Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Insyirah...





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... mungkin tika ini, member2 area KB sedang menonton Ketika Cinta Bertasbih di Balai Islam Lundang... uh hu hu... jelesnya ambo takleh nak g.. al-maklumlah dari Kuala Krai ke KB mengambil masa 1 jam lebih2.. andai pergi dan tayangan tu habis jam 12.. jam brp ya kami sampai umah??? esok pula kerja.. emmmmmmmmmm penat lah... berkorbanlah ... tak pergi...
oh... sebenarnya just nak share pic my Insyirah, tika ni dalam keta , rasanya on da way balik Machang, dipakainya sunglass yang ada dalm keta... mamanya apa lagi snap je gambar dia... cute kan Insyirah >> he he mamanya pula puji.. alhamdulillah.. setiap yang dicipta Oleh Allah itu dalam keadaan yang baik dan cantik.!! ( gambar ni snap dlm tahun lepas, and gambar ni jua lah yg sarah cari utk join contest yg dibuat oleh mommy2 , tapi tak jumpa.. hari ni buka file dlm laptop.. ha jumpanya... nak buat macam mana bukan rezeki nak join contest..
oklah... sambil2 update stok kat website damaiestore.com.. rest jap... utk update blog..


Kuew Teow Berkuah

Salam semua, buat apa tu??? hari ni kami sekeluarga tak keluar ke mana-mana, buat apa yang patut sebagai isteri mithali :) he he .... insya Allah!!

Mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, memesinbasuhkan baju " mesin yg bekerja" sarah just masukkan kain je.. tunggu bip bip... angkat dan terus jemur dijemuran.. alhamdulillah hari ni, cuaca begitu cerah sekali.

Selepas tu......... snapping pic koleksi ukhti dan SIk clothing terbaru, kalau nak tengok, boleh ke website sarah ya. Stok terhad. Then terasa lapar... emmmmmmmm tengok dalam freezer, emmmm ada ikan uji rashid je* tu pun sekor je!! belek2 lagi..... haa ... dlm tupperware ada sayur sawi, carrot, lada merah, and ada lebihan kuew tiow itu hari... nak masak nasi.. tak tahu nak buat menu apa,... so akal mula memberi idea, buat kuew teow berkuah... guna bahan yang ada je..

Tarra dah siap...... boleh semangkuk besar untuk 3 beranak makan. urrrrppp... alhamdulillah

nak resepi??? sarah share je lah yer... se simple abc..

2 ulas bwg putih

sedikit ikan bilis

1 biji telur

sayur sawi, carrot , lada besar.

caranya : tumis bwg putih, masukkan air dan biarkan mendidih, masukkan ikan bilis, dan carrot

then masukkan sayur sawi, garam dan gula .. then last masukkan kuew teow..

Siap.. !!!

Tutorial Photoscape

Salam semua,,
Tadi terbaca entry tentang photoscape di blog kakchik.. so.. terus link ke website tersebut and download.. alhamdulillah .. dah lama sebenarnya nak letak gambar layout macam ni.. tapi tak tahu macamana.. syukran lakiii buat kakchik kerana postkan entry ttg PS ni... 5* to you sis. :)
Try edit gambar2 cupcake yang ada.. and yang atas tu adalah hasilnya... lepas ni boleh lah guna degn sepenuhnya dan masih banyak lagi yang nak di explorekan..
Salam Maulidur Rasul Ya Rasulullah ku merindui mu, ku mengasihiMU.. selawat dan salam buatMu wahai kekasih Allah.

Kematian dan Ingatan untuk diri.

Dipetik dari email yahoogroups



Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian.





Kematian





"(Dialah) yang m e njadikan mati dan hidup, agar Dia m e nguji kamu, siapa di antara kamu yang l e bih baik amalnya. Dan Dia Maha P e rkasa lagi Maha P e ngampun". (Al-Mulk: 2).





Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan.Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus.





Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.





Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk kaku dan lama-lama membusuk ?Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu ? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma ?Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan dise babkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan ?





"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya" . (al-A’raaf: 34).Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah yang mengharapkan kematian kerana Allah swt.Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redha-Nya dan memenuhi tanggungjawab kepada-Nya."Apakah manusia mengira, bahwa dia akan dibiarkan sia-sia?" (al-Qiyamah: 36)


Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Quranul Karim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478) .Ayat ini sudah dijawab oleh Allah swt dengan ayat yang lain apabila Allah menyebut : "Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (adz-Dzariyat: 56).Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima.Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai ke matian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik ? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri ? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid ? atau Mati di dalam loji najis atau mati di dalam kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak oleh musuh Allah ??Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya : "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).Selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam maka tidakah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.
Ol e h : Ustaz Emran

Bila sibuk ... Bila Lapang... Bila

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Muda sebelum tua


sihat sebelum sakit,

kaya sebelum miskin

lapang sebelum sibuk...








antara lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan, harapnya dah betul susunan lirinknya, maklumlah jarang-jarang mendengarnta sekarang..





Hakikatnya kehidupan kita memang tidak akan lari daripada perkara2 tersebut. Setiap daripada kita akan menghadapi saat, yang muda pasti akan menghadapi hari tua, atau mungkinkah kita tidak sempat untuk menghadapi usia tua, lantaran dijemput ilahi?? hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Apa yang mampu kita lakukan, dengan berdoa memohon agar kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah (dalam kesudahan yang baik) . Ameen..





Atau lantaran dalam menghadapi kehidupan ini, kita tentunya tidak lari daripada di sapa saat tenang dan lapang, mungkin tika dan waktu lapang ini, kita bersenang2 dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah, adakah dalam menghadapi saat ini, kita ingat kepadaNya? memuji2 Nya yang telah memberikan nikmat tersebut pada kita?? atau ini juga satu ujian daripadaNya.. dengan nikmat kesenangan dan kelapangan yang ada , adakah kita termasuk di dalam hambanya yang bersyukur dengan nikmat tersebut?? Allahu A'lam dan diri kita mengetahuinya... koreksi diri adalah perkara yang boleh mengukur tahap kesyukuran, keimanan kita??





Mungkin di saat ini juga, kita sedang diuji olehNya dengan ujian kesusahan dan kesibukkan dengan perkara2 atau sesuatu yang tidak di diduga? Mampukah kita menghadapi ujian yang diberikaNya? bersediakah kita? kuatkah Iman kita? Di saat ini juga, seseorang itu mungkin akan semakin mendekati Rabbul Izzati atau di saat ini juga keimanan kita akan teruji? maka bersabarlah dalam menghadapi segala ujian daripada Allah....


Jimat ... cepat... berbaloi2

Assalamualaikum...................


Jumaat lepas.. menyibukkan diri membuat pizza, memang yang simple tapi rasanya.. walaah!! sedap... dalam masa setengah jam lebih2 sikit .. boleh siapkan 4biji pizza Hawaian Tuna. Sepenuhnya menggunakan Pizza Set yang dibeli dengan Tupperware. memang BERBALOI-BALOI !!! TAK RUGI MEMILIKINYA...........


inilah adunan pizza menggunakan bahan yang cukup asas. di uli di dalam season Serve, hanya mengambil masa 6 minit utk adunan lembut, sukatan tepung menggunakan square round. tak perlu menggunakan scale... alah!! memang bestlah... tak banyak alat digunakan. cukup dengan Pizza Set aje. perap dalam season serve selama 5 minit dah kembang. Then letakkan semua bahan2 yang disukai seperti tuna, sos cili, sosej, bawang, capsicum, cendawan butang, isi ayam then last keju,, masak dalam tupperchef selama 10 minit saja... tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
dah siap ... macam kat bawah...

Puashatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. dah lama tak baking and buat pizza sekali buat haa ambil 4 biji terus,......... suka adik2 makan dengan sepuashati... little insyirah pun sama......
Alhamdulillah... senangnya menggunakan pizza Set berbaloi2..............


Haaaaaaaa.. ini dia Pizza set yang dicanang2kan tu,... oh ya kalau sesiapa berminat.. bolehlah bagitau sarah RM 360 termasuk keahlian Tupperware.( tersedia dalam kotak ye) Kalau taknak jadi ahli takpe...
tapi RM 370 lah harganya..
Oh ya kalau nak jadikan skim kutu ansuran pun takpe... RM 60 selama 5 bulan, dan kawan2 akan diberikan free gift yang bernilai RM20... tawaran untuk 4 orang terawal...
kalau berminat bagitau ya.. atau boleh je emailkan pada sarah di admin@damaiestore.com
Kalau nak tahu banyak lagi tentang skim kutu ansuran pelbagai produk barangan Tupperware, kawan2 boleh berkunjung ke website sarah di www.damaiestore.com
Maaflah yer kawan2......... iklan sikit ni... jangan marah kalau baca..
tapi tak rugi ni.!!!











Cuti : tak ke mana2..

Assalamualaikum.. dan Gong Xi Fa Cai ..

Sepanjang cuti 2 3 hari ni, kami sekeluarga tak ke mana-mana, hanya memerap dirumah dan memenuhi undangan majlis perkahwinan(walimatul Urus), itupun yang berdekatan sahaja, buat sahabat Hidayah Kassim@ kaklang... maaf lah, tidak dapat menghadirkan diri ke rumah kaklang di utara sana.. apapun gambar majlis akad nikah dalam facebook, nampak begitu meriah.. semoga majlis semalam pun lebih meriah.. Mabruk alaikuma..
Kalau dekat memang confirm pegi... apa khabar cik siti kita ni?? dah lama tak sms, balik kg ke tak? atau bercuti di perak sahaja? emmmmmm kalau baca blog ku ini, jangan marah yer.. namamu ku seru... :)

Semalam sebenarnya ada perancangan untuk ke Kota Bharu, memenuhi undangan seorang sahabat blogger yang akan merasmikan bookstorenya.. tapi.. pagi2 tu terasa berat hati sangat nak pergi, nak sms, handset bertukar tangan dengan adik.. so tiadalah no phone di dalamnya... emmmmmmmm... try buka bloglah... rupanya patutlah terasa malas sangat2.... rupanya kakchik postpone majlis perasmian tersebut disebabkan Billion ditutup utk sambutan Tahun Baharu Cina... emmmmmmmm naluri ku kuat mengatakan tak nak pergi.. rupanya sebab ini...(* 2 3 hari sebelum tu tak online, internet slow banget ) so perancangan lain pun automatik cancel... sebenarnya .. sambil2 ke majlis kakchik boleh shopping kat Billion, biasanya mesti ada sale kan...
Alamatnya, tak leh lagilah nak menjejakkan kaki ke MariBaca Bookstore milik kakchik.. Insya Allah lain kali ye.. kakchik...

Emmmmmm........... hari ni pula ingat nak g manjakan diri... kononnya nak g berurut... tapi alahai... telefon 2 3 orang tukang urut , ada yang berangkat.. tapi demam, huhu.. ada yang tak angkat... mungkin bercuti kot... emmmmmm tak jadi lagi lah jawabnya..
Emm hari isnin ni... kalau kat Machang glamer dengan Pasar Isnin.. emmmm nanti ajak baba pergi shopping and cuci mata kat sanalah,... sambil2 memerhati gelagat selautan manusia dan peniaga di sana.. mungkin ada sesuatu yang boleh di ambil di sana..

Menu Tengahari : Air tangan Baba

Salam semua, selamat berhujung minggu pada kawan2 di pantai barat, bagi kami di sini, hai ini hari pertama bertugas untuk minggu ni... Alkisahnya ... hari ini nak share menu tengahari kami, baru aje selesai santap.. semuanya hasil air tangan suami tersayang.. tQ baba,.. sup dan telur dadar yang dimasak oleh en suami.. alhamdulillah sedap rasanya.. terima kasih kerana memahami kepenatan mama pulang dari sekolah.. Lepas ambil mama dari sek, baba sinsing lengan baju.. he he terbalik pula .. sepatutnya mamanya yang sinsing baju... Love u baba... Syukran


Telur Dadar
Sup Ayam

Itulah yang perlu ada dalam rumahtangga kan... yakni tolak ansur sesama suami dan isteri.. saling tolong-menolong dan bantu membantu dalam keluarga, seperti mana juga dalam prinsip usrah : mula2 taaruf... ( ini mula2 dulu ni)
kena kenal dulu, siapa sebenarnya pasangan kita, tetapi dalam proses rumah tangga, konsep taaruf perlu setiap masa, sebab ada juga pasangan yang walaupun sudah berkahwin menjangkaui usia matang tetapi masih belum mengenali pasangannya dengan betul2 ..
yang kedua tafahuma : Saling faham memahami
haaaa.. ini memang part yang penting juga.. bila dah mengenali, perlu ada faham memahami... fahami pasangan anda, terima baik buruknya... dan saling tegur menegur bilhikmah antara satu sama lain,, baru lah kerukunan rumah tangga akan lebih aman. .. jangan hanya mengharapkan en suami aje memahami kita.. ya...
yang ketiga : takaful maksudnya menjamin dan saling berkait rapat dengan taawun..
so ...harapnya suami janganlah menyerahkan 100% tugas pada isteri, jangan hanya goyang kaki dan pandai memberi arahan pada isteri aje... jangan jadikan isteri seperti orang gaji @ amah... tetapi ringan2 kan tangan membantu isteri apa yang perlu. barulah harmoni rumah tangga.. tapi para isteri pula, bila dah sentiasa dibantu suami, jangan pula naik tocang... he he.. maksudnya .. jangan lah pula melepaskan tanggungjawab terus kepada en suami ya..
eh eh,.. pn sarah ni... cakap senang tau nak buat tu boleh ke? agaknya awak dah berjaya ke? emm bukanlah nak kata kita dah berjaya, sebab kita kawin baru setahun jagung, tapi apa yang baik tu .. kita kongsi bersamalah kan?? kalau ada nak tambah... sila2 lah ye

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Tadi buka CD yang di burn zaman pengajian di UM dulu, khazanah2 dan artikel2 yang dr PC lama... so sayang nak buangkan... mana tau boleh di share atau nak digunakan lagi... so tengah dok.. cari2 .. jumnpa ni... sarah share kan kat sini ya.. yang ni kawan Ucu yang bagi ni.. apa khabarlah ucu kat sarawak sekarang??? lama tak mendengar khabar... rindunya

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah ?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah
Isteri Rasululah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan........


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...........


Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah........


Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang daharga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar


Mampukah aku menjadi wanita solehah ?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Rantingan Usratuna

Ranting Usratuna

Seni Khat; seni Warisan yang perlu dimartabatkan... khazanah yang perlu dijaga, dipelihara,.. sayang kalau seni ini ditinggalkan...
Ranting Usratuna.. Ranting keluarga kami, Mohd Shukri. Maesarah dan Nurhusna Insyirah, terpahat indah, di lakar dengan penuh rasa kasih sayang , hasil seni suami tercinta.. sudah lama ku ingin pahatkan nama2 kami dalam tulisan khat sedemikian rupa... tiada syarat yang ditetapkan.. tiada corak yang di"demand"kan... terserah pada empunya diri untuk membuat bentuk dan design...
asyik2 mata ini melihat tulisan khat baba, pada setiap tempahan rakan2nya untuk dibuat pada papan tanda, atau pada dinding masjid, andai dirinya punya waktu..jeolous menjalar dalam hati... lantaran hasrat dan impian tersebut belum tertunai... dan pada hari ini... entah pada mimpi mana, siap jua tulisan khat yang ku inginkan... kepuasan pastinya menjelma pada jiwa... tetapi sifatnya hanya sementara, sebab ku ingin baba pahatkan tulisan tersebut pada kertas yang cantik dan mempunyai border yang klas atau eksklusif ,.. sebab ku ingin frame kan ia dan gantungkan di sudut dinding rumah kami..... dan lagi lagi... kan ku masukkan foto2 kami di sisi nama kami.... emmmmm nampaknya baba kena tulis lagi ... kalau boleh lepas ni nak demand ..mungkin bentuk masjid ...... atau bentuk 2 lain... lepas ni kalau boleh nak baba buat utk ranting Famili Ab Rahim pula........ boleh kan sayang mama?


Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel