Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Aras Gula lebih 1 je..

Pagi tadi MC, kena p klinik appointment dengan Dr and minum air gula(glukos) .. wajib bagi ibu2 yang pregnant kalau umurnya 25 ke atas, prosedur baru...
Emmm dengar cerita minumnya .. meloyakan .. terpikir juga macamana lah nanti, boleh ke minum? malam semalam start jam 10 malam berpuasa ... tapi sebelum tu, dah control makan sikit,.. ingatkan terlepas, tapi result pagi tadi, tidak menyebelahi diriku... selepas 2 jam menunggu, kalau ikut skalanya 7.8 terlepas daripada BSP tapi result ku 7.9 ... alahai... tak terlepas... berisiko jugalah,.... emm no kompromi or budi bicara, so 11 feb nanti kena 4 kali ambil darah start pukul 8pg, 12 tgh, 6 ptg dan last 10 mlm... huhu.hu...

Sembelit, macamana nak atasi..




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, moga ceria2 selalu di samping family tersayang..


Ambil insyirah dari rumah pengasuh tadi, kmoh cakap Insyirah sembelit... ingatkan tak teruk tapi.. petang tadi, dalam jam 6.30 petang, sedang menyiram bunga dan Insyirah ralit bermain tetiba dia cakap nak uk uk... nampak sangat macam susah nak uk uk... menangis dia .. Ya Allah tak tahu nak buat macam mana kami, ni 1st time Insyirah sembelit sebegitu teruk sekali. seksa sangat ...
Cuba flash back balik apa yang dia makan sebelum ni, emm...
buah~ memang tiap2 hari makan, means..... takde lah kekurangan serat.. tapi.. apa masalahnya?
Air Kosong~ boleh lah. ... tapi takde lah banyak ..
Susu~ emmmmmmmmmmmm... kurang sikit... (bukan minuman kegemarannya).
Tapi sehari sebelum tu... ok je sistem pembuangan air besarnya... bukanlah nak kata seminggu tak uk.. uk..,, hari2 ok je sistem kumuhnya.. ..
Takkan disebabkan makan 2 ulas durian?? boleh ke bagi kesan kat kanak2??? uhuhu... kurang experience bab2 ni... bila dah kena baru nak cari informasi,.
Tadi masa tgh tgk merlin... tiba2 ..Insyirah buat aksi nak uk uk lagi... bimbang mamanya , risau menangis macam tadi... so guna psiko sikit... dalam pada dia tengah nak uk uk.. urut perutnya dan bacakan selawat.. buat banyak2 lagi.. alhamdulillah... dia tak nangis.. dan selamat juga akhirnya...
oh ya... dalam2 menaip ni sempat juga cari info dalam ni.. so sarah ambil utk panduan sendiri dan rakan2 juga..
Sembelit di kalangan bayi
Sembelit ialah keadaan apabila bayi anda bermasalah atau sakit ketika membuang air besar. Najis biasanya keras. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sembelit sekiranya bayi anda tidak membuang air besar lebih daripada empat hari.
Apa yang membimbangkan ialah bayi anda mungkin takut untuk membuang air besar selepas itu dan sengaja menahan najis kerana takut melalui situasi yang menyakitkan seperti sebelumnya.
Ini mungkin menyukarkan anda dan menambahkan lagi masalah sembelit anak anda.
Sekiranya bayi anda mengalami sembelit, apa yang anda perlu lakukan?
1-Mandikan bayi andaApabila anda mandikan bayi anda, bayi akan berasa lebih tenang dan ini membantunya untukmembuang air besar dan najis mungkin lebih mudah dilkeluarkan. Anda boleh mengurut perutbayi anda (seperti diterangkan selepas ini). Ketika mencuci bahagian bawah, anda bolehmenyapu sedikit petroleum jelly di luar bahagian anus.
2-Mengurut perut bayiProses urutan perlu dilakukan dengan lembut. Urutan dimulakan di bahagian pusat dan secaraperlahan bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut arah jam. Anda boleh menggunakankrim atau minyak bayi (baby's oil) untuk tujuan ini. Sekiranya bayi anda gembira anda bolehteruskan proses ini.
3-Cuba berikan bayi anda lebih air untuk melembutkan najisnya.
4-Jangan sesekali menggunakan jari atau alat lain ke dalam anus bagi merangsang pengeluarannajis. Ini ditakuti mencederakan bayi anda.
5-Bagi bayi enam bulan ke atas yang sudah memulakan diet selain susu, anda boleh lebihkanmakanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur. Ada juga ibu yang memberikanbayi mereka jus prune bagi membantu mengurangkan sembelit.
6-Anda boleh berjumpa dengan profesional kesihatan anda dan berbincang tentang susu formulayang sedang diambil dan keperluan anda untuk bertukar kepada susu formula yang lain.
Kini terdapat beberapa susu infant formula yang dirumus khas bagi bayi yang mempunyaimasalah sembelit.Bagaimana untuk mengelakkan sembelit?
1-Pastikan anda mengikut arahan pada label susu formula yang anda berikan kepada anak anda.Kemungkinan susu yang dibancuh pekat menyebabkan berlakunya sembelit.
2-Sekiranya bayi anda sudah memulakan diet selain susu, sila pastikan pengambilan serat dan air yang cukup.
terima kasih pada empunya blog...
.
.

Alhamdulillah..........

Finally.... dah boleh ber on9 ... sabtu hari tu dah langsaikan bil broadband... bukan liat untuk membayar.. tetapi alpa seketika... bayar petang ahad, pagi tadi cuba,,, dah dapat online balik... banyak story mory yang ingin dikongsi bersama, tetapi rasanya tak tahu nak mula dari mana. Oklah...

broadband...

salam semua... sudah seminggu tiada sebarang post, bukan M tapi masalah broadband.. terlupa bayar.. huhu.. rasa2 baru je bayar by online .. rupanya dah lebih limited.. so hari ni sarah luang kan masa sekejap kat cc nak bayar bill broadband.. insya Allah by nextweek boleh online .. jumpa nanti..:)

Nothing to say

Salam...

sekadar update blog....... emmmm takde apa yang nak di kongsikan...
Selamat berhujung minggu bagi warga Kelantan dan Kedah and Terengganu...
Gunakan masa luang ini untuk bersama family tercinta ...

Versi bertudung >>>






Bakal Srikandi Islam .. insya Allah... cute kan??? sikecil bertudung... but after 10minutes ,.. dah tanggal... .. emmm ... lama 2 nanti mesti suka pakai ..
pic ni snap masa Raya 2008 .. tak silapnya... Umur dalam setahun lebih...

Bebelan seorang bergelar insan

Assalamualaikum semua...

apa khabar hari ni??? Selamat kembali ke sekolah kepada kawan2 semua yang bergelar guru... selamat meneruskan kesimbungan tugasan dan amanat dalam mendidik dan memberikan ilmu kepada anak-anak kita semua... Semoga ianya menjadi ibadat kepada semua.. bukan semata mengharapkan ganjaran yang masuk setiap bulan atau inginkan pujian dengan usaha yang telah dilakukan.. tetapi buatlah kerana ALLAH taala... agar mulia di sisiNYa..

Sedar tak sedar dah 3 hari sesi pembelajaran bermula... alhamdulillah semua berjalan lancar.. cuma sedikit kepenatan menguruskan SPBT .. check list murid2 yang belum dan tidak mendapat bekalan buku teks yang mencukupi.... dan juga jawatan terbaru sebagai guru kelas, masih banyak lagi yang belum selesai.. mesti dan perlu diselesaikan dalam 2 minggu ni..

Selamat datang diucapkan buat guru2 baru seramai 4 orang, Gee, kak ita, Noor Hanani dan juga Ustaz Rakhi ke SKSE.... selamat menjadi warga SKSE...

Dan khamis ni... dengan rasminya bilik jQAF kami akan dipindah milik kepada kelas 4 Cekal.. memandangkan JPN telah meluluskan pengecilan jumlah kelas.. maka sekolah kami yang sedia maklum dengan kekurangan kelas.. maka bilik j-QAF di ambil alih buat sementara... so Khamis ni kami perlu mengemas bilik dan mengambil semua barang2 dan alatan2 dan ABM jqaf untuk dipindahkan ke suatu tempat yang tidak lagi diketahui destinasinya... nak buat macamana??? terpaksalah menerima keputusan tersebut....... reda ajelah... so... kembali kepada awal jqaf 2005-2007 tanpa bilik. untuk membuat aktiviti... tetapi Insya Allah kami akan terus gagah dan bersemangat.. ceeeeewah...

selamat... selamat ... selamat untuk semua... belum dapat mengikuti secara terperinci isu penggunaan Kalimah Allah... .

Bertukar lagi...

Salam semua... kaifa haalukum?? kullu am wa antum bilkhair... alhamdulillah hari ni 1 january 2010.. hari baru .. tahun baru bagi kalendar masihi... ... tambah2 hari ni hari jumaat .. sayyidul ayyam (penghulu segala hari) . antara kelebihan hari jumaat ialah :* tazkirah utk diri snd ni ..


Kelebihan Hari Jumaat
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".
Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

insya Allah semoga dalam berkat dan inayahNya sentiasa.........

back to the point... apa yang bertukar... sebenarnya template bertukar lagi... Insya Allah yang ni memang akan menjadi backgroud teratakdamaiimpiana... sebab warnanya amat menyenangkan mata memandang.. hijau itukan tenang ;) ..

template sebelum ni... dalam 2 3 hari sarah masuk ni.. rasa berpinar2 mata.. sakit je mata.. .. rasa macam tak tenang aje... bak kata umi_e ... lembut yang hangat... suka sangat dgn komentar umi..(kak e) so .. mesti dah taukan komentar yang telah dipilih... so harapnya umi-e dapatkan emailkan nama dan address lengkap utk sarah poskan misteri gift yang dijanjikan tu...
pada kakchik, MrsNor, dan kak tirana... nanti emailkan juga nama dan add,, walaupun ada satu je misteri gift... tapi dengan murah hatinya sarah ingin memberikan something utk kakak2 semua.. yang merajinkan diri memberi komentar... sebagai tanda kenangan awal 2010...
emailkan kat sini ya : mamahusna@gmail.com.
jangan lupa email ya..........

dan harapnya kawan2 suka dengan template ni...
2010 .. pasha and strugle to be muslimah solehah... mama dan zaujah yang mithali. dan lebih matang dalam berblog... rupanya dah nak masuk tahun 3 tahun berblog.. . insya Allah God Willing..

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel