Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Menanti Debar Dan Tanda2 Awal Bersalin


Beg Baby dan Mama yang udah di packing... dok nunggu untuk digunakan dalam bonet keta.... *telengkan kepala anda utk melihatnya :)

Sudah 2 kali mengalami Braxton Hick, dan 2 malam juga tidak tidur kerana berlakunya kontraksi..ingatkan sudah tiba masanya.. rupa-rupanya belum lagi.
1st tatkala usia kandungan masuk 34 minggu... sehari sebelum Hari keusahawan di sekolah, tepat jam 2.30 pagi, terjaga dari lelapan ... terasa sakit memulas-mulas berlaku setiap 15 minit... risau betul, namun tak ku kejutkan baba.. ... apa lagi... barang persiapan baby dah ready, cuma kelengkapan untuk diri sendiri belum lagi di packing. Malam tu terus aje pack barang2 kelengkapan diri., toilleteries, baju, kain, Buku untuk bacaan tatkala di ward. Al-Quran Digital dan juga beberapa barangan lain yang tak perlulah di nyatakan ... sendiri mau tau ya ibu2, mama2, mommies, ummi2...

2nd time hari khamis baru2 ni... berlaku di awal pagi juga... memulas2 perut..... memang yang ni berat sikit , kontraksi berlaku setiap 15 minit dan makin kerap kepada 10 minit... terus packing barang dan memang tak tidur langsung malam tu... sakitnya memang terasa.. seolah2 dah tiba masanya... namun ku masih teragak2 nak ke hospital.. cuma seusai subuh,., terus bertolak ke rumah mak di Machang... dalam keadaan tidak selesa... kalau makin teruk kontraksinya.. memang terus ke hospital aje...
tapi rupanya belum tiba masanya lagi... so hari khamis tu terpaksa ambil cuti, sebab dah tak tahan sangat dan tak mampu nak g skul.... namun sehingga hari ini... keadaan diri kembali seperti biasa, cuma standby ajelah,... mana tau kan... doakan yer saya mudah bersalin nanti..

oh ya ini ada artikel tentang tanda2 awal bersalin yang saya ambil dari website :www.portal.alamhamil.com... sebagai bacaan untuk diri sendiri dan dipanjangkan pada kawan2 semua...


Tanda-tanda bersalin
Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran
Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

Menghadiri kelas antenatal
Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
Tonton video kelahiran
Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin
Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Sifat Wajib Bagi Allah dan Pengaruh Wali Band

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah....

Rutin harian seperti biasa mengajar dan hari ini mengajar ulum syariah bagi murid tahun 3.. Tajuknya Allah bersifat Baqa'
Seperti biasa, dimulakan dengan salam... cuma memang kurang berpuashati dengan murid2 ni.. dah nak setengah tahun belajar tapi masih lagi tidak bersedia dengan sepenuhnya untuk berdoa, tatkala berdoa ada yang masih berbual, melakukan kerja yang lain.. padahal sentiasa di ingatkan.. lumrah kanak2 kan perlu sentiasa diingatkan namun....... kalau boleh biarlah mereka betul2 menghormati dan berdoa dengan penuh adab..

Dalam sesi pengajaran tadi :* antara dialognya :

ustazah : siapa yang tahu sifat wajib bagi Allah ada berapa?
Murid 1 : ada 6, ustazah....
Murid 2 : ada 25
murid 3 : tak tahu ..ustazah...

masih lagi sesi sumbangsaran :
ustazah : pernah dengar lagu Allah Wujud, Qidam Baqa' Mukhalafatuhu lilhawadis...... dan seterusnya...* at the same time ada yang mengikut ustazah mengalunkan lagu tersebuut...
dan ada yang ternganga2..
Murid : pernah ustazah..
Murid : tak pernah dengar ustazah * yg ni confius betul... dari tahun 1 dan 2 setiap kali Tajuk yg berkaitan dengan Sifat Wajib Bagi Allah mesti kami akan alunkan nasyid... blh dia cakap tak pernah dengar... sedihnya... :(
itu antara dialog antara sarah dengan murid2 tadi... sebelum betul2 masuk pada isi pelajaran iaitu Allah bersifat Baqa' (kekal) ... terasa sedih sangat... sebab seingat sarah.. masa kecil2 dulu Alunan lagu sifat 20 bagi Allah sudah cair di bibir mulut tatkala berada di Taski lagi...
Dan paling malang.... mereka sekarang kurang didedahkan dengan alunan lagu Sifat 20, Lagu Nabi kecuali pada bagi murid yang pernah belajar di P****, atau T*****...
Bukan mengatakan mereka tidak belajar...atau tidak mendengarnya... cuma situasi sekarang amat2 berbeza...

sebagai contoh pada Sambutan Hari Guru baru2 ini.... adalah diputarkan lagu Kumpulan yang paling glamer sekarang ni " wali band" emmmmmmmmmm... terkejut kami cikgu2 ... dari Murid Pra hingga Tahun 6 semuanya boleh dikatakan telah menghafal lagu2 Wali band.. buktinya??? emm.. bila ditutup speaker... mereka boleh menyanyi dengan lancar dan dengan bangganya.... bukankah itu menunjukkan pengaruhnya amat besar???

Terasa sedih bila mengenangkan pengajaran lewat hari ini.... entengnya pengajian agama di sisi mereka.... seolah2 sebagai matapelajaran yang tidak penting... sambil lewa dan ada juga yang tidak menunjukkan minat untuk belajar.... Ya Allah, jernihkan hati murid2 ku supaya boleh menerima pelajaran dengan baik dan terus melekap dalam jiwa dan hatinya serta boleh mengamalkan dalam kehidupan mereka dan menjadi mukmin soleh... amen...

CUTE PINK BABY CONTEST

Bismillahirrahmanirrahim
yeah!!! ada juga kesempatan nak join contest yang ibuqisqas anjurkan... dah lama dah di invite.. tapi masa tak berapa ada.. so curi juga masa hari ni nak completekan contest ni..
ni 2nd contest yang sarah join.. mana tau rezeki kan????
yang pasti contest ni mesti ada color pink .

ini bannernya..

thanks ibuqisqas jemput kite join contest ni... ni link http://asyna8286.blogspot.com/2010/04/1st-birhthday-give-away-jom-join_28.html

Contest ni sempena ulangtahun puteri ibuqisqas pada 30 mei ni....

ok... setelah dipilih2... akhirnya ini lah gambar yang terpilih utk join contest :

I'm Insyirah .. solehah To be... dengan tudung pink semestinya cute dan comelkan???

Nama Peserta: Nurhusna Insyirah Bt Mohd Shukri

Umur : 2 Tahun 7 bulan

Tarikh Lahir : 6 Oktober 2007

Pesanan Mama Untuk puteri tercinta :

"Mama doakan agar Insyirah menjadi anak yang solehah, mukminah sejati, bijaksana dan berhikmah dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang. Sentiasa menghormati mama dan baba serta orang yang lebih tua.. Cahaya Kebaikan dan ketenangan itulah yang mama inginkan sempena dengan namamu Nurhusna Insyirah."

Oh ya kawan2 sempatlah sesapa yg berminat nak join contest.. just klik link di atas yer... dateline 28 Mei ni...

Today my holiday and My last BSP .. insya Allah..

Assalamualaikum semua...


terlalu lama tak update blog... jadi macam tak berminat, walaupun rindu nak upload tapi dengan kekangan masa dan juga banyak perkara yang nak kena manage.. seolah2 terlupa akan blog ku ini..

Hari ni ada kelapangan sikit.. sekolah dapat cuti peristiwa sebab sepanjang minggu penuh dengan aktiviti. Last week ada perkhemahan start khamis, jumaat dan sabtu... rest kejap hari ahad, then isnin pula sambutan hari guru.

Selasa rest...( means takde aktiviti and mengajar as usual) Rabu pula hari keusahawan, setiap rumah sukan membuka gerai jualan. dan kami pasukan hijau juga tidak ketinggalan..

and today dapat rest.. dan program besar juga sedang berlangsung, iaitu rakan sejewatan emmm.. rasanya dalam 10 buah kereta dan keluarga ke Langkawi.. ramai yang tak dpr join.. macam diriku jua.. sebab dah sarat sangat.. if tak pregg . tentu dah kat langkawi dah ni... hohoho... ada peluang lain kali lah...

and hari juga, kena BSP.. setelah berulang alik selama beberapa bulan, akibat keputusan MOGGT yang melebihi skala, so la budda kena juga.,.. ingatan untuk teman2 blog.. if nak MOGGT jauhkan diri anda daripada memakan dan mengambil makanan manis dan juga buah-buahan seperti pisang atau durian... .. atau pulut .. : ini nasihat teman2 yang dulu makan garam.. but me dpt nasihat tu after ujian tersebut.... tak ke haru namanya...

harapnya today is the last day for my BSP... dah tak larat nak kena cucuk 4 jarumm tapi demi kemaslahatan baby dalam kandungan... makanya.. reda dan pasrahlah dengan nya...

emmmmmmmmm menghitung hari untuk delivery... saat yang mendebarkan dan merunsingkan... but insya Allah semua brg baby dah pack dalm diapers bag.. sebagai persediaan dan dah letak dalam boot kereta dah...

sekarang tengah mengintai-intai dan mengusha2 CD ( cloth diaper) utk my baby dah tekad utk tukar pampers kepada CD insya Allah.. * masa insyirah dulu tak yakin lagi nak guna CD.. tapi utk 2nd baby insya Allah i'll try my best.

tengah mengusha BreastPump juga... if kawan2 ada pengalaman and suggestion utk breastpump yang terbaik... bagitau lah yer... TQ..

oklah....
that's all for today.... gud nitesssssssssss.. assalamualaikum

Rindunya......

Assalamualaikum semua...


rindunya dengan laman ku ini...
promise nak update gambar2 tika Cuti2 Malaysia ppun belum sempat lagi
tadi nak try buat... alih2 laptop ku yg baru selesai diformat takleh nak baca memory card..
ahhhhhhhh... frust juga kejap..
emmmmmmmmmm sedar tak sedar dah masuk minggu 34 kehamilan.. tapi langsung takde di kongsi info kat sini..
nanti lah sarah akan buat jurnal kehamilan, cabaran.. alahan dan masalah yg sarah hadapi semasa pregnant ni...

Insyirah pun dah start buat perangai.. nak bermanja-manja... dan ada2lah... kadang2 dengan
keadaan diri yang sarat ini , rasa macam tak termampu nak layan... orang kata dia mengalami temper tendrome...
sedikit demi sedikit dia merasai kehadiran orang baru ,, tentu rasa tergugat kan??? harapnya nanti bolehlah beri tumpuan padanya walau di saat dalam pantang... sekarang tengah verita dengan insyirah sikit2 tentang bakal baby baru yang akan datg tidak lama lagi... supaya dia lebih bersedia..


and last not least HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL .. ESPECIALLY TO MY MUM (SALMANI AND MY MIL CHE RAHMAH)

Cuti2 Malaysia

Assalamualaikum semua,,,


dah lama tak update blog, dah banyak sawang ... jenuh juga nak bersihkannya... pada teman2 baru yang sudi singgah, insya Allah sarah akan buat kunjungan balas nanti,.. cuma buat masa sekarang masih belum ada kesempatan.. terima kasih kerana sudi singgah walau tiada isu yang best.. huhu..

sebenarnya banyak cerita dan perkara yang nak dikongsikan bersama, tapi buat masa sekarang macam tak best je nak story mory... my laptop takde di sisi... kena format,.. harap2nya file and folder yang ada blh di back up lah.. banyak brg2 penting, pic.. utk jualan, pic kenangan dan macam2 lagi... itulah bila nak update blog, takde gambar tak syok kan???

mujur ada lapotop baba, so bolehlah nak online sekadar nya...

sekarang kami kat Kuala Terengganu, buat apa? emmmmmmmmmmmmmm.. sambil menyelam minum air... asal tujuan datang ambil ida, adik yg belajar di UMT.. dah hasi dah.. so dtg ambil barangnya... so dari datang bersaja2 camtu... bolehlah berjalan2 area KT ni... hajatnya nak ke Taman Tamadun Islam, harap2nya bukalah hari ni..

Nantikan story mory kami sepanjang percutian ini ya... cuti-cuti2 malaysia

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel