Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Alhamdulillah.. Naufal tak nangis

Assalamualaikum..

Baru je pulang dari klinik KKB, utk rutin bulanan Naufal. Bertolak dari rumah jam 9.30pg ingatkan tak ramai patient.. rupanya ghaamai... huhu.. dah lah tak breakfast lagi... mujurnya dalam perjalanan tu terbeli kuih.. makanlah sebiji.. moralnya... isi penuh perut anda sebelum melakukan apa2 tugasan ya  

Dalam menunggu giliran, me bertemu dan berbual dgn sorang makcik ni yang membawa cucunya utk suntikan 1 bulan.. disebalik tenang muka baby tersebut rupanya ada sesuatu yang di uji Allah terhadap ibunya dan baby tersebut..  Lidahnya besar dan menurut neneknya , sejurus selepas dilahirkan baby tersebut dikuarantinkan dan bernafas melalui saluran pernafasan, then diberi susu juga melalui wayar.. cerita makcik@ nenek tersebut, baby tersebut baru aje dibenarkan keluar, dan perlu bertemu pakar kanak2 . Apa yang menariknya ibu baby tersebut berkeras utk memberikan susu melalui botol, sedangkan doktor tidak membenarkan tetapi ibunya tekad, sebab katanya nanti bila dah start keje, tentu susah dan remeh utk pengasuh menyuapkan dgn sudu atau melalui wayar, so alhamdulillah me tgk tadi, baby tersebut tidak kekok ataupun janggal meminum dgn botol..
Dan ibunya juga fully breastfeed..  masa tu , rasa macam nak kenal aje ibu baby ni, tapi tatkala tgh sembang dgn makcik tu ibu baby tersebut sdg bertemu dgn doktor. So tak dapatlah nak share sumthing bout Breastfeeding........
moral of story : masa dpt tahu baby tu ada problem, me bersyukur sangat2 kerana Allah memberikan seorang bayi yg cukup sifat dan tiada masalah besar melanda kami berempat.. alhamdulillah praise to Allah.

satu lagi nak ceritakan, mendengar luahan dan cerita  seorang kakak ni ttg pengalamannya bersalin dan membesarkan anaknya yg kini tlh berusia 8 dan 4 tahun, tika ni sdg tunggu queue utk suntikan Naufal yg 5 bulan. Anak kakak ni, amat.. amat.. amat.. menangis. tak kira masa dan saat, hinggakan beliau tiada masa utk rehat malah kesihatannya pun terganggu. Ceritanya, anaknya akan berhenti menangis bila hujan... pelikkan? dah habis berubat atau air tawar di ambilnyam tapi tak berkesan.. katanya lah!!! tentu anak dia mengalami sawan tangis.. .. hingga lah satu tahap dia rasa geram/marah dan suami dia rasa macam nak campak aje baby tersebut(bila dgr dia cakap macam tu,, kita pula geram kat dia) huhuhu... mungkin saat dan tika itu hilang sifat sabar mereka berdua.. alhamdulilah mujur tak buat,,lau idak.,.
disebabkan pengalaman tersebut , dia bertekad dah tak nak anak.. serik katanya... so tadi pun jumpa sebab dia p ambil suntikan pencegah kehamilan... hohoho...
moral of story : Yakin dan mohonlah doa kepada ALlah taala agar kesabaran tertanam dalam jiwa kita mama2 semua, sebab kita lah arkitek yang nak bina seorang insan, tambah2 mereka juga mempunyai pelbagai feel dan perangai budak2 ni.. lagi2 lah anak2 ni setiap fasa tumbesaran mereka adalah berbeza.

Dalam proses menunggu juga diri ku tak lepas dari memerhatikan setiap insan yg ada kat klinik tadi... mostly preggy woman.. but yang tak bestnya, pakaian ibu2 mengandung ni,,, masya Allah tak menutup aurat langsung.. moga Allah memberi hidayah kepada mereka ini.. ameen.. kebanyakannya memakai tudung tetapi baju dan seluar yang disarung ibarat membalut buah nangka..hinggakan tempat yg sepatutnya tidak di dedahkan terdedah begitu sahaja.. maklumlah kan... preggy woman ni sebenarnya seksi bentuk tubuh mereka.. so tentulah tidak elok memakai baju yg sendat, seluar yang nipis(trend skrg kan seluar kain lycra) tentunya mengikut bentuk tubuh, ada tu yang pakai baju atas pinggul so nampak alur pung****nya... astaghfirullah hal azim.. bukan nak keji tapi umpat.. baju2 sebegitu hanya sesuai dipakai dirumah, di luar rumah, pakailah yang menutup aurat.

emmmmmm.. moga diberi kesedaran tentang kewajipan menutup aurat di kalangan wanita Islam. Sebab rasanya kini, banyak sagt fesyen2 baju mengandung dan blouse yang menutup aurat yg boleh dipakai oleh mama2 semua... * ingatan buat diri juga..

Oh ya, masa naufal nak kena suntik, mamanya bukan main lg rungsing, takut si anak meraung/ menangis * almaklumlah suara Naufal bila nangis kuat dan garau.. but  Syukur sangat2... langsung tiada tangisan yg keluar, ralit je dia melihat toys yg digantung di syiling kat bilik suntikan tadi.. misi pun naik hairan... mama dah tak hairan sebab masa suntikan yg sebelum ni pun dia tak nangis,... he he...
tapi bab makan ubat. kalah///////// nangisnya seolah2 macam baby kena dera.. malu mama kat jiran2.. yelah.. takutnya jiran cakap.. "dera anak ke apa org sebelah tu?"'' tak ke haru biru??????????????????????? ...........................

Latihan ke Tandas & Insyirah

Assalamualaikum

Memerap di rumah aje cuti sekolah ni.. terpanggil utk berkongsi pengalaman tatkala melatih Insyirah ke tandas. Satu pengalaman yang cukup memenatkan tetapi manis bila dikenang kembali. Antara kaedah yang digunakan oleh me ialah :

1. Bincang dulu dengan anak, Insya Allah anak2 anda pasti memahaminya
Melatih Insyirah ke tandas genap2 mamanya habis pantang dalam bulan Ogos tempohari, sebelum terus ke tandas, me bercakap dulu dgn kakak,: kakak dah ada adik,,, kakak pun dah nak sekolah... so kakak dah tak perlu pakai pampers ya..> . kalau kakak nak kenc***  dan uk... uk... kakak bagitau mama, baba, acik atau nenek ya...
jawabnya kakak... ok mama.

2. Setiap 30 minit tanya dan bawanya ke tandas
Haaaaaaaaaaaaah... yang ni part paling best, menguji kesabaran dan keimanan kami semua especially mama and baba.
bukan setiap 30 minit tetapi setiap 10 minit " mama nak Kenc***.." dengan selambanya kakak bagitau ... bila kat tandas, nak tau apa dia buat? pssssssstt .. dalam perjalanan nak ke tandas, sempat capai botol minuman kosong.... huhhhhh.. dah tau dah......... bukannya nak buang air.. tapi nak main air....... hooooo hooo.. hoo... sabar jelah... keadaan ini berlaku selama seminggu, itupun stop sebab mama dah marah sama diaaaaaaaa......... sebab nak main air......... huhhhu

3. Sabar , Sabar dan jangan memarahi anak sekiranya dia terkucil....
Yang ni alhamdulillah, hanya dalam 5 kali aje dia terkucil..... if anak anda terkucil, jangan terus memarahinya, lap dan cuci kawasan tersebut dgn betul dan sempurna.. maklumlah dah jadi najis mutawasittah, so kena pastikan bau, rasa, warnanya hilang ya.. dan pastikan lap sampai kering.. nanti jatuh pula anak2 kita.. tambah2 kalau lantai berjubin/mozek. Ada satu kali tu, bangun pagi kakak terkucil.. mama tanya" nape kakak kencing dlm seluar? jawabnya kakak" bukan kakak mama, tapi dio sendiri tubik" ... poyo jer jawapan.. haru kan??? dah masa tu start hujan.. alamatnya... blanket dia lambatlah kering......pssssst...waktu tu dia baru bangun dari tidur..
*tubik = keluar
and make sure.. lepas tu kena pesan dan ingatkan anak anda supaya lebih berhati2... opps.. jgn marah2 tau... nanti rancangan utk Toilet training akan gagal dek kerana kemarahan kita... utk fasa permulaan memang kena SABAR!!!

4. Kerjasama berpasukan antara Suami Isteri..dan ahli keluarga yang lain
Ini penting, sebelum lakukan pada buah hati anda, bincanglah dulu dgn sehati sejiwa yakni housemate/roomate/soulmate/gewe/kekasih/pujaan hati/dan tempat gaduh2 manja mama2 semua. Almaklumlah nak menjayakan MISI BESAR ni perlu ada komitmen, kerjasama dari pasangan  anda..
So pastikan anda buat Draf cadangan yang betul2 memikat hati BOSS anda untuk dia juga turut serta malah manatau dia yg lebih teruja dari mama.

5. Yakin dan Mohon kepada Allah Taala dipermudahkan segala urusan.Setiap yg mama2 buat dan lakukan, plg penting......... berdoalah padaNya agar misi berjalan lancar dan diberikan kesabaran dlm menjayakan misi..

itulah kot... dari pengalaman seorang mama yg masih byk lgi ilmu yg perlu digali,,, alhamdulillah my misi dah complete....

Lukisan Kakak



Assalamualaikum...........
Hari ni spend time kat umah MIL, bertemu mata dgn SIL yang balik bercuti dari sarawak. Dari pagi tadi, dalam 5.30 ptg pulang ke rumah kami.
sampai umah, bawa naufal jalan2 dgn stroller dan kakak berbasikal di kawasan perumahan.. setahun sekali tu... berjalan2 di kawasan perumahan. ha ha ha...
then mandikan naufal dan kakak .. terus naufal tangkap lentok dalam buaian..... kakak menemani mama beronline sambil melukis... cubalah lihat lukisannya........
 agak2.. apa ya yang cuba dilukisnya??

Cuba teka, ada 2 objek yang dilukisnya... yang berambut or berbulu tu agak2 nya apa ya? ..  bulat2 kecil.... tu pula....... bulatan kecil katanya...
ada lagu yang mama dan baba selalu nyanyikan pada kakak..

cuba agak yg ni apa ya?
??????????????????????

mula -mula mama ingatkan buah rambutan rupanya......
*
*
*


bintang................

yang ni pula ... apa agaknya.......
???????????????


yang ni pantai kata kakak....

he he  .. kakak ... kakak............
nanti nak upload lagi hasil tanganya.. baru je udah tadi.,

nak update je ni

Banyaknya cerita yang nak di story mory kan kat sini... namun masa yang amat terhad dan juga curi2 je ni sebenarnya.. if org kata cuti sekolah, banyak masa free.. memang lah... bagi yang single mingle.. tapi bg yang berkeluarga mcm me .. tambah2 dgn adanya si baby naufal.. huhu... takde masa yg lapang sebenarnya... eh eh.. bukan merungut.. just nak inform je.. bila dah berdua anak2nya.. maka bertambahlah tugas dan tanggungjawab..
itu yg blog pun terabai... huhu.. ok lah kite g satu persatu :


baby Naufal
sekarang dah masuk 5mth... sepatutnya 14/11 kena g klinik.. tp lum g lagi sampai ari ni(he he).. mamanya.. napelah???
perkembangannya ? sepanjang cuti sekolah ni.. wajib beriba dgn mama, tak boleh berenggang langsung.!! ni pun tgh zzzzzz, that's why leh blogging ;).
pastu... dah pandai angkat2 punggung dah..
dah pandai pegang botol susu.. kalau tgk kakak pegang botol susu, mesti nak rebut.
skin rashes pada tubuhnya belum berkurangan... kalau p klinik pun paling2 misi beri calamine aje..
ciannya naufal !!!
stok utk susu naufal blm buat lagi spnjg cuti ni... me just direct feeding.. ttg stok susu .. kita story kat bab lain yer!!
kalau malam .. nak zzzzz mesti kat atas katil berdua ngan mama dlam kegelapan malam.. lau idak?? tak nak tido dia.. hishhhhhh demand betul lah bb boy ni..
biasanya masa hari mengajar naufal banyak tido di buaian.. tapi dalam school break ni.. nak berkepit ngan mama je... mcm tau2 je mama ada kat umah..
lau nak tido lam buai pun mesti nak mama yang dodoikan...
dodoian baba tak laku.. huhu..
kekadang letih.. me tape kan je suara me and baba then pasangkan kat telinga naufal..
lagu dodoi? emmmmmm zikir pada Allah Taala...
Lailahaillallah 3 x
Muhammaddun Rasulullah
(ada versi perlahan)
ada versi yg kuat)
demand on Naufal nak melody yang mana.. eh eh
macam CD pula.. blh tukar2.. ha ha ha
ok stoppppppp... fullllllll stopppppp !!! continue next bab pula..

nowwww... we talking about my little kakak @ Insyirah

Tadaaaaaaaaaaaaa... lamanya tak cerite ttg perkembangan kakak..
sebenarnya banyak isu yang berlaku antara me dengan kakak.. huhuhu...
nanti ku kronologikan dalam bab lain yer... (bukan apa2 tau.. sbg memory kami bersama)
menda ni start bila me start berpantang and.. now time to pulihkan hubungan kami berdua.. huhuhu.. sedihnya  :(
kakak memang seorang yang bijak,, pandai manipulasikan keadaan dan mudah adapt dengan persekitarannya sekarang !! dah tahu bahawa dia sudah mempunyai saingan .. dah ada adik..
dia tahu mamanya tak boleh memberi sepenuh tumpuan padanya..
klausa yg selalu keluar " mama dgn adik, kakak dgn baba" klausa ini sentiasa meniti di bibirnya hinggalah........... opssssssss... cite smula deh !!!
ni nak cite perkembangannya skarang..
dah boleh tolong mama, espcially bila mama minta tlg ambilkan telefon, ambilkan towel adik, tlg buaikan adik.. tlg tgk2 adik dlm buaian.. and tlg bawa Cloth Diapers adik yg kotor ke dalam besen CD yg me sediakan..
tp yg paling takleh nak elak.. kuasa cubitan( ore kelate panggil kutiR) nya yg halus tatkala berada bersama kite atau baba atau siapa sahaja yang dia rapat.. mesti nak cubitnya..
malah adik naufal juga tak lepas dr menjadi mangsanya... cian adik..
cuma berat badan kakak masih lagi tak naik2 ... walau pun makannya berkala.. huhuhu..
still tak nak makan ubat..
lagi best.. semalam me kemaskan bahagian dapur,
kakak; mama buat apa?
mama: kemaskan dapur kakak
kakak: wahhhh cantiknya Mama.* bukan me yg cantik tp dapur ya...).. Baaaaaaaagus Mama..
Mama Bagus, kakak bagus, baba bagus.... adik baguss
see,,,,,, ni ayat pujian yg me sentiasa titipkan tatkala dia melakukan pekerjaan yang baik!!
and kakak sekarang ni memang dah dalam proses peniruan kelakuan orang dewasa.. baik dari segi qaulun(perkataan), fi'ilun ( perbuatan) dan juga macam2 lah...
itu sebab kami memang perlu berhati2 dlm apa2 perbuatan kami berdua..
 klah........ itu je dulu... tulis apa yg ingat je ni... sambil mata jeling kat naufal ... takutnya dah terjaga dr zzzzzzzz..

ohhhh... inilah pujaan hati ku !!!! me and my family !!! :)

 happy family forever. ameeeenn
eh.... opsssssssssss... eh.. sape yang bertudung tu?? me ke? nape kecil je? me dah jadi org kerdil ke????????? he eh.. itu bukan diriku lah........ itu my youngest sister aina...
he he he sorry yer.......

moral of story : gunakan masa emas dengan family anda.. ikutilah perkembangan mereka setiap masa.. dan setiap moment itu cukup berharga.........

Salam Aidil Adha



Salam Aidil Adha kepada semua daripada kami sekeluarga..

Lepas maghrib nak gerak balik umah mertua..
Raya ni giliran umah MIL..
OK semua.. terimalah kad ikhlas dr kami

My 1st PopCake

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah Fillah semua......
nak update blog yg makin lama makin terpinggir ... adakah kerana penangan mukabuku? rasanya tak..
kadang2 ......... rasa mcm tak nak tulis apa2....
malas dah nak kongsi cerita..
tapi hati tetap rindu nak menulis
maybe masa yg makin lama makin singkat je rasa....
* naufal nangis (6.31pm) stop.............. jap ya !!
ok.... dah ok dah/.......
wellllllllllllll........ nak share my 1st Popcake.. dah lama search resepinya.. jumpa dlm you tube  but ... huhuhu
alhamdulillah someone at wmc ada postkan ttg popcake and gambar2nya yg kiut dan menyelerakan... huhu..
but somethig missing........ cari compound choco kat kedai bakery kat KK ni...... hhu tarak..
tertangguh projek.. akhirnya dpt idea ganti dgn coklat susu Van Hounten .. but a litttle bit sweet..
tgklah gambar Popcake kite..
takde lah comel lah mana..
tapi quite ok since it's my 1st try...........

any comment???

Kurma Milk Blended

Assalamualaikum semua... sejak dua menjak ni... Kurma Milk Blended menjadi menu utama buatku..
kenapa?
1. Kurma dan susu kan makanan sunnah
2. Petua memperbanyakkan air susu ibu
* khusus utk ibu2 yg BF sepenuhnya, amalkanlah bi iznillah susu production memang byk.


Ni resepinya ya :
 10 biji kurma dibuang bijinya
1 cwn susu segar* saya guna susu ducthlady yg low milk
1cwn air masak..

Semuanya di blend bersama.. kalau nak sedap blend dgn ais, sarah tak blend dgn ais cozz skrg cuba elak minum minuman berais.. just masukkan dlm peti sejuk kejap jer..
kalau nak sedap lg masukkan almond or kismis... emmm alhamdulillah ..

Kek Tiramisu


Semalam keluar shopping, almaklumlah cutiiiiiiii kan!!!!!!!!!!! dalam hujan lebat .......
keluar breakfast dan shopping baranng2 dapur dan barang2 nak buat Kek Tiramisu......
alhamdulillah menjadi juga.......

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel