Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

My journey of being bisnesswomen~ part 1

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah..

macam best je bunyi tajuk kat atas tu... ahakss.. insya Allah di akhir tahun 2011 ni, rasanya saya ingin mencoretkan suka duka perjalanan selama beberapa tahun dalam bisnes online... sebagai satu bentuk penulisan untuk ingatan sendiri, dan juga harapanya menjadi panduan untuk mereka yang ingin berbisnes secara alam maya. dalam coretan ini, akan dikisahkan tentang ;

1. permulaan bagaimana saya terjebak dalam bisnes online
2. Apa perancangan dan juga matlamat berbisnes
3.Suka Duka bisnes Online
4. APa yang perlu di buat dan bentuk kesalahan dlm berbisnes.

rasanya itu je kot nak coretkan, sebagai panduan masa hadapan supaya lebih bersemangat dan lebih teratur mengatur perancangan dan juga bisnes yang ada sekarang.. dan juga nak kongsi rahsia , bagaimana nak berbisnes tanpa menggunakan modal yang besar atau tanpa modal.. nak tak ?

kakak insyirah dan adik naufal

lamanya tak bercerita tentang anakanda berdua ni, banyak cerita2 yang nak dicoretkan sebagai rujukan masa akan datang...
cerita pertama : kakak,  2 hari lepas, secara tiba-tiba bertanya pada mama
 kakak : mama, sedap ke adik nenen?* terkesima mama sekejap, dalam hati kenapa blh keluar soalan ni...
mama : sedaplah, macam kakak dulu, kakak pun sama macam adik..
kakak : ooooooooooooooooooooo...........................

adik pula : alhamdulillah dah pandai menyebut beberapa perkataan dengan betul spt :Allah ,  Muhammad  mama, baba air, atas, kakak, pastu kalau nak mandi mesti sebut ndi, singkatan pada mandi
lagi satu, dah boleh ingat beberapa huruf hijaiyyah, kalau kita sebut aliff... dia dah sebut ba, kalau sebut ta, dia sebut tsa, kalau sebut jim dia sebut ha... seronok nya mama dan baba
lagi satu adik dah boleh ingat nama penuh dia... dulu kalau sebut Muhammad takde apa2 yang disambung tapi sekarang kalau sebut Muhammad mesti adik naufal akan sambung mcm ni :

mama : muhammaaaaaaaaaaad  ...................
naufal : ayishhhhhhhhh.. (arif )
mama : nauuuuuuuuuu...............
adik naufal sebut : faaaaaaaaaaaal..........

Diam tak Diam

Diam tak diam? apa ya? itu yg terlintas dalam minda masa nak buat new post...

diam tak diam tahun 2011 akan meninggalkan kita dalam beberapa hari je lagi

diam tak diam .. guru-guru akan mula bertugas dan bertugas

diam tak diam cabaran, tanggungjawab , tugasan mungkin akan bertambah atau berkurang

diam tak diam adakah amalan ibadat dan iman kita bertambah?

diam tak diam adakah kita telah melunaskan azam kita awal tahun baru ni?

oooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... diam tak diam.......................

mamahusna
23/12/2011 . 8.29pm

Resepi :BUTTERNUT SQUASH N CARROTY MASH WITH THYME

BUTTERNUT SQUASH N CARROTY MASH WITH THYME
Bahn-bahan
• 200g butternut squash,
• swede atau labu
• 1btg lobak
• 4 biji kentang
• 1 tsp thyme segar (tlh dicincang)
• Minyak zaitun
Cara-cara
1. Kupas kesemua bahan dan potong saiz sesuai
2. Masukkan ke dalam dulang pembakar bersama minyak zaitun. Bakar pada suhu 200°C for 30-40 min hingga lembut.
3. Sediakan kentang dan lobak untuk direbus hingga lembut.
4. Tambahkan thyme dan sedia untuk dipuri

sukanya!!! Bisnes Kad saya ... cantik tak?


Assalamualaikum dan salam ukhuwwah :)

 kad bisnes yg sudah siap awal bulan 0gos baru-baru ni..  ditempah dengan kak Zamara Buang. Sangat berpuashati dengan kad ini, cuma sedikit sesal sebab hanya guna sebelah page sahaja, ingatkan page belakang nak letak list barang2 jualan, tapi terlambat mesej , masa mesej tu, kad dah dalam kilang untuk di print.. 
takpelah, lain kalilah buat.. 

Tips anak petah dan cepat bercakap

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...

hari ni saya nak share dengan kawan2 amalan yang boleh diamalkan kepada anak-anak kita  sejak baby lagi,
amalkan membaca ayat 164 surah An-nisa',ayat yang akhir sekali iaitu wakallamallahu muusa takliimaa...
maksudnya :" Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung".


bagaimana kaedahnya :

1)Mulakan dengan Basmalah
2)Bacalah ayat di atas dan doakan dalam hati agar anak2 petah,fasih berbicara.
3)selepas tu, lekapkan lidah kita pada lidah baby..
4) Insya Allah, amalkan setiap masa, baby mesti suka.. ;)

doa ni, saya dapat masa belajar kat MPSM dulu, Ust Shaari yang kongsikan pada kami masa dalam kuliah.
then mak saya amalkan utk adik bongsu, memang alhamdulillah, kesannya Masya Allah,
dan pada tahun 2007, saya bukan berteori sahaja, tetapi telah mempraktikkanya pada anak sulung saya. Insyirah dan diteruskan pada anak kedua saya naufal.. alhamdulillah, kalau dengar je saya baca, terus mereka berdua ni julurkan lidah ...
maniskan saat itu...

cubalah amalkan ya...

MENJAMU SELERA DI SATAY MALAYSIA


Hari khamis 20 hb 10 baru-baru ni, lepas waktu sekolah, ke Kota Bharu sekeluarga, tujuannya ? nak beli barangan buat kek dan ambil edible image yang ditempah sebab hari jumaat tu kena siapkan 2 biji kek tempahan pelanggan. Hari tu juga 1st time pergi beli bahan2 kek di Sweet Berry yang terletak berhadapan dengan Billion , teruja ku melihat barang2 bakery.. semangat nak berbaking datang 100%... :) 
Lepas tu ke Padang Tembak, nak ambil stok MAB dengan Kakti,then terus ke Satay Malaysia yg berdekatan area situ, walaupun dan lama buka restorennya, tapi nilah 1st time ke sana. ok let look and see 

Bunting yang ada, nak snap pic signboard tapi takleh sebab pantulan cahaya
menarik bukan ?


haa... itu dia hero dan heroin mama.. sedang bersiap sedia utk menikmati hidangan


pembuka selera utk mereka : aiskrim solero magnolia..
opss... baca doa dulu


kakak baca doa, adik amen kan.... emmmmm alhamdulillah,
sejuk hati mama dan baba

oit!!!.. sirap limau terbalik 
order ari cikngah 


ini dia menu satay kami... pakej 3 0rang makan  25 cucuk 
apa yg peliknya.. pakej dia macam ni tau :
1 org makan : 10 cucuk
2 orang makan : 15 cucuk
3 orang makan : 25 cucuk..
dan seterusnya...


opssssss!!! ada nasi juga , ni adik yang order, katanya hari ni tak makan nasi lagi, 
kami pula order air radix aje... 

so far Restoren ni amat memuaskan hati , bersih dan servisnya pun ok.. makananya pun sedap... 
bolehlah siapa2 yang turun ke KB, boleh mencuba satay ni 
Falsafah Buah-buahan


1 . Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.


 Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.

Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


2. Jadilah Pokok pisang.


Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.

Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.


3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong. 
  Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.

Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.


4. Jadilah ubi kayu.

 Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.

Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.


5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.


Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.

Maksudnya : Selalu bersikap adil.


6. Jadilah cili 



 Semakin tua semakin pedas.

Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.

sumber : ukp yahoogroup

POT LUCK BARU-BARU NI...









Alhamdulillah pot luck yang dirancang oleh kami semua dapat berjalan dengan jayanya... syukur mendapat sambutan semua... diketuai oleh ketua chef, kakta da kakton..

nak g kelas, nanti sambung yer

Raya Aidilfitri 2011 ( edisi 2) & Majlis Kahwin Adik








Tiada kata panjang berjela mahu dicoretkan , cukuplah sekadar gambar bercerita,
sekitar hari persandingan (berarak) ida dan pesa , majlis sambut menantu dan gelagat kami anak beranak.
WELCOME TO OUR FAMILY TO PESA...

Raya Aidilfitri 2011 ( edisi 1)

Assalamualaikum dan Salam Syawal.

bagaimana raya kawan-kawan semua? alhamdulillah kami sekeluarga dapat menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan lancar sebagaimana yang dirancang.
oh ya tahun ni sambutan aidilfitri kami sekeluarga di rumah kg tengah dimana tempat baba dilahir dan dibesarkan.. rumah mertua ku. :p , alhamdulillah sistem giliran yang telah kami buat bermula 4 tahun yang lalu telah memudahkan segala urusan kami semua, tiada gaduh-gaduh atau masam2 muka... kalau baba kena baca khutbah hari raya di surau kampungnya tatkala aidilfitri dan giliran tika itu di rumah mak ku... maka dia akan bertolak bersendirian ke sana dan pulang sejurus habis solat sunat aidilfitri...
oh... tahun ni kami tak sempat nak bergambar bersama-sama , berempat sekeluarga... entahlah kenapa... ohh!! baru ku teringat, pagi tersebut... bateri kamera digital dah habis tenaganya... huhu.. so layan jelah gambar2 yang di snap selepas baterinya kami beli di Seven E dalam jam 11 pagi di hari raya..
mujur juga ada seven E :)

HARI RAYA PERTAMA ( 30HB 8 2011)
LOKASI : KG TENGAH
di rumah Cik (gelaran utk atuk tiri suamiku ) itu ayah mertuaku dan ibu mertuaku...

anak2 sedara dan mamanya disebelah... aidil si abang dan adam si adik (macam nama karekter dalam drama Nur Kasih pula )

yang ni my naufal... dah tukar baju dah... dah kat umah mak kat machang, sebelum magrib kami bertolak balik ke machang... penatnya anak mama... tidur pun sempat lg berfikir.. agaknya fikir brp banyak dpt collect duit raya ke ni ?

HARI RAYA KEDUA ( 31HB 8 2011)
LOKASI : GRAND BOXS VILLAGE

raya kedua kami , dalam kul 10pg ke rumah bapa saudaraku Cik di(berbaju belang merah tu )

dimana mamahusna? disamping mak2 saudara dan adik2

kakak termenung panjang di beranda

ini pula my sepupu aka anak cikdi.. sebaya dgn naufal... namanya dalila batrisya..

oklah... cukuplah dulu utk edisi 1 kali ini..
mamahusna melaporkan utk semua... tunggu edisi kedua akan menyusul

Titisan susu ibu hingga akhir hayatnya


 
A dying Rwandan woman tries breastfeeding her child next to hundreds of corpses waiting to be buried at a mass grave near the Munigi refugee camp, 20 km north of Goma. Thousands of refugees were succumbing to cholera or dehydration, July 23, 1994. (Corinne Dufka/Reuters)
 
nak share tentang pic kat, betapa pengorbanan seorang ibu yang masih menyusukan bayinya tatkala ajal datang menjelma, memberi keinsafan dan juga kekuatan untuk diri ini bertekad menyusukan Naufal biar apa jua mehnah yang datang.
walau tika Ramadhan ini, susu ku amat2 drop, tapi masih lagi dapat menyusukan naufal, stok yang di bawa ke rumah neneknya tika saya pergi mengajar hanya dalam 4 auns, tetapi naufal cukup memahami dan tidak ber 'feel' ... sebab itu tiap kali pulang dari sekolah, mesti dia terkam pada mamanya... nak BF... huhuhu... tak sempat mama nak rehat,..
apa agaknya berlaku pada anak perempuan tersebut ya? setelah 17 tahun berlalu, adakah anak ini terus survive? bagaimana nasibnya? Allahu a'lam
 
gambar ini sebagai motivasi utk diri ku dalam memperjuangkan penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga mendapat PHD ( 2tahun) untuk anakku naufal.

Bengang

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah..

pelikkan tajuk entry kali ini? apa perasaan anda bila kerja yang anda buat, telah anda laksanakan dengan baik tetapi masih ada yang cuba mewujudkan masalah ? masalah yang sepatutnya hanya melibatkan 2 pihak sahaja, dan pastinya mampu diselesaikan oleh 2 pihak terbabit, tetapi masalah ini diwar-warkan  kepada orang lain yang  yang tidak tahu menahu ? dan diperbesarkan - dibesar- dibesar-dibesarkan... tetapi pihak yang melaksanakan tugasan tersebut tidak dipanggil untuk ditanya hal sebenar? apakan itu suatu tindakan yang bagus? setelah diwar-warkan, dan pihak yang terlibat mendengarnya daripada orang lain , dan setelah ia tersebar dengan cepatnya, barulah org itu nak merujuk kepada kita yang terlibat, bertanyakan hal sebenar, apa anda rasa ?   BENGANG KAN? MEMANG BENGANG!!!! , INGATKAN DI BULAN YANG MULIA INI, HATI DAN DIRI MAMPU BERSABAR!! BERSABAR!! TETAPI KERANA PERKARA YANG SEDIKIT , ADA ORANG LAIN JUGA TERCALIT ... TERKENA ... TERJERAT SAMA.... ..


YA ALLAH, BUKAKANLAH HATI MEREKA TERSEBUT...
*maaf... entry ini hanya sekadar melepaskan perasaan yang terbit, cuba mereleasekan emosi dan jiwa yang bercelaru...
jangan ditanya perkara apa, siapa dan dimana?

selamat berbuka puasa...
nak masak apa ya? kelam ... buntu... celaru...
apapun .. jom tunai solat Asar dulu... .. mana tau dengan jiwa yg tenang, datang idea yang mencurah2 ... (idea utk masak :)

oh ya... fasa pertama bulan ramadhan akan berlabuh...fasa kedua mendatang.... ausotuhu maghfirah...
marilah sama-sama kita memohon keampunan Allah..

astaghfirullah al azim 3X

One Minute ‘Virtual’ Simultaneous Breastfeeding

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah semua,

6hb Ogos baru2 ni, saya tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan One Minute ‘Virtual’ Simultaneous Breastfeeding yang bermula pada jam 3pm - 3.01 pm.. Ramai peserta yang mengikutinya. tengoklah di bawah.. nama mamahusna tersenarai antara mereka yang telah menjayakan aktiviti tersebut .


Lily Azzura binti Hangsor & Delisha Nur Amani binti Azli
Lim Choon Mei & Eirena Leong Hui Qi
Lim Yew Lee, Eunice  & Dariel Lee Zhe Khai
Liza Aishah & Aiman Hakimi
Loh Lim Szu Fen & Lee Kaelyn
Loke Lai Yin & Cheah Zhi Ting
Loo Joo Ann & Julian Jude Lee
Louis Ho Yeng Gee & Andrew Wang Jia Ging
Lydia Najihah Tuk Abdullah & Nur Iman binti Hasmidzul Jojo
Maesarah Ab Rahim & Muhammad Arif Naufal bin Mohd ShukriMardhiah Ismail & Muhammad Haziq Kamil
Mardiana Zakaria & Abu Dzarr Farisi bin Ahmad Tajuddin
Mardziah Mohd Lokoman & Muhammad Farhan Ibtisam bin Mohd Sham and Farah
Solehah
Mariani binti Che Hassan & Tuan Nurrania Zara
Mawarni binti Mohamad Akhir & Nor Shuhada binti Mohd Shafis
Mei Leng & Kelvin
Mia Rosa Lestiana & Mia Kalea Zidzikova
Mona Lisa binti Nordin & Zalis Almeera Qistina binti Ghazali
Ng Hui Ching & Beh Jia Ern
Ng Hui Li & Reyes Tan Yu Xen
Nicole Teoh & Emberly

seronok bila dapat menjayakan aktiviti tersebut.

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah,

entry kali nak share video tentang Flash Mob yang di buat di KLCC semalam... dengar2nya ada peristiwa yang tak best masa para ibu berkumpul untuk menjayakan program tersebut, bila melihatkan video di bawah rasa touching sangat, rasa sayu dan hiba.. kalau dapat mengikuti sekali , mesti menjadi moment yang amat manis untuk diri ini.
Semoga dengan adanya video membuka mata dan minda sesetengah pihak yang menganggap menyusu adalah suatu yang rendah martabatnya. Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Al-Quran tentang galakan penyusuan susu ibu sebagaimana di bawah:
“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233

video
KLCC Nursing Ad Hoc Flash Mob Video by TheVIDEOGRAPERZ
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Mubarak semua...

Alhamdulillah... syukur pada nikmat mu yang tidak terhingga, lantas memberikan peluang kepada hambamu ini untuk menikmati dan merasai nikmat ramadhan bagi tahun ini.

Buat teman2 semua, selamat menyambut ramadhan dengan penuh ibadah . jadikan bulan ramadhan madrasah tarbiyyah membunuh nafsu yang merajai jiwa kita selama ini.
Jangan dilepaskan peluang sale yang begitu hebat yang diberikan Allah SWT.

jom baca artikel di bawah, muga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua..



Sejarah menjelaskan kepada kita bahawa pada bulan Ramadhan, Allah berkenan menurunkan Al Qur'an untuk menjadi petunjuk, penjelas petunjuk dan furqan yang menyingkap tabir kegelapan manusia dan alam ini.
Peristiwa ini di abadikan di dalam Al Qur'an, melalui firman-Nya: "Bulan Ramadhan, iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur'an (sebagai) petunjuk bagi (sekelian) manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai pembeda (antara yang haq dan yang bathil)....." surah Al Baqarah ayat 185. Oleh itu antara amalan yang digalakkan oleh Rasul Allah untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan adalah tadarus Al Qur'an.
Amalan tadarus di bulan Ramadhan bukan hanya membaca ayat-ayat Al Qur'an sahaja, tetapi yang paling penting adalah macam mana Al Qur'an menjadi pedoman, panduan serta standard kehidupan muslimin dalam merekaf menjalani kehidupan sehari-hari. Firman Allah SWT: "Orang-orang yang Kami datangkan kepadanya Al Kitab (Al Qur'an) mereka membacanya dengan sebenar-benar membaca. Mereka itulah (peribadi-peribadi) yang mengimani Al Qur'an. Maka barangsiapa mengingkarinya (kafir terhadap Al Qur'an), maka mereka itulah yang akan mendapatkan kerugian" surah Al Baqarah ayat 121. Menurut para ulamak, membaca dengan sebenar-benar membaca (haqqa tilawatihi) mengandungi maksud:
1. Membaca secara lisan menggunakan kaedah tajwid yang benar.
2. Menghafaz ayat-ayat Al Qur'an sesuai dengan kemampuannya.
3. Memahami kandungan isi Al Qur'an.
4. Mengamalkan isi dan kandungan Al Qur'an dalam kehidupan sehari-hari.
Ibnu Mas'ud ra berkata yang bermaksud: "Kami dahulu belajar membaca Al Qur'an tidak lebih dari 10 ayat dalam sehari. Kami tidak menambahkan bacaan ayat-ayat itu sebelum kami memahaminya sertamengamalkannya". Membaca Al Qur'an sebagaimana yang dijelaskan dalam surah Al Baqarah ayat 121 di atas, mengandungi maksud yang sangat jelas iaitu bahawa, Al Qur'an bukan sekedar bahan bacaan yang di dalamnya ada cerita Nabi-nabi dan Rasul, tetapi iaf mengandungi nilai-nilai kehidupan yang universal, manusiawi serta menjamin akan adanya kehidupan yang bahagia baik di dunia mahupun di akhirat. Sabda Rasul Allah: "Aku tinggalkan dua perkara, apabila kamu sekelian berpegang teguh kepadanya tak akan mungkin tersesat untuk selama-lamanya, yaitu al Kitab (Al Qur'an) dan As Sunnah Rasul-Nya".
Bagi seorang muslim, Al Qur'an merupakan panduan tentang konsep kehidupan yang hakiki, nilai-nilai akhlaq yang universal, panduan untuk hidup secara vertikal terhadap Tuhannya serta juga panduan kehidupan horizontal sesama manusia serta alam semesta. Hubungan-hubungan kejiranan, kemasyarakatan, ketatanegaraan, sosio budaya, kemanusiaan semesta diambil serta di pandu menggunakan kayu ukur Al Qur'an. Al Qur'an menjadi sumber ilmu pengetahuan, serta sumber pembuatan undang-undang dalam kehidupan berbangsa dan bernegarasehingga, nilai-nilai serta peraturan-peraturan yang dihasilkannya sentiasa bersesuaian dengan kehendak Allah sebagai pencipta manusia dan alam semesta.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
[Surah al-Baqarah 2: Ayat 185]

sumber : http://www.iluvislam.com/

Selesai dua perkara

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah,

alhamdulillah, alhamdulillah dan syukur ya Allah, semalam dan hari ini kami sekeluarga telah menyelesaikan dua perkara yang penting sebelum memasuki rumah baru kami. Terima kasih tak terhingga buat adik2 ku semua yang telah bertungkus lumus dan tentunya ayah dan mak juga tak terkecuali membasuh dan mencuci rumah kami... alhamdulillah kerana memberi pertolongan yang maha besar ertinya buat kami, meringankan kerja kami yang mempunyai anak2 kecil, terima kasih juga kepada jiran sebelah kak ju dan suami yang sudi meminjamkan wayar air untuk memudahkan urusan membasuh rumah kami.

Semalam pula, kami ke G-Orange di Tunjung untuk membeli lampu dan juga kipas untuk rumah kami dan juga adik pula membeli lampu dan kipas untuk rumah mak dan ayah.. tahun ni berlaku banyak transformasi di rumah mak dan ayah.. harap mak dan ayah menyukainya.. 
Sepetang di G-Orange amat-amat memabukkan dan merambangkan mata .. sungguh cantik dan lawa2 semua barang yang ada, seakan nak memborong semua :) emmmmmmmmm... akhirnya kami memilih lampu kristal yang cantik dan harganya cukup ekonomi, lampu untuk ruang makan yang comel dan cute, dan lampu rendah watt untuk semua bilik.. tapi tak semua kami beli, rasanya esok atau lusa perlu ke sana lagi untuk mencukupkan bilangan 18 biji dan tempat untuk lampu. Manakala kipas belum di beli lagi.. banyaknya kena habiskan... huhuhu... budget.. budget... beli yang cantik tapi harga yang ekonomi..

Hari ni juga kami pergi survey harga untuk grill... kami jangkakan dalam RM5000.00 termasuk pagar keselamatan di tangga, dan pekerja kedai tersebut dah ukur semua, tokey sms bagitau untuk semua tingkap atas dan bawah, pintu dan sliding door dalam RM 3000.00.WOW!!! diluar jangkaan kami :) , selepas itu baba pergi ke beberapa kedai untuk survey, ada yang letak dalam RM 5000.00 dan ada yang RM 6000.00.
so, kami buat keputusan untuk menempah dengan kedai yang pertama, harganya jauh sangat berbeza.

Harapnya dapatlah mereka terima tempahan dan siapkan dalam minggu ni,, kesian kami... hanya ada 1 minggu aje... :(

oh ya, untuk mereka yang sedang survey untuk membeli rumah atau berhajat untuk membina rumah, buatlah kajian dan survey dahulu ya...

Doakan semoga segala gerak kerja kami dipermudahkan ALLah .. ameen ya Allah

Pengalaman mencari rumah dan beli atau sewa?

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah

Apabila 2 kali terpaksa perpindah dari rumah sewa ke rumah sewa yang lain dalam masa yang singkat tentunya kami berfikir, alangkah indahnya mempunyai rumah sendiri.. banyak kelebihan bila mempunyai rumah sendiri.

Pernah terlintas di hati, kalau rumah yang sedang di duduki sekarang (kami akan berpindah minggu hadapan) adalah milik kami sekeluarga, tentu banyak yang boleh dibuat, menggantung ayat2 al-Quran di dinding, mengecat bilik dengan warna kesukaan, mengubah suai rumah agar lebih fleksibel untuk kami yang mempunyai 2 anak yang masih kecil, mewujudkan ruang permainan dan pembelajaran anak-anak2.. dan satu lagi menyambung sedikit di bahagian "porch" untuk dijadikan mini butik mamahusnashoppe , tapi itu semua hanya anganan, kerana rumah ini bukan milik kami, kami hanya menyewanya sahaja.

tapi tatkala kami diberitakan oleh tuan rumah akan notis tak sampai sebulan (melalui sms), bahawa kami perlu mengosongkan rumah ini , apa yang mampu kami buat? namun semua ini sudah dalam perhitungan saya tatkala baba memberitahu tentang isteri tuan rumah yang telah tamat pengajiannya sebulan lebih awal. Saya juga telah memberi amaran kepada baba supaya bersiap siaga tentang perkara ini. Nah !! perkara yang saya andaikan sudah terjadi. apa yang mampu kami buat? tentunya kami terpaksa keluar juga, cuma masih berterima kasih kepada tuan rumah yang tidak menggesa kami, andai kami telah ketemu rumah idaman kami, barulah kami keluar.

Maka bermulalah pencarian rumah sewa yang akan kami duduki... ke kawasan Guchil,ah! saya rasa tak betah tinggal di sini, terlalu padat dan rumahnya rumah tradisi.. walaupun hampir2 bersetuju untuk menyewa sebuah rumah itu, tetapi Allah Maha Kaya, kami diberikan pengalaman yang cukup untuk menjadi alasan untuk tidak menyewa, kejadian tersebut membuatkan kami kenali karenah tuan rumah yang mempunyai amarah yang tinggi. Andai kami mendiami rumah tersebut dan terpaksa keluar lagi, tentu tuannya ini tidak sabar. dan hasil daripada selidik yang kami buat, ramai yang menyewa tetapi tidak kekal lama.. tentu ada sebabnya kan?

Saya telah menulis di FB tentang masalah ini, ramai yang memberi pendapat dan cadangan,(terima kasih semua :) ) dan ada di kalangan sahabat2 FB saya mencadangkan agar meninjau di Taman Perumahan Perisai Wira  yang terletan di Lebuh Raya Gua Musang dan dibelakang Dataran Damar.
Petang selepas abis sekolah dan mengambil anak, kami dengan penuh keterujaan ke sana... Walah !!! cukup2 cantik dan kemas struktur nya... hati saya sudah terpikat. Kami meronda dan mencari, ada 1 rumah yang ingin disewa tapi kami terlewat... keesokanya kami datang lagi, dan berkenalan dengan seorang kakak ni aka ustazah smk B*****, dia memberitahu kami ttg rumah sbelahnya...... dan bermula proses yang sedang kami usahakan sekarang,,,,,,,, ( tak dpt nak cerita lanjut lagi )
cuma di saat ini, kami terasa ingin memiliki rumah tersebut, bukan untuk kami sewa tetapi membelinya...
rumah itu cukup2 comel dan cute... saya dah berkenan, baba pun berkenan juga, anak2 ? tentunya mereka suka.... saya sudah seperti orang di rasuk cinta, tak nampak tuan pun tak pelah asal blh tengok bumbung... ada ceritanya ;)

sambung episod akan datang :)

Susu Ibu Tidak Akan Kering



UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.
Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.
Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.
"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.
"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.
Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.
Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.
Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.
"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.



Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.
Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.
"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.
"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.
FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?
FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.
Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.
"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.

PARA ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan-bulan biasa.



"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.
Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.
Berlatih sejak Syaaban
Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.
"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.
"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.
Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.
"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.
Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm
Assalamualaikum dan salam ukhuwwah,

Ini kali kedua membaca kisah Norma dan Talib, kali pertama membacanya di blog Moon
tak sempat nak kongsikan di sini, memandangkan masa untuk berblog adalah sikit dan tak sempat nak mengarang ayat. so.. masa buka FB geng mum biz, ada someone postkan tentang kisah Norma dan family daripada
BLOG AINI , saya terus copy aje daripada blog Aini , kredit to Aini , syukran . semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu Norma dan Talib dalam mengharungi ujian daripada Allah yang Maha Berkuasa. Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya dia tidak mampu menghadapi ujian tersebut.


+======================================================================
Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*
Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.
Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.




Norma and Talib on their wedding day



Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal.
Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.


 

ini adalah Rafiq..permata hati Norma & Talib


Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan*
 

Norma at hospital. Jauh beza dengan waktu dia sihat :(

I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan. 

Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?


Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...

Rafiq with his mother...ohh~ (T__T)

Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.
cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif


Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.

Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)


a very strong husband...to a strong wife

Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang.
Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.


Diarimamahusna : Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga ini menghadapi ujian ini..

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel