Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Menu Tengahari : Air tangan Baba

Salam semua, selamat berhujung minggu pada kawan2 di pantai barat, bagi kami di sini, hai ini hari pertama bertugas untuk minggu ni... Alkisahnya ... hari ini nak share menu tengahari kami, baru aje selesai santap.. semuanya hasil air tangan suami tersayang.. tQ baba,.. sup dan telur dadar yang dimasak oleh en suami.. alhamdulillah sedap rasanya.. terima kasih kerana memahami kepenatan mama pulang dari sekolah.. Lepas ambil mama dari sek, baba sinsing lengan baju.. he he terbalik pula .. sepatutnya mamanya yang sinsing baju... Love u baba... Syukran


Telur Dadar
Sup Ayam

Itulah yang perlu ada dalam rumahtangga kan... yakni tolak ansur sesama suami dan isteri.. saling tolong-menolong dan bantu membantu dalam keluarga, seperti mana juga dalam prinsip usrah : mula2 taaruf... ( ini mula2 dulu ni)
kena kenal dulu, siapa sebenarnya pasangan kita, tetapi dalam proses rumah tangga, konsep taaruf perlu setiap masa, sebab ada juga pasangan yang walaupun sudah berkahwin menjangkaui usia matang tetapi masih belum mengenali pasangannya dengan betul2 ..
yang kedua tafahuma : Saling faham memahami
haaaa.. ini memang part yang penting juga.. bila dah mengenali, perlu ada faham memahami... fahami pasangan anda, terima baik buruknya... dan saling tegur menegur bilhikmah antara satu sama lain,, baru lah kerukunan rumah tangga akan lebih aman. .. jangan hanya mengharapkan en suami aje memahami kita.. ya...
yang ketiga : takaful maksudnya menjamin dan saling berkait rapat dengan taawun..
so ...harapnya suami janganlah menyerahkan 100% tugas pada isteri, jangan hanya goyang kaki dan pandai memberi arahan pada isteri aje... jangan jadikan isteri seperti orang gaji @ amah... tetapi ringan2 kan tangan membantu isteri apa yang perlu. barulah harmoni rumah tangga.. tapi para isteri pula, bila dah sentiasa dibantu suami, jangan pula naik tocang... he he.. maksudnya .. jangan lah pula melepaskan tanggungjawab terus kepada en suami ya..
eh eh,.. pn sarah ni... cakap senang tau nak buat tu boleh ke? agaknya awak dah berjaya ke? emm bukanlah nak kata kita dah berjaya, sebab kita kawin baru setahun jagung, tapi apa yang baik tu .. kita kongsi bersamalah kan?? kalau ada nak tambah... sila2 lah ye

2 comments:

  1. salam sarah.
    seronok benar tu dapat makain masakan air tangan suami. pandai dia masak.

    ReplyDelete
  2. dia bab masak ni terer juga kak, kalau tom yam lagi laa.. memang kaw kaw punya... :)

    ReplyDelete

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel