Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Breakfast Pagi Tadi

Ni Sandwish telur untuk mama satu dan baba 1
haa ni pula bento utk Insyirah ,, 4 keping nugget ayam, 2 kepg roti bersalut telur, timun dan salad..

emmm,,, balik skol tadi check dalam bentonya.. hanya tinggal roti setengah keping dan sayur salad and timun tak bergerak langsung... he kanak2 ni.. tak makan pula... biasa timun dia suka makan... mgkin takde mood kot...
oklah




Nasi Goreng Rafeah
sate utk Insyirah

mengidam nak makan son tam... so kat kedai rafeah bolehlah demand sikit,... tak nak yg pedas.. semuanya sedap dan lazat...
ni dinner kami jumaat seminggu yang lepas, dah lama tak singgah kat Restoren Rafeah, (kepunyaan kakna dan hubby cik mat )- cikgu pra sekolah ku...
kalau datang kuala krai .. try lah singgah makan kat sini.. sedap2 makanannya..
restoren ni dekat Guchil sebelum trafic light and tak silap bersebelahan dengan RoadCare.



Cuba Try tengok ni....

Assalamualaikum... dah lama dah snap pic ni.. tapi baru boleh nak upload... story mory tentang anak dara ku yang kian membesar dan ingin buat apa yang kita buat ... alkisahnya... dalam keralitan mengadun brownies, ku tak sedar si kecil ku juga sedang bertungku lumus menyiapkan dessertnya.. betul2 diruang tamu... hairan juga kenapa tak datang memerhatikan mamanya buat apa.. rupanya dia juga sedang beraktiviti ... yang lagi best... baba tengok aje.. di sangkanya mama yang memberikan tepung tersebut pada insyirah... huhuhu memutih tile diruang tamu ku... tengoklah aksinya tika itu...




Tadddddddddaaa.. hasil brownies yang dihasilkan oleh tangan si insyirah .. eh eh silaplah.. ini hasil mama insyirah lah... yang insyirah punya sudah disapu dan dilap... homework tambahan untuk mama membersihkan rumah.. huhuhu....

takpelah sekurang-kurangnya boleh mendidik dia kan?? tapi dalam masa yang masa ingatan diberi agar insyirah perlu meminta izin mama atau baba dan nyatakan juga betul atau tidak tindakannya... setiap kali penerangan diberikan mesti dia akan jawab yaa.. yaa... a"adik faham tak apa yg mama cakapkan ni? yaa .. nak buat lagi??? tak nak... tapi kanak2 kan.... perlu sentiasa diberitahu...





Biarlah gambar yang menceritakan ke"excited" an insyirah dengan yellow duck yg dibeli petang tadi.. itu belum lagi di bawa berkelah di tepi pantai atau ke swimming pool...

agak2nya... kalau dah dalam air dengan yellow duck tu... nak ke dia berenti bermain sehingga kepuasan dirinya menjelma... insya Allah esok kalau ada masa kita test kat mana2 pantai yg kami akan singgah selepas ke KB esok.. he he syok jee planning.. entah jadi entahkan tidak..

Yellow duck tu baru je beli petang tadi kat kedai barangan plastik.. Asalnya mama just singgah kejap nak beli penyapu dan penyodok je.. (pengaut sampah) eh ... betul ke istilah tu??? takpelah... sebab yg lama dah turun taraf dok kat laman rumah.. so susahlah sikit nak mengauut sampah yg disapu... Penyapu pula dah ada sebelum ni.. tapi keras semacam aje .. sesuai utk diletak dilaman tau dapur.. so itulah.. lama dah mama memendam rasa nak beli penyapu yang serasi... sebab sebelum tu baba yg belikan.. huhu..... so ari ni dapat apa yang nak...

kalau ikutkan nak juga beli vacum,, senang nak vacum rumah,..,. tapi itulah .. bila lah boleh beli ya?... he he.. sebab ada orang halang beli lagi.. katanya tak berapa penting .. huhuhu...

apa2 pun gunalah penyapu untuk membersihkan rumah ya...

entah apa2lah mama insyirah membebel "

last not least" an nazofatul minal iman " kebersihan itu separuh daripada iman..

Puding Roti Berkaramel




Rasanya dah 2 minggu lebih buatkan Puding Roti, kebetulan MIL berikan kami roti bata*( and roti bata bukan pilihan utama kami kecuali gar*****... so.... terfikir2 juga ... nak buat apa ya dengan roti ni... takkan nak biarkan saje??? emmmmmmmmm masya Allah tak baik membazir..

maka minda mencongak2 dan mencari2 sesuatu yang terpendam .... TING!!!! ahaaaaaaaaaa...

akhirnya menjadilah seperti di atas.. PUDING ROTI BERKARAMEL...

setelah menyelongkar gobok kecil di dapur.. di dapati fruit coctail ada 1 tin, tepung kastard pun dah ada... eh eh... telur pun ada juga??? haa insyirah pula tengah ralit bermain dengan playdoh dengan babanya...

soooooooooooooooooo.... me? emmm start membancuh....

inilah resepinya : *** psssssssssss .. diambil dari blog kak hanieliza..
PUDING ROTI CARAMEL
Bahan A: 1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair 1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad
Hiasan 1 tin buah koktel/peach
Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
sooo... me bahagikan kepada 2 acuan.. 1 utk kami2 3 beranak makan dan satu lagi untu dibawa ke school.. * and alhamdulillah letak je kat kantin pagi keesokkan harinya... licin... dan member2 pun suka... cuma cukup terkilan, tak semua cikgu2 perempuan makan...
takpelah lain kali kita buat lagi yer..
psssssssss... baba pun suka tau... itu yang best tu.. sebab biasanya my hubby ni kurang makan bab2 desert n...

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel