Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Rehlah di Latarek.. menyeronokkan

Assalamualaikum... sekian lama menyepi.. tanpa cerita, berita.. dah berabuk sawang ku ini... apa khabar teman2 semua? Terima kasih kerana sudi menjengah sini, sila2 lah tinggalkan jejak dan kesan,.. insya Allah sedikit masa lagi , saya cuba menziarah blog kekawan semua...

Cuti seminggu hanya memenuhi undangan perkahwinan dan bz dengan aktiviti yang tidak putus2... hilang nikmat untuk berehat.. :) tapi tak mengapa... akhirnya hari Jumaat, 2 hari sebelum cuti sekolah berakhir, sempat kami merancang rehlah bersama2 4 family.. my family, my mil and Fil family.. family sepupu baba,... alhamdulillah kami bertolak selepas jumaat. awalnya tidak hujan .. tapi bila sampai di Latarek ... Allah menurunkan nikmat hujan ... hanging out dalam kereta buat sementara.. ingatkan tak dapat nak BBQ ayam, alhamdulillah... hujan akhirnya reda.. dan kami boleh beraktiviti.. biarlah pic yang kami snap mengambarkan suasana dan mood kami semua....



Antara Juadah yang tersedia.




seronokkan??? my adik2 dan lil insyirah

tengoklah.. very very excited lil insyirah bermain air , dayang2nya ramai... so mama just pantau dari dekat... jadi life guard.,... kua kua kua....



my mom, dad, my MIL, FIL and semua yg ada...
Alhamdulillah......... ukhuwwah ini sentiasa subur.. insya Allah ..
Ohya .. untuk informasi, latarek terletak di Pekan laloh, di antara lebuhraya Gua Musang - Kota Bharu.. dari kuala Krai memakan masa selama 35 minit aje..





Penat Fizikal dan Minda

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari blog tidak terusik.. 2 minggu ni.. betul2 penat dengan aktiviti sekolah yang berurutan sehinggakan terasa kurang rehat. Pulang je dari sekolah terasa penat sangat2..
Bermula minggu lepas start 1 Mac-3 mac latihan rentas desa dan sukaneka.. melatih murid sepagi setiap hari, hari Rabu bermula sukan... tiada luang dan ruang untuk merehatkan diri,
4 Mac ( Khamis) Mesyuarat Agung PIBG, sehingga jam 5 petang... pulang ke rumah pula.. bekalan air terputus selama 4 hari berturut..

Terasa betul2 penat... minda dan fizikal.. balik aje terus nak landing ( baring merehatkan diri, dengan keadaan berbadan dua .. lagi2lah memenatkan.. syukur baba memahami dan banyak membantu urusan rumahtangga. pendek kata, 80% diuruskan baba, lantaran tidak ada kudrat utk melakukanya..

Malam ni pula nak siapkan analisa Ujian bulanan baru2 ni... baru aje selesai mengisi markah dalam kad ujian bulanan pelajar,,, mata dah kuyu, badan dah menagih rehat... tapi belum boleh laksanakan lagi...

stop kejap untuk restkan diri... terasa lamanya lagi nak cuti, padahal esok sehari je lagi sekolah...
itu yang terkejar deadline tu.... perlu bereskan sebelum bercuti..

Checklist kerja yang perlu diselesaikan esok :
  1. Dapatkan Tandatangan GB utk kad Ujian Bulanan Kelas 5C
  2. Siapkan analisa UBB / TOV/ ETR untuk setiap kelas yang diajar * tindakan malam ni!!!!
  3. Buat analisa SWOT untuk setiap murid dan kategorikan mereka dalam kategori Harapan / Lulus/ Galus/ Gagal.
  4. Kemas kini file Pemulihan Jawi *
  5. Kemaskini File Kelab Jawi dan Khat.
  6. Kemaskan Meja Kerja ku di Bilik Guru sebelum bercuti.

Join Kelas Bakery..

Assalamualaikum dan salam semua...

Pagi tadi join kelas masakan yang dianjurkan oleh YL Ingredient di Kuala Krai, 1st time he he mencari ilmu masakan. 5 resepi yang diajar antaranya Sponge Cake, Pandan Layer Cake, Cotton Cheese Cake, dan juga pau/ man Tou.. alhamdulillah .. bertambah2 ilmu bakary ku.. disamping mengenali kawan2 baru. Ni antara Pic yang sempat diambil.. enjoy the pics..


Pandan Layer Cake

Cotton Chesse Cake


Mantaou

Insya Allah, nanti nak buat bila ada masa senang.. sekarang tidak senang lagi.. walapun weekend, tetapi tiada air huhu.. dah 2 hari air takde .. kain baju dan bertimbun tak terbasuh lagi... ingatkan hari ni boleh membasuhnya, setelah seminggu kepenatan dengan aktiviti sekolah.

Insya Allah nanti update aktiviti sukaneka dan rentas desa serta mesyuarat PIBG yang berlangsung sepanjang minggu..



Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel