 kanak2 kecil di rumah , menyebabkan mamanya amat2 sibuk dan tiada masa nak berceloteh..
Sekecil naufal amat2 lah suka berada di bawah ketiak mamanya, itu sebab takleh nak online..
selain tu bz dengan aktiviti sekolah..
oh ya Naufal dah laju dah merangkak dan boleh bangun berdiri dgn beraninya tak nak memegang apa2 tika berdiri, rungsing mama dan baba..  rupanya jauh beza membesarkan anak lelaki dan perempuan.. anak lelaki ni begitu lasak.. Naufal memang lasak dan cergas, kadang2 mamanya surender.. ha ha ha.........

ok no idea..

oh ya 11.1. 2011 my hubby besday.. so me buatkan red Velvet Cupcake to him........ hadiah? Rahsia :)

Naufal... ceritanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Diam tak diam, sedar tak sedar sudah 3 hari sesi persekolahan berjalan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik.. Cuma keadaan cuaca yang sentiasa hujan 3 hari ini memungkinkan seperti banjir akan berlaku sekiranya hujan tidak berhenti dalam 2 hari lagi.

Buat masa ni, anakanda Naufal dan kakak berada di bawah jagaan MIL.. al-maklumlah, masih belum ku temui pengasuh yang sesuai. lagipula MIl sanggup nak jaga. memang secara zahir dan batinya ku tak sanggup nak letakkan di bawah jagaan nya..kalau boleh taknak ibu bapa kita yang menjaga anak2.. biarlah mereka berehat tapi MIL bertegas juga.. so. planningnya sampai umur Naufal setahun, then akan ku carikan pengasuh. nak letak nurseri? macam tak berapa harap je..

Alhamdulillah Naufal dah boleh merangkak dalam usia 8 bulan ni, dah boleh lah sikit2... itu pun selalu praktis.. ada satu kali tersungkur ke lantai, lekatlah sticker merah kat dahi sikit... cian naufal, nangis lama juga hari tu.. cuma yang bestnya, bila nak merangkak di angkatnya punggung tinggi2 ... ha ha comel je kami tgk :),
dah pandai mengutip benda kat atas lantai.. kena selalu perhatikan, takutnya masuk ke mulut tanpa di sedari. Tambah2 kertas banyak yang bertaburan tatkala Insyirah beraiktiviti dengan kertas.

Emm.. Naufal paling suka kalau azan berkumandang. memang ralitnya mata di terarah ke TV. Sebab itu tiap kali nak azan, kami akan tukar chanel ke TV 1, membiasakan telinga anak mendengar azan atau pun ayat2 suci al-Quran Insya Allah akan memberi kesan perkembangan yang positif pada anak2.

Lagi satu kalau naufal menangis mesti akan keluar " ma ........... ma......... bestnya... dia panggil mama :) suka dengar dia nangis.. he he..

nak tak petua untuk percepatkan anak bercakap dan petah berbicara? Insya Allah nanti ya.. Alhamdulillah petua dan ayat ini memang terbukti, telah dipraktikan pada adik bongsu dan anak sulungku Insyirah .
Tahun Baru 2011 sudah menjelma... hari ni dah 2hb Januari 2011.. SELAMAT TAHUN BARU MASIHI semua... dan ada yang menunggu Tarikh 11.11.11.. means sungguh indah tarikh tersebut untuk di abadikan dalam sejarah kehidupan. Tarikh yang cantik..

dan yang pasti mereka yang lahir 11.11 tentunya tertunggu-tunggu tarikh tersebut.  Dan dalam menyambut tahun baru 2011, me tak lepas dari ujian kesakitan dari Allah. sudah 3 hari terkena tonsil. Masya Allah sakitnya nak menelan makanan.. pedih je terasa.. Mula2 ingatkan sakit tekak nak batuk.. so pagi2 lagi minum air asam jawa yang di campur dengan sedikit garam dan gula.. tahanlah sekejap.. bila sujud dalam solat , masya Allah sakitnya.. berdenyut-denyut.. Ya Allah ampunkan dosaku.. ku terima kesakitan ini dengan penuh redha.. moga terhapus dosa2 kecilku. ameen... Nak makan pun dah tak lalu, risau datang juga takutnya kurang khasiat dan zat dalam tubuh untuk supply susu buat si naufal... dah tentunya air kurang dari biasa... Jumaat tu terasa sangat sejukkkkkkkkkkk... walaupun cuaca memang mendung dan hujan, kipas dah tentunya tak buka,...... sejuk sangat2.. terpaksa berbungkus dalam comforter... itupun tak tahan lagi sejuknya... Mujur tika dan saat itu naufal lena dalam buaian... baba dan Insyirah ke rumah MIL .
tak pernah pun selama ni terkena sakit ni.. so dah dapat merasainya.... minta baba belikan panadol.. alhamdulillah tahanlah sekejap, bolehlah makan dan minum sementara sakitnya bertahan..

Semalam.... baba buat rawatan.. hahahaha.. macam tak percaya je, tapi bagi laaa dia buat, kan terasa pula hati my hubby.... dia masukkan ibujari ke lelangit mulutnya.. then urutkan ibujari di sekitar tekak ku yang sakit... tak tahulah dia baca ayat apa... tapi letakkan keyakinan pada Allah ya... Alhamdulillah pagi ni bangun dari tidur... tak terasa peritnya... dah tahan.. alhamdulillah......... ingatkan kalau tak tahan lagi nak ke klinik..
Antara rawatan yang dicadangkan , boleh dibaca di hhtp://infosihat.gov.my
1) mengambil paracetamol utk meredakan kesakitan
2) Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
3) Banyakkan minum
4) Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan pedas
5) Rehat yang secukupnya
dan akhir sekali.. pengambilan antibiotik..

Alhamdulillah....... tonsil ku dah berkurangan.. hari ni adalah hari yang mengembirakan hati ... :)


Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel