Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Mesyuarat Guru

Mesyuarat hari ni, alhamdulillah berjalan dengan jayanya.. mesyuarat yang santai, mesyuarat pertama bersama dengan GB baru yang datang menggantikan GB ku yang terdahulu... Alhamdulillah selama 7 Tahun ku berada di SKSE, telah ku lalui pelbagai pengalaman dan juga pelbagai ragam dari 7 orang Guru Besar.. HEBATKAN???? cuba tanya mana2 guru di sekolah lain, sudah berapa orang GB yang mereka telah lalui??
Hebat betul sekolah ku ini... Ini yang buatku sayang nak tinggalkan sekolah ni.. :) ;) hemmmmmmmm...


Mesyuarat pada hari ini, lebih berfokus pada persediaan untuk kami semua sebelum sesi persekolahan bermula. Suka di ingatkan, Bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sekolah akan bermula pada 2hb Januari 2011.. manakala negeri2 lain pada 3hb Januari 2011.. so semua guru2 di seluruh Malaysia, mungkin sedang sibuk di sekolah masing2 di minggu akhir percutian..membuat persediaan untuk menyambut kedatangan murid dan juga bagi guru2 kelas membersih dan mengemas kelas/ bilik darjah.  so buatlah yang terbaik untuk sesi 2011.. amanah yang terpikul untuk mendidik anak bangsa terletak di bahu kita semua. Laksanakan amanah dengan sebaiknya.. Niat yang ikhlas kerana Allah .. pastinya kepuasan yang akan dirasai.
Oh ya untuk pengetahuan semua, KBSR telah diubah kepada KSSR.. Dalam KBSR fokus kepada 3M ( Membaca, menulis, mengira) namun dalam KSSR fokus bertambah kepada 4M ( membaca, menulis, mengira,mena'akul) . Tentunya tugasan kepada Guru2 Tahun 1 akan lebih berat kerana ini merupakan tangga pertama dalam pelaksanaan KSSR. So,, do u best ya,.. :)

Dalam mesyuarat tadi juga, Semua guru telah diberikan senarai tugasan untuk tahun 2011.. so ada sedikit perubahan dan rombakan..  namun pada pengamatan diriku, alhamdulillah me puashati buat masa ni.. cuma ada satu aje yg tak berapa nak berkenan.. hope akan ada  perubahan lah untuk yang tu....... ameen... Ya Allah kabulkan doa hambamu ni.

Oh ya,,, 26 dan 27hb adalah hari untukku.. sebagai Guru Buku Teks *pssss tetap dan berpencen gamaknya jawatan ni if tak bertukar, pengagihan akan dibuat pada hari tersebut... so harapnya mendapat kerjasama daripada semua guru yang terlibat.  Tetapi tadi baru tersedar dari lena yg tak berapa panjang, rupanya 26hb tu adalah cuti berganti bagi Hari Krismas.. sooooo terpaksalah korbankan.. huhuhu.. masa letak tarikh ni, pentadbir tak perasan kuuuuuuuuuuuuuuuuuuttt.. uhuh!!!.. kalau nak postpone pada tarikh lain memang confirm takleh... sebab macamana nak war-warkan pada sekalian anak2 murid ku???

Mesyuarat tadi memang banyak perkara yang ditaklimatkan.. tapi tak dapatlah nak bagitau kat sini.. RAHSIA kami2 aje... mana yg blh disharekan untuk tatapan umum.. bolehlah me cerita ceritikan kat sini.... sebelum  balik dibelanjanya semua guru dengan Teo O ais dan juga Nasi bungkus... kata cikgu wan :" makan sebungkus tak cukup" emmm... betul lah katanya.. memang tak cukup tadi... biarpun nasi putih hanya bertemankan ayam bakar dan gulai kosong.. tapi macam tak cukup...........
*** bestnya kalau bilik wawasan macam ni!!! mesti syok mesyurat... huhuhu***

oklah... itu aje buat hari ini........................ oh ya.. sukanya hati bila brownies yang ku buat ditempah oleh teacher nanie mendapat pujiajn darinya... he he thansk nani coz sokong bisnesku yang kecil2 ni.. :)  

Logo Halal dan Insyirah

Selalu kalau balik dari mana2 .. nak masuk simpang ke kawasan perumahan kami, ada kedai runcit, and kedai tu memang jadi pillihan baba untuk belikan roti gardenia dan susu kotak marigold pada Insyirah.sama ada utk bekal dalam perjalanan atau utk bekal balik rumah. sebelum ni dia kecil lagi sooooo.. ikut aje apa yg mama and baba belikan.. tapi sekarang dah pandai demand.. selalu bila nak masuk simpang tu mesti " nak air kotak lembu* sebb kat kotak marigold ada pic lembu..  image ada kat bawah
kredit tu mr google *cik liyana.com saya pinjam pic ya

haaaaaaa... air kotak yg jadi kegemaran kakak
tapi.. bukan aje air kotak.. mesti ada gula2 atau jajan yang dibeli bersama...
so mama risaulah ada tanda halal tak..
mama membebel sorang " hish baba beli ni ada tanda halal tak????? " time ni baba takde lam keta lagi
so ada lah yg tolong jawab...... ni mama tanda halal.. ada belake dio.. (ada dibelakang plastik..) isk.. mama confius... tau pula si insyirah ni.. rasanya mama tak bg tutorial lagi..
so nak uji betul tak dia tahu......." mana kakak tanda halal? ni mama

ditunjuknya tanda halal JAKIM..
alhamdulillah.. kenal juga anak mama, then mama pun pesan kat kakak.. nanti kalau kakak nak beli coklat ke atau apa 2 , kakak tgk tanda halal dulu ya...
ok mama....... masa yang sama dia tunjuk tanda halal yang ada pada makanan yang dibelinya.

Lega hati mama dan baba..

Salam Perkenalan dari Naufal

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah..

Solid Food For Naufal

Alhamdulillah Naufal dah masuk 6  bulan 7hb 12 ritu... so mama dah boleh perkenalkan makanan untuk naufal... sebelum meneruskan agenda tersebut.. harus ada pengetahuan tentangnya .. nantikan salah pula... cian my baby. 
Before that, nak cerita sikit tentang Sikap naufal  dalam 5 bulan .. selalu kalau tgk sesiapa makan..dia dah pandai bagi signal.. dia hisap2 bibir mulut dia, cuba capai makanan yang kita makan.. dan kadang2 dia tenung kita makan, menyebabkan mamanya rasa bersalah... huhu.. kalau ikut nenek , beria je naufal makan, tapi mama berkeras, cukup 6month ya.. so mama selalu cakap kat naufal " sabar ye dik... 2 3 hari je lagi adik boleh makan"  ..........

But ,.. baby biasalah.. Naufal macam dah kenal antara makanan dengan benda lain.. if nampak aje makanan teru aje buat2 makan, hisap bibir mulut... mcm2 lah...

So ... utk permulaan, perkenalkan baby dengan satu jenis aje makanan,... jangan di campur2 lagi... Naufal 1st makanan dia,.. bubur nasi yang ditapis.. tanpa sebarang perasa.
dari pembacaan utk umur baby 6-8 bulan , mulakan dengan bubur yang ditapis , menurut pakar pemakanan kalau boleh jangan di blend nasi tersebut.. sebab nanti akan mengurangkan zat makanan tersebut... so lenyek2 aje then tapis. Puree sayur atau buah-buahan seperti apple, pisang, juga boleh diperkenalkan...

sekarang ni naufal masih lagi makan bubur nasi yang dicampur dengan EBM + carrot tang dilenyek dan ditapis. air kosong? emm tak perlu lagi...  tgklah tu,,, kalau bab makan emmmmm.. sekarang ni dah pandai rebut sudu dr mama, tapi takleh lawan camera lagi... bulat mata kalau ada org nak ambil gambar dia... rela stop makan just nak posing like that... " acik cakap naufal suka camera"

Naufal di kejar ke Emergency Room

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah.

Lewat tengahmalam khamis (malam Jumaat) saat ni mama dan baba still tak zzzz lagi.. sedang mengadap laptop keduanya... :) anak2 dan zzzzz dengan nyenyaknya.. namun naufal tidur dalam keadaan yang tidak menyenangkan.. batuk2,,, dan macam sukar untuk bernafas.. malam sbelumnya takde macam tu, just batuk2 aje.. so rasa tak sedap hati je... tiba2 dia bangun dan nangis sambil berbunyi....... maaaaaaaaaa......... nnnnnnn maa........... (bunyi baby nangislah) yg part bunyi maa tu yg best sebenarnya..
macam tak senang duduk aje.. tak selesa kelihatan.. Lalu kami ambil keputusan utk bawa Naufal ke Emergency Room di Hospital Kuala Krai..

Alhamdulillah...... takde orang masa tuu.,. so terus kami dibawa ke asthma bay.. staff yang ada check dada naufal and katanya memang banyak kahak... risaunya Ya Allah.. rungsing juga takut disedut... tentu sakit naufal.. but staff kat situ terus bagi nebulizer pead yg stamubol rasanya.. ..pesan staff yang bertugas, kena letak sampai habis gasnya... tapi dalam masa yg sama, ku risau juga sebab tak de pengalaman , macam ragu2lah juga...  awalnya naufal ok.... but in the middle of proses, dia meronta2 tak nak.. 2 kali buat proses tu.. kali kedua, ku BF kan naufal dulu then alhamdulillah naufal zzzz.. so blh lah buatnya... dlm kul 2 siap, staff check still ada lg kahaknya.. ku tanya asthma or not? alhamdulillah sekali lega, bukan atshma. katanya just jangkitan kuman.. so sebelum balik dibekalkan kami ubat utk cairkan kahak.. ubat selesama utk bb, dan ubat demam... if still lagi bernafas cam mula2td...staff situ pesan kena cepat2 bawa ke emergency semula..

Tapi sampai ke hari ni, Naufal masih lagi batuk2 dan macam ada lagi kahaknya.. cuma tidak sekuat malam kelmarin.. Ya Allah permudahkan lah urusan anakku, berilah kesihatan kepadanya.. Ameen Ya Rabbal Aalamin..

oh ya ini artikel yang ku petik dari ratuhati.com.. sebagai info untuk ibu2 semua... Insya Allah .. bila dah baca artikel ni, rasa sedikit kelegaan, kerana itu antara perkara yang mungkin akan di alami bayi.. cuma bergantung pada bayi kita juga.. and last,.. jaga kebersihan persekitaran kita .

Selsema, batuk dan kahak membuatkan baby sukar bernafas dan berasa tidak selesa. Baby di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang babykerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri. Selalunya kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.




Kebiasaanya ibu bapa akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.



Apa yang boleh kita lakukan sekiranya di rumah memang tidak ada alat penyedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas baby mereka. Caranya mudah, pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.



Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.



Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Ragam Anak

Assalamualaikum..

Bila dah ada 2 anak ni.. baru tahu betapa susahnya nak membesarkan dan mentarbiah khususnya Insyirah.. yang adik.. biasalah pengalaman kakak insyirah tika bayi dulu boleh dijadikan panduan dan iktibar. Dalam meniti usia ke 4 tahun, Kakak adalah experimen kami... opssss bukan bahan experimen yang entah apa2 ya... cuma dalam tempoh ini, terasa banyak cabaran yang perlu kami berdua lalui, khususnya bila dah ada adik.. Kakak seolah2 memberi isyarat dengan sikap dan perlakuannya bahawa dia jeles... ulang sekali lagi... jelesssss.. dengan perhatian dan tumpuan kepada adik..... rasanya sebagai mama kepada dua anak ini,. ku cuba memberikan sepenuh perhatian kepada keduanya tetapi mungkin di sana, ada beberapa kesilapan yang tidak ku sedari... malah kini kakak lebih rapat dengan babanya... rentetan di dalam pantang dulu baba yang banyak menguruskan kakak.. Thanks a lot Baba.. Luv u so much.. coz sabar and bersedia menolong mama serta boleh sabar dengan fe'el mama yang pelbagai.. huhuhu..

Oh ya... antara kesilapan ya g dapat ku kenal pasti :
1) Kurang Tumpuan pada anak..
Memang.. di akui, sepanjang dalam pantang banyak masa kakak dihabiskan dengan baba, dan mak & pak sedara.. mamanya betul2 berpantang... so.. segala keperluan kakak diuruskan oleh mereka yang ada disekeliling... namun  kesannya ... kakak mula tidak rapat dengan mama... ah!! so kena memenangi hatinya lah sekarang ni ...
2) Sering dimarahi.
Bila dah ada adik ni, kakak selalu mendekati adik,,,, alhamdulillah !! selalu kiss adik.. but at the same time, jarinya pantas mencubit tubuh adik.. dengan cubitan semut yang owwww!!! itu yang menyebabkan mama marah !!! tapi mama marah pun bukan terus MARAH but,, mama larang dulu.......... tapi ... at last kena marah juga............... so ini menyebabkan kakak berjauh hati dengan mamanya... malah saat itu dan tika itu, aku melihat kakak seolah2 unsecure tatkala babanya tiada di sisi.. Maybe dia lihat mama seolah2 SINGA ........ uh hu...... tapi memang di kalangan adik2 dulu , daku selalu dikenali sebagai TIGER !!.. garang jugalah tu..... tapi dengan KAKAK takde lah ku marah2 macam marah adik2... but adalah kuatkan volume suara .. itupun kalau dia dah tak dengar mamanya melarangnya..............................
3) Seolah2 Kurang Kasih Sayang & Perhatian
Seolah2??? emmmmmmmmmm kena kaji balik ni............... rasa sayang dan kasih memang tak pernah pudar walau ada anak baru........ but mungkin pada pandangan kakak, KASIH & SAYANG itu berkurangan sebab mama dah ada baby baru......... tambah2 dikuatkan dengan dalil bahawa perhatian mama lebih terarah kepada adik NAUFAL.. oh.. oh.. mama plezzzzzzzzz... tolong be Fair k.
4) emmmmmmmmmmmmm....... rasanya cukuplah lah kot...... banyak sangat .. nanti dikatakan pula sebagai mama yang gagal menjalankan tanggungjawab pula..........

ohhhhhhhh... bagaimana menyelesaikan masalah2 yang ter"create" secara tidak sengaja itu??????????????

Tindakan secara overall lah ya...

Ibu/ bapa atau me sekarang ; sedang memenangi hati kakak kembali... banyakkan aktiviti bersama.. emmmmm lum 100% terlaksana.....
tapi setiap malam tika matanya pejam dan di alam mimpi (emm .. agaknya sweet dream or bad dream?) daku bisikkan di telinganya.. mama sayang kakak.. kakak anak yang solehah, hebat, hafizah al-Quran, sentiasa mematuhi mama dan baba...... sayangggggg kakak.. ( kat naufal pun camtu juga) :)
Kurangkan memarahi kakak, tapi kalau marah juga terangkan kenapa dan mengapa.. cuma sekarang ni nampak macam bossy je anak mama ni......
emmmmm.... dah ngantuk dah.... kalau sambung tulis lagi ni... lain jadi nya........

Jumpa Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni g KB, makan kenduri dan jumpa Is(member se UM) dah 2 3 kali buat date and jemput Is sefamily ke rumah sewa kami,, but takde kesempatan lagi.. maklumlah ... tuan rumah dok ber holiday kat rumah maknya di Machang.......... so at the end,... kebetulan hari ni ke KB.. jumpa pun kat KB MALL sekejap aje.. menyerahkan TUPPERWARE yg Is order dr awal tahun lg.. jumpa tadi dalam keadaan lorat and masing 2blm solat asar lagi... just jumpa kat parking aje... huhuhu..

itu ajelah... just nak update blog

Belanja Adik2

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, semalam dapat tunaikan janji pada adik2 untuk belanja Pizza. emmmmmm... asalnya nak belanja diorang semua Pizza Hut, tapi tak ke KB lah pula.. huhuhu
sooooooo... apalagi. .. buat Pizza sendiri lah jawabnya.. lagi jimatkan kos, lagipula boleh buat dalam 5 keping.. puashati adik2 menikmatinya..
Belanja diorang ni sebenarnya sebagai tanda penghargaan kerana telah membantu kakaknya ini menyiapkan tempahan cupcake sebanyak 700pcs untuk doorgift. maklumat lanjut boleh dilihat di blog cupcake ku.. http://mamahusnacupcake.blogspot.com/

oklah layansssssssss gambar...


errrrrrrrkkkk......... alhamdulillah kenyang..

Hasil2 Baking di rumah mak

Assalamualaikum...

My 1st Red Velvet Cake

 

alhamdulillah......... kenyang

Besday kek tempahan cikta utk Fariha, last minute ni tempahnya....
Insyirah dan Ayahsu, suuuuuuuka sangat dgn Cupcake Ben10... sukalah tu..
dah 2 3 hari dok minta mama buat cupcake ben 10 leepas dia nampak ada edible image tu

CC utk cikta, bekalan diorang pulang ke Johor.

My Wishlist

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..

Semoga hari ini (sayyidul Ayyam) memberikan kita semua keberkatan dan juga kemurahan rezeki daripada Allah swt. Insya Allah.
Hari ni saje je sebenarnya, nak share wishlist yang boleh dikatakan pentinglah untuk me.

Yang pertama

Deep Freezer
Amat2 diperlukan utk menyimpan stok susu Naufal.. Memandangkan kat rumah sekarang ni, ada peti kecil je yang satu pintu, so.. tak brp sesuai utk dijadikan peti penyimpanan susu Naufal.  Ya Allah Murahkan rezeki ku... target bulan  disember ni mesti dah ada dlm rumah.. eh eh... kena p beli dah ni... budget oh budget.... smlm p survey ada yang kecil dlm RM 500 ++ ... emmmmmmm...

Yang kedua .. ni haaaaaaaaa... senang nak buat cupcake.. he he .. Insya Allah by next year .. ameen..

Yang ketiga :
Ini dia.......... huhuhu..

ke ada yang nak bg free semua item kat atas? mana tau ada orang nak taja...  :)

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel