Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Mesyuarat Guru

Mesyuarat hari ni, alhamdulillah berjalan dengan jayanya.. mesyuarat yang santai, mesyuarat pertama bersama dengan GB baru yang datang menggantikan GB ku yang terdahulu... Alhamdulillah selama 7 Tahun ku berada di SKSE, telah ku lalui pelbagai pengalaman dan juga pelbagai ragam dari 7 orang Guru Besar.. HEBATKAN???? cuba tanya mana2 guru di sekolah lain, sudah berapa orang GB yang mereka telah lalui??
Hebat betul sekolah ku ini... Ini yang buatku sayang nak tinggalkan sekolah ni.. :) ;) hemmmmmmmm...


Mesyuarat pada hari ini, lebih berfokus pada persediaan untuk kami semua sebelum sesi persekolahan bermula. Suka di ingatkan, Bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sekolah akan bermula pada 2hb Januari 2011.. manakala negeri2 lain pada 3hb Januari 2011.. so semua guru2 di seluruh Malaysia, mungkin sedang sibuk di sekolah masing2 di minggu akhir percutian..membuat persediaan untuk menyambut kedatangan murid dan juga bagi guru2 kelas membersih dan mengemas kelas/ bilik darjah.  so buatlah yang terbaik untuk sesi 2011.. amanah yang terpikul untuk mendidik anak bangsa terletak di bahu kita semua. Laksanakan amanah dengan sebaiknya.. Niat yang ikhlas kerana Allah .. pastinya kepuasan yang akan dirasai.
Oh ya untuk pengetahuan semua, KBSR telah diubah kepada KSSR.. Dalam KBSR fokus kepada 3M ( Membaca, menulis, mengira) namun dalam KSSR fokus bertambah kepada 4M ( membaca, menulis, mengira,mena'akul) . Tentunya tugasan kepada Guru2 Tahun 1 akan lebih berat kerana ini merupakan tangga pertama dalam pelaksanaan KSSR. So,, do u best ya,.. :)

Dalam mesyuarat tadi juga, Semua guru telah diberikan senarai tugasan untuk tahun 2011.. so ada sedikit perubahan dan rombakan..  namun pada pengamatan diriku, alhamdulillah me puashati buat masa ni.. cuma ada satu aje yg tak berapa nak berkenan.. hope akan ada  perubahan lah untuk yang tu....... ameen... Ya Allah kabulkan doa hambamu ni.

Oh ya,,, 26 dan 27hb adalah hari untukku.. sebagai Guru Buku Teks *pssss tetap dan berpencen gamaknya jawatan ni if tak bertukar, pengagihan akan dibuat pada hari tersebut... so harapnya mendapat kerjasama daripada semua guru yang terlibat.  Tetapi tadi baru tersedar dari lena yg tak berapa panjang, rupanya 26hb tu adalah cuti berganti bagi Hari Krismas.. sooooo terpaksalah korbankan.. huhuhu.. masa letak tarikh ni, pentadbir tak perasan kuuuuuuuuuuuuuuuuuuttt.. uhuh!!!.. kalau nak postpone pada tarikh lain memang confirm takleh... sebab macamana nak war-warkan pada sekalian anak2 murid ku???

Mesyuarat tadi memang banyak perkara yang ditaklimatkan.. tapi tak dapatlah nak bagitau kat sini.. RAHSIA kami2 aje... mana yg blh disharekan untuk tatapan umum.. bolehlah me cerita ceritikan kat sini.... sebelum  balik dibelanjanya semua guru dengan Teo O ais dan juga Nasi bungkus... kata cikgu wan :" makan sebungkus tak cukup" emmm... betul lah katanya.. memang tak cukup tadi... biarpun nasi putih hanya bertemankan ayam bakar dan gulai kosong.. tapi macam tak cukup...........
*** bestnya kalau bilik wawasan macam ni!!! mesti syok mesyurat... huhuhu***

oklah... itu aje buat hari ini........................ oh ya.. sukanya hati bila brownies yang ku buat ditempah oleh teacher nanie mendapat pujiajn darinya... he he thansk nani coz sokong bisnesku yang kecil2 ni.. :)  

Logo Halal dan Insyirah

Selalu kalau balik dari mana2 .. nak masuk simpang ke kawasan perumahan kami, ada kedai runcit, and kedai tu memang jadi pillihan baba untuk belikan roti gardenia dan susu kotak marigold pada Insyirah.sama ada utk bekal dalam perjalanan atau utk bekal balik rumah. sebelum ni dia kecil lagi sooooo.. ikut aje apa yg mama and baba belikan.. tapi sekarang dah pandai demand.. selalu bila nak masuk simpang tu mesti " nak air kotak lembu* sebb kat kotak marigold ada pic lembu..  image ada kat bawah
kredit tu mr google *cik liyana.com saya pinjam pic ya

haaaaaaa... air kotak yg jadi kegemaran kakak
tapi.. bukan aje air kotak.. mesti ada gula2 atau jajan yang dibeli bersama...
so mama risaulah ada tanda halal tak..
mama membebel sorang " hish baba beli ni ada tanda halal tak????? " time ni baba takde lam keta lagi
so ada lah yg tolong jawab...... ni mama tanda halal.. ada belake dio.. (ada dibelakang plastik..) isk.. mama confius... tau pula si insyirah ni.. rasanya mama tak bg tutorial lagi..
so nak uji betul tak dia tahu......." mana kakak tanda halal? ni mama

ditunjuknya tanda halal JAKIM..
alhamdulillah.. kenal juga anak mama, then mama pun pesan kat kakak.. nanti kalau kakak nak beli coklat ke atau apa 2 , kakak tgk tanda halal dulu ya...
ok mama....... masa yang sama dia tunjuk tanda halal yang ada pada makanan yang dibelinya.

Lega hati mama dan baba..

Salam Perkenalan dari Naufal

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah..

Solid Food For Naufal

Alhamdulillah Naufal dah masuk 6  bulan 7hb 12 ritu... so mama dah boleh perkenalkan makanan untuk naufal... sebelum meneruskan agenda tersebut.. harus ada pengetahuan tentangnya .. nantikan salah pula... cian my baby. 
Before that, nak cerita sikit tentang Sikap naufal  dalam 5 bulan .. selalu kalau tgk sesiapa makan..dia dah pandai bagi signal.. dia hisap2 bibir mulut dia, cuba capai makanan yang kita makan.. dan kadang2 dia tenung kita makan, menyebabkan mamanya rasa bersalah... huhu.. kalau ikut nenek , beria je naufal makan, tapi mama berkeras, cukup 6month ya.. so mama selalu cakap kat naufal " sabar ye dik... 2 3 hari je lagi adik boleh makan"  ..........

But ,.. baby biasalah.. Naufal macam dah kenal antara makanan dengan benda lain.. if nampak aje makanan teru aje buat2 makan, hisap bibir mulut... mcm2 lah...

So ... utk permulaan, perkenalkan baby dengan satu jenis aje makanan,... jangan di campur2 lagi... Naufal 1st makanan dia,.. bubur nasi yang ditapis.. tanpa sebarang perasa.
dari pembacaan utk umur baby 6-8 bulan , mulakan dengan bubur yang ditapis , menurut pakar pemakanan kalau boleh jangan di blend nasi tersebut.. sebab nanti akan mengurangkan zat makanan tersebut... so lenyek2 aje then tapis. Puree sayur atau buah-buahan seperti apple, pisang, juga boleh diperkenalkan...

sekarang ni naufal masih lagi makan bubur nasi yang dicampur dengan EBM + carrot tang dilenyek dan ditapis. air kosong? emm tak perlu lagi...  tgklah tu,,, kalau bab makan emmmmm.. sekarang ni dah pandai rebut sudu dr mama, tapi takleh lawan camera lagi... bulat mata kalau ada org nak ambil gambar dia... rela stop makan just nak posing like that... " acik cakap naufal suka camera"

Naufal di kejar ke Emergency Room

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah.

Lewat tengahmalam khamis (malam Jumaat) saat ni mama dan baba still tak zzzz lagi.. sedang mengadap laptop keduanya... :) anak2 dan zzzzz dengan nyenyaknya.. namun naufal tidur dalam keadaan yang tidak menyenangkan.. batuk2,,, dan macam sukar untuk bernafas.. malam sbelumnya takde macam tu, just batuk2 aje.. so rasa tak sedap hati je... tiba2 dia bangun dan nangis sambil berbunyi....... maaaaaaaaaa......... nnnnnnn maa........... (bunyi baby nangislah) yg part bunyi maa tu yg best sebenarnya..
macam tak senang duduk aje.. tak selesa kelihatan.. Lalu kami ambil keputusan utk bawa Naufal ke Emergency Room di Hospital Kuala Krai..

Alhamdulillah...... takde orang masa tuu.,. so terus kami dibawa ke asthma bay.. staff yang ada check dada naufal and katanya memang banyak kahak... risaunya Ya Allah.. rungsing juga takut disedut... tentu sakit naufal.. but staff kat situ terus bagi nebulizer pead yg stamubol rasanya.. ..pesan staff yang bertugas, kena letak sampai habis gasnya... tapi dalam masa yg sama, ku risau juga sebab tak de pengalaman , macam ragu2lah juga...  awalnya naufal ok.... but in the middle of proses, dia meronta2 tak nak.. 2 kali buat proses tu.. kali kedua, ku BF kan naufal dulu then alhamdulillah naufal zzzz.. so blh lah buatnya... dlm kul 2 siap, staff check still ada lg kahaknya.. ku tanya asthma or not? alhamdulillah sekali lega, bukan atshma. katanya just jangkitan kuman.. so sebelum balik dibekalkan kami ubat utk cairkan kahak.. ubat selesama utk bb, dan ubat demam... if still lagi bernafas cam mula2td...staff situ pesan kena cepat2 bawa ke emergency semula..

Tapi sampai ke hari ni, Naufal masih lagi batuk2 dan macam ada lagi kahaknya.. cuma tidak sekuat malam kelmarin.. Ya Allah permudahkan lah urusan anakku, berilah kesihatan kepadanya.. Ameen Ya Rabbal Aalamin..

oh ya ini artikel yang ku petik dari ratuhati.com.. sebagai info untuk ibu2 semua... Insya Allah .. bila dah baca artikel ni, rasa sedikit kelegaan, kerana itu antara perkara yang mungkin akan di alami bayi.. cuma bergantung pada bayi kita juga.. and last,.. jaga kebersihan persekitaran kita .

Selsema, batuk dan kahak membuatkan baby sukar bernafas dan berasa tidak selesa. Baby di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang babykerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri. Selalunya kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.




Kebiasaanya ibu bapa akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.



Apa yang boleh kita lakukan sekiranya di rumah memang tidak ada alat penyedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas baby mereka. Caranya mudah, pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.



Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.



Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Ragam Anak

Assalamualaikum..

Bila dah ada 2 anak ni.. baru tahu betapa susahnya nak membesarkan dan mentarbiah khususnya Insyirah.. yang adik.. biasalah pengalaman kakak insyirah tika bayi dulu boleh dijadikan panduan dan iktibar. Dalam meniti usia ke 4 tahun, Kakak adalah experimen kami... opssss bukan bahan experimen yang entah apa2 ya... cuma dalam tempoh ini, terasa banyak cabaran yang perlu kami berdua lalui, khususnya bila dah ada adik.. Kakak seolah2 memberi isyarat dengan sikap dan perlakuannya bahawa dia jeles... ulang sekali lagi... jelesssss.. dengan perhatian dan tumpuan kepada adik..... rasanya sebagai mama kepada dua anak ini,. ku cuba memberikan sepenuh perhatian kepada keduanya tetapi mungkin di sana, ada beberapa kesilapan yang tidak ku sedari... malah kini kakak lebih rapat dengan babanya... rentetan di dalam pantang dulu baba yang banyak menguruskan kakak.. Thanks a lot Baba.. Luv u so much.. coz sabar and bersedia menolong mama serta boleh sabar dengan fe'el mama yang pelbagai.. huhuhu..

Oh ya... antara kesilapan ya g dapat ku kenal pasti :
1) Kurang Tumpuan pada anak..
Memang.. di akui, sepanjang dalam pantang banyak masa kakak dihabiskan dengan baba, dan mak & pak sedara.. mamanya betul2 berpantang... so.. segala keperluan kakak diuruskan oleh mereka yang ada disekeliling... namun  kesannya ... kakak mula tidak rapat dengan mama... ah!! so kena memenangi hatinya lah sekarang ni ...
2) Sering dimarahi.
Bila dah ada adik ni, kakak selalu mendekati adik,,,, alhamdulillah !! selalu kiss adik.. but at the same time, jarinya pantas mencubit tubuh adik.. dengan cubitan semut yang owwww!!! itu yang menyebabkan mama marah !!! tapi mama marah pun bukan terus MARAH but,, mama larang dulu.......... tapi ... at last kena marah juga............... so ini menyebabkan kakak berjauh hati dengan mamanya... malah saat itu dan tika itu, aku melihat kakak seolah2 unsecure tatkala babanya tiada di sisi.. Maybe dia lihat mama seolah2 SINGA ........ uh hu...... tapi memang di kalangan adik2 dulu , daku selalu dikenali sebagai TIGER !!.. garang jugalah tu..... tapi dengan KAKAK takde lah ku marah2 macam marah adik2... but adalah kuatkan volume suara .. itupun kalau dia dah tak dengar mamanya melarangnya..............................
3) Seolah2 Kurang Kasih Sayang & Perhatian
Seolah2??? emmmmmmmmmm kena kaji balik ni............... rasa sayang dan kasih memang tak pernah pudar walau ada anak baru........ but mungkin pada pandangan kakak, KASIH & SAYANG itu berkurangan sebab mama dah ada baby baru......... tambah2 dikuatkan dengan dalil bahawa perhatian mama lebih terarah kepada adik NAUFAL.. oh.. oh.. mama plezzzzzzzzz... tolong be Fair k.
4) emmmmmmmmmmmmm....... rasanya cukuplah lah kot...... banyak sangat .. nanti dikatakan pula sebagai mama yang gagal menjalankan tanggungjawab pula..........

ohhhhhhhh... bagaimana menyelesaikan masalah2 yang ter"create" secara tidak sengaja itu??????????????

Tindakan secara overall lah ya...

Ibu/ bapa atau me sekarang ; sedang memenangi hati kakak kembali... banyakkan aktiviti bersama.. emmmmm lum 100% terlaksana.....
tapi setiap malam tika matanya pejam dan di alam mimpi (emm .. agaknya sweet dream or bad dream?) daku bisikkan di telinganya.. mama sayang kakak.. kakak anak yang solehah, hebat, hafizah al-Quran, sentiasa mematuhi mama dan baba...... sayangggggg kakak.. ( kat naufal pun camtu juga) :)
Kurangkan memarahi kakak, tapi kalau marah juga terangkan kenapa dan mengapa.. cuma sekarang ni nampak macam bossy je anak mama ni......
emmmmm.... dah ngantuk dah.... kalau sambung tulis lagi ni... lain jadi nya........

Jumpa Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni g KB, makan kenduri dan jumpa Is(member se UM) dah 2 3 kali buat date and jemput Is sefamily ke rumah sewa kami,, but takde kesempatan lagi.. maklumlah ... tuan rumah dok ber holiday kat rumah maknya di Machang.......... so at the end,... kebetulan hari ni ke KB.. jumpa pun kat KB MALL sekejap aje.. menyerahkan TUPPERWARE yg Is order dr awal tahun lg.. jumpa tadi dalam keadaan lorat and masing 2blm solat asar lagi... just jumpa kat parking aje... huhuhu..

itu ajelah... just nak update blog

Belanja Adik2

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, semalam dapat tunaikan janji pada adik2 untuk belanja Pizza. emmmmmm... asalnya nak belanja diorang semua Pizza Hut, tapi tak ke KB lah pula.. huhuhu
sooooooo... apalagi. .. buat Pizza sendiri lah jawabnya.. lagi jimatkan kos, lagipula boleh buat dalam 5 keping.. puashati adik2 menikmatinya..
Belanja diorang ni sebenarnya sebagai tanda penghargaan kerana telah membantu kakaknya ini menyiapkan tempahan cupcake sebanyak 700pcs untuk doorgift. maklumat lanjut boleh dilihat di blog cupcake ku.. http://mamahusnacupcake.blogspot.com/

oklah layansssssssss gambar...


errrrrrrrkkkk......... alhamdulillah kenyang..

Hasil2 Baking di rumah mak

Assalamualaikum...

My 1st Red Velvet Cake

 

alhamdulillah......... kenyang

Besday kek tempahan cikta utk Fariha, last minute ni tempahnya....
Insyirah dan Ayahsu, suuuuuuuka sangat dgn Cupcake Ben10... sukalah tu..
dah 2 3 hari dok minta mama buat cupcake ben 10 leepas dia nampak ada edible image tu

CC utk cikta, bekalan diorang pulang ke Johor.

My Wishlist

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..

Semoga hari ini (sayyidul Ayyam) memberikan kita semua keberkatan dan juga kemurahan rezeki daripada Allah swt. Insya Allah.
Hari ni saje je sebenarnya, nak share wishlist yang boleh dikatakan pentinglah untuk me.

Yang pertama

Deep Freezer
Amat2 diperlukan utk menyimpan stok susu Naufal.. Memandangkan kat rumah sekarang ni, ada peti kecil je yang satu pintu, so.. tak brp sesuai utk dijadikan peti penyimpanan susu Naufal.  Ya Allah Murahkan rezeki ku... target bulan  disember ni mesti dah ada dlm rumah.. eh eh... kena p beli dah ni... budget oh budget.... smlm p survey ada yang kecil dlm RM 500 ++ ... emmmmmmm...

Yang kedua .. ni haaaaaaaaa... senang nak buat cupcake.. he he .. Insya Allah by next year .. ameen..

Yang ketiga :
Ini dia.......... huhuhu..

ke ada yang nak bg free semua item kat atas? mana tau ada orang nak taja...  :)

Alhamdulillah.. Naufal tak nangis

Assalamualaikum..

Baru je pulang dari klinik KKB, utk rutin bulanan Naufal. Bertolak dari rumah jam 9.30pg ingatkan tak ramai patient.. rupanya ghaamai... huhu.. dah lah tak breakfast lagi... mujurnya dalam perjalanan tu terbeli kuih.. makanlah sebiji.. moralnya... isi penuh perut anda sebelum melakukan apa2 tugasan ya  

Dalam menunggu giliran, me bertemu dan berbual dgn sorang makcik ni yang membawa cucunya utk suntikan 1 bulan.. disebalik tenang muka baby tersebut rupanya ada sesuatu yang di uji Allah terhadap ibunya dan baby tersebut..  Lidahnya besar dan menurut neneknya , sejurus selepas dilahirkan baby tersebut dikuarantinkan dan bernafas melalui saluran pernafasan, then diberi susu juga melalui wayar.. cerita makcik@ nenek tersebut, baby tersebut baru aje dibenarkan keluar, dan perlu bertemu pakar kanak2 . Apa yang menariknya ibu baby tersebut berkeras utk memberikan susu melalui botol, sedangkan doktor tidak membenarkan tetapi ibunya tekad, sebab katanya nanti bila dah start keje, tentu susah dan remeh utk pengasuh menyuapkan dgn sudu atau melalui wayar, so alhamdulillah me tgk tadi, baby tersebut tidak kekok ataupun janggal meminum dgn botol..
Dan ibunya juga fully breastfeed..  masa tu , rasa macam nak kenal aje ibu baby ni, tapi tatkala tgh sembang dgn makcik tu ibu baby tersebut sdg bertemu dgn doktor. So tak dapatlah nak share sumthing bout Breastfeeding........
moral of story : masa dpt tahu baby tu ada problem, me bersyukur sangat2 kerana Allah memberikan seorang bayi yg cukup sifat dan tiada masalah besar melanda kami berempat.. alhamdulillah praise to Allah.

satu lagi nak ceritakan, mendengar luahan dan cerita  seorang kakak ni ttg pengalamannya bersalin dan membesarkan anaknya yg kini tlh berusia 8 dan 4 tahun, tika ni sdg tunggu queue utk suntikan Naufal yg 5 bulan. Anak kakak ni, amat.. amat.. amat.. menangis. tak kira masa dan saat, hinggakan beliau tiada masa utk rehat malah kesihatannya pun terganggu. Ceritanya, anaknya akan berhenti menangis bila hujan... pelikkan? dah habis berubat atau air tawar di ambilnyam tapi tak berkesan.. katanya lah!!! tentu anak dia mengalami sawan tangis.. .. hingga lah satu tahap dia rasa geram/marah dan suami dia rasa macam nak campak aje baby tersebut(bila dgr dia cakap macam tu,, kita pula geram kat dia) huhuhu... mungkin saat dan tika itu hilang sifat sabar mereka berdua.. alhamdulilah mujur tak buat,,lau idak.,.
disebabkan pengalaman tersebut , dia bertekad dah tak nak anak.. serik katanya... so tadi pun jumpa sebab dia p ambil suntikan pencegah kehamilan... hohoho...
moral of story : Yakin dan mohonlah doa kepada ALlah taala agar kesabaran tertanam dalam jiwa kita mama2 semua, sebab kita lah arkitek yang nak bina seorang insan, tambah2 mereka juga mempunyai pelbagai feel dan perangai budak2 ni.. lagi2 lah anak2 ni setiap fasa tumbesaran mereka adalah berbeza.

Dalam proses menunggu juga diri ku tak lepas dari memerhatikan setiap insan yg ada kat klinik tadi... mostly preggy woman.. but yang tak bestnya, pakaian ibu2 mengandung ni,,, masya Allah tak menutup aurat langsung.. moga Allah memberi hidayah kepada mereka ini.. ameen.. kebanyakannya memakai tudung tetapi baju dan seluar yang disarung ibarat membalut buah nangka..hinggakan tempat yg sepatutnya tidak di dedahkan terdedah begitu sahaja.. maklumlah kan... preggy woman ni sebenarnya seksi bentuk tubuh mereka.. so tentulah tidak elok memakai baju yg sendat, seluar yang nipis(trend skrg kan seluar kain lycra) tentunya mengikut bentuk tubuh, ada tu yang pakai baju atas pinggul so nampak alur pung****nya... astaghfirullah hal azim.. bukan nak keji tapi umpat.. baju2 sebegitu hanya sesuai dipakai dirumah, di luar rumah, pakailah yang menutup aurat.

emmmmmm.. moga diberi kesedaran tentang kewajipan menutup aurat di kalangan wanita Islam. Sebab rasanya kini, banyak sagt fesyen2 baju mengandung dan blouse yang menutup aurat yg boleh dipakai oleh mama2 semua... * ingatan buat diri juga..

Oh ya, masa naufal nak kena suntik, mamanya bukan main lg rungsing, takut si anak meraung/ menangis * almaklumlah suara Naufal bila nangis kuat dan garau.. but  Syukur sangat2... langsung tiada tangisan yg keluar, ralit je dia melihat toys yg digantung di syiling kat bilik suntikan tadi.. misi pun naik hairan... mama dah tak hairan sebab masa suntikan yg sebelum ni pun dia tak nangis,... he he...
tapi bab makan ubat. kalah///////// nangisnya seolah2 macam baby kena dera.. malu mama kat jiran2.. yelah.. takutnya jiran cakap.. "dera anak ke apa org sebelah tu?"'' tak ke haru biru??????????????????????? ...........................

Latihan ke Tandas & Insyirah

Assalamualaikum

Memerap di rumah aje cuti sekolah ni.. terpanggil utk berkongsi pengalaman tatkala melatih Insyirah ke tandas. Satu pengalaman yang cukup memenatkan tetapi manis bila dikenang kembali. Antara kaedah yang digunakan oleh me ialah :

1. Bincang dulu dengan anak, Insya Allah anak2 anda pasti memahaminya
Melatih Insyirah ke tandas genap2 mamanya habis pantang dalam bulan Ogos tempohari, sebelum terus ke tandas, me bercakap dulu dgn kakak,: kakak dah ada adik,,, kakak pun dah nak sekolah... so kakak dah tak perlu pakai pampers ya..> . kalau kakak nak kenc***  dan uk... uk... kakak bagitau mama, baba, acik atau nenek ya...
jawabnya kakak... ok mama.

2. Setiap 30 minit tanya dan bawanya ke tandas
Haaaaaaaaaaaaah... yang ni part paling best, menguji kesabaran dan keimanan kami semua especially mama and baba.
bukan setiap 30 minit tetapi setiap 10 minit " mama nak Kenc***.." dengan selambanya kakak bagitau ... bila kat tandas, nak tau apa dia buat? pssssssstt .. dalam perjalanan nak ke tandas, sempat capai botol minuman kosong.... huhhhhh.. dah tau dah......... bukannya nak buang air.. tapi nak main air....... hooooo hooo.. hoo... sabar jelah... keadaan ini berlaku selama seminggu, itupun stop sebab mama dah marah sama diaaaaaaaa......... sebab nak main air......... huhhhu

3. Sabar , Sabar dan jangan memarahi anak sekiranya dia terkucil....
Yang ni alhamdulillah, hanya dalam 5 kali aje dia terkucil..... if anak anda terkucil, jangan terus memarahinya, lap dan cuci kawasan tersebut dgn betul dan sempurna.. maklumlah dah jadi najis mutawasittah, so kena pastikan bau, rasa, warnanya hilang ya.. dan pastikan lap sampai kering.. nanti jatuh pula anak2 kita.. tambah2 kalau lantai berjubin/mozek. Ada satu kali tu, bangun pagi kakak terkucil.. mama tanya" nape kakak kencing dlm seluar? jawabnya kakak" bukan kakak mama, tapi dio sendiri tubik" ... poyo jer jawapan.. haru kan??? dah masa tu start hujan.. alamatnya... blanket dia lambatlah kering......pssssst...waktu tu dia baru bangun dari tidur..
*tubik = keluar
and make sure.. lepas tu kena pesan dan ingatkan anak anda supaya lebih berhati2... opps.. jgn marah2 tau... nanti rancangan utk Toilet training akan gagal dek kerana kemarahan kita... utk fasa permulaan memang kena SABAR!!!

4. Kerjasama berpasukan antara Suami Isteri..dan ahli keluarga yang lain
Ini penting, sebelum lakukan pada buah hati anda, bincanglah dulu dgn sehati sejiwa yakni housemate/roomate/soulmate/gewe/kekasih/pujaan hati/dan tempat gaduh2 manja mama2 semua. Almaklumlah nak menjayakan MISI BESAR ni perlu ada komitmen, kerjasama dari pasangan  anda..
So pastikan anda buat Draf cadangan yang betul2 memikat hati BOSS anda untuk dia juga turut serta malah manatau dia yg lebih teruja dari mama.

5. Yakin dan Mohon kepada Allah Taala dipermudahkan segala urusan.Setiap yg mama2 buat dan lakukan, plg penting......... berdoalah padaNya agar misi berjalan lancar dan diberikan kesabaran dlm menjayakan misi..

itulah kot... dari pengalaman seorang mama yg masih byk lgi ilmu yg perlu digali,,, alhamdulillah my misi dah complete....

Lukisan Kakak



Assalamualaikum...........
Hari ni spend time kat umah MIL, bertemu mata dgn SIL yang balik bercuti dari sarawak. Dari pagi tadi, dalam 5.30 ptg pulang ke rumah kami.
sampai umah, bawa naufal jalan2 dgn stroller dan kakak berbasikal di kawasan perumahan.. setahun sekali tu... berjalan2 di kawasan perumahan. ha ha ha...
then mandikan naufal dan kakak .. terus naufal tangkap lentok dalam buaian..... kakak menemani mama beronline sambil melukis... cubalah lihat lukisannya........
 agak2.. apa ya yang cuba dilukisnya??

Cuba teka, ada 2 objek yang dilukisnya... yang berambut or berbulu tu agak2 nya apa ya? ..  bulat2 kecil.... tu pula....... bulatan kecil katanya...
ada lagu yang mama dan baba selalu nyanyikan pada kakak..

cuba agak yg ni apa ya?
??????????????????????

mula -mula mama ingatkan buah rambutan rupanya......
*
*
*


bintang................

yang ni pula ... apa agaknya.......
???????????????


yang ni pantai kata kakak....

he he  .. kakak ... kakak............
nanti nak upload lagi hasil tanganya.. baru je udah tadi.,

nak update je ni

Banyaknya cerita yang nak di story mory kan kat sini... namun masa yang amat terhad dan juga curi2 je ni sebenarnya.. if org kata cuti sekolah, banyak masa free.. memang lah... bagi yang single mingle.. tapi bg yang berkeluarga mcm me .. tambah2 dgn adanya si baby naufal.. huhu... takde masa yg lapang sebenarnya... eh eh.. bukan merungut.. just nak inform je.. bila dah berdua anak2nya.. maka bertambahlah tugas dan tanggungjawab..
itu yg blog pun terabai... huhu.. ok lah kite g satu persatu :


baby Naufal
sekarang dah masuk 5mth... sepatutnya 14/11 kena g klinik.. tp lum g lagi sampai ari ni(he he).. mamanya.. napelah???
perkembangannya ? sepanjang cuti sekolah ni.. wajib beriba dgn mama, tak boleh berenggang langsung.!! ni pun tgh zzzzzz, that's why leh blogging ;).
pastu... dah pandai angkat2 punggung dah..
dah pandai pegang botol susu.. kalau tgk kakak pegang botol susu, mesti nak rebut.
skin rashes pada tubuhnya belum berkurangan... kalau p klinik pun paling2 misi beri calamine aje..
ciannya naufal !!!
stok utk susu naufal blm buat lagi spnjg cuti ni... me just direct feeding.. ttg stok susu .. kita story kat bab lain yer!!
kalau malam .. nak zzzzz mesti kat atas katil berdua ngan mama dlam kegelapan malam.. lau idak?? tak nak tido dia.. hishhhhhh demand betul lah bb boy ni..
biasanya masa hari mengajar naufal banyak tido di buaian.. tapi dalam school break ni.. nak berkepit ngan mama je... mcm tau2 je mama ada kat umah..
lau nak tido lam buai pun mesti nak mama yang dodoikan...
dodoian baba tak laku.. huhu..
kekadang letih.. me tape kan je suara me and baba then pasangkan kat telinga naufal..
lagu dodoi? emmmmmm zikir pada Allah Taala...
Lailahaillallah 3 x
Muhammaddun Rasulullah
(ada versi perlahan)
ada versi yg kuat)
demand on Naufal nak melody yang mana.. eh eh
macam CD pula.. blh tukar2.. ha ha ha
ok stoppppppp... fullllllll stopppppp !!! continue next bab pula..

nowwww... we talking about my little kakak @ Insyirah

Tadaaaaaaaaaaaaa... lamanya tak cerite ttg perkembangan kakak..
sebenarnya banyak isu yang berlaku antara me dengan kakak.. huhuhu...
nanti ku kronologikan dalam bab lain yer... (bukan apa2 tau.. sbg memory kami bersama)
menda ni start bila me start berpantang and.. now time to pulihkan hubungan kami berdua.. huhuhu.. sedihnya  :(
kakak memang seorang yang bijak,, pandai manipulasikan keadaan dan mudah adapt dengan persekitarannya sekarang !! dah tahu bahawa dia sudah mempunyai saingan .. dah ada adik..
dia tahu mamanya tak boleh memberi sepenuh tumpuan padanya..
klausa yg selalu keluar " mama dgn adik, kakak dgn baba" klausa ini sentiasa meniti di bibirnya hinggalah........... opssssssss... cite smula deh !!!
ni nak cite perkembangannya skarang..
dah boleh tolong mama, espcially bila mama minta tlg ambilkan telefon, ambilkan towel adik, tlg buaikan adik.. tlg tgk2 adik dlm buaian.. and tlg bawa Cloth Diapers adik yg kotor ke dalam besen CD yg me sediakan..
tp yg paling takleh nak elak.. kuasa cubitan( ore kelate panggil kutiR) nya yg halus tatkala berada bersama kite atau baba atau siapa sahaja yang dia rapat.. mesti nak cubitnya..
malah adik naufal juga tak lepas dr menjadi mangsanya... cian adik..
cuma berat badan kakak masih lagi tak naik2 ... walau pun makannya berkala.. huhuhu..
still tak nak makan ubat..
lagi best.. semalam me kemaskan bahagian dapur,
kakak; mama buat apa?
mama: kemaskan dapur kakak
kakak: wahhhh cantiknya Mama.* bukan me yg cantik tp dapur ya...).. Baaaaaaaagus Mama..
Mama Bagus, kakak bagus, baba bagus.... adik baguss
see,,,,,, ni ayat pujian yg me sentiasa titipkan tatkala dia melakukan pekerjaan yang baik!!
and kakak sekarang ni memang dah dalam proses peniruan kelakuan orang dewasa.. baik dari segi qaulun(perkataan), fi'ilun ( perbuatan) dan juga macam2 lah...
itu sebab kami memang perlu berhati2 dlm apa2 perbuatan kami berdua..
 klah........ itu je dulu... tulis apa yg ingat je ni... sambil mata jeling kat naufal ... takutnya dah terjaga dr zzzzzzzz..

ohhhh... inilah pujaan hati ku !!!! me and my family !!! :)

 happy family forever. ameeeenn
eh.... opsssssssssss... eh.. sape yang bertudung tu?? me ke? nape kecil je? me dah jadi org kerdil ke????????? he eh.. itu bukan diriku lah........ itu my youngest sister aina...
he he he sorry yer.......

moral of story : gunakan masa emas dengan family anda.. ikutilah perkembangan mereka setiap masa.. dan setiap moment itu cukup berharga.........

Salam Aidil Adha



Salam Aidil Adha kepada semua daripada kami sekeluarga..

Lepas maghrib nak gerak balik umah mertua..
Raya ni giliran umah MIL..
OK semua.. terimalah kad ikhlas dr kami

My 1st PopCake

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah Fillah semua......
nak update blog yg makin lama makin terpinggir ... adakah kerana penangan mukabuku? rasanya tak..
kadang2 ......... rasa mcm tak nak tulis apa2....
malas dah nak kongsi cerita..
tapi hati tetap rindu nak menulis
maybe masa yg makin lama makin singkat je rasa....
* naufal nangis (6.31pm) stop.............. jap ya !!
ok.... dah ok dah/.......
wellllllllllllll........ nak share my 1st Popcake.. dah lama search resepinya.. jumpa dlm you tube  but ... huhuhu
alhamdulillah someone at wmc ada postkan ttg popcake and gambar2nya yg kiut dan menyelerakan... huhu..
but somethig missing........ cari compound choco kat kedai bakery kat KK ni...... hhu tarak..
tertangguh projek.. akhirnya dpt idea ganti dgn coklat susu Van Hounten .. but a litttle bit sweet..
tgklah gambar Popcake kite..
takde lah comel lah mana..
tapi quite ok since it's my 1st try...........

any comment???

Kurma Milk Blended

Assalamualaikum semua... sejak dua menjak ni... Kurma Milk Blended menjadi menu utama buatku..
kenapa?
1. Kurma dan susu kan makanan sunnah
2. Petua memperbanyakkan air susu ibu
* khusus utk ibu2 yg BF sepenuhnya, amalkanlah bi iznillah susu production memang byk.


Ni resepinya ya :
 10 biji kurma dibuang bijinya
1 cwn susu segar* saya guna susu ducthlady yg low milk
1cwn air masak..

Semuanya di blend bersama.. kalau nak sedap blend dgn ais, sarah tak blend dgn ais cozz skrg cuba elak minum minuman berais.. just masukkan dlm peti sejuk kejap jer..
kalau nak sedap lg masukkan almond or kismis... emmm alhamdulillah ..

Kek Tiramisu


Semalam keluar shopping, almaklumlah cutiiiiiiii kan!!!!!!!!!!! dalam hujan lebat .......
keluar breakfast dan shopping baranng2 dapur dan barang2 nak buat Kek Tiramisu......
alhamdulillah menjadi juga.......

Mengaku Cinta......... Tetapi ...............


Salam semua........ kaifa haalukum?? ana alhamdulillah bilkhair......... * cakap arab sikit..... dah lama tak komunikasi dgn Bahasa Arab.. rasanya macam dah banyak yg lupa..... seronok belajar bahasa Arab.. Bila baca Al-Quran, dapat juga memahami kalimah2 yg ada di dalam Al-Quran .. tentu seronok membacamya Al-Quran sambil bertadabbur kan? Paling Best baca Tafsir Al-Quran... bait2 kalimah dan Kalamullah yang sungguh mendalam dan bermakna.. Panduan Hidup Muslim....
Oh......... sebenarnya nak berkongsi email dari yahoogroups,
Bacalah moga ada manfaat kita bersama..
Sumber Image : Mr Google :)

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Pengalaman Awal berCDing

Assalamualaikum dan salam Penghulu segala Hari ( sayyidul Ayyam) perbanyakkan amalan spt berzikir * ingatan utk diriku..

apa khabar hari ini kawan2 semua? sihat? bz? Hari ini mengambil peluang mengarang cerita tentang pengalaman awal berCDing.......
tanggapan awal : mula2 nak berCD, terbit dihati , mampu ke nak membasuh CD setiap hari atau 2 hari sekali? Ya Allah beri kekuatan pada ku..... maklumlah takutnya tak sempat nak mencuci *konon2nya bz dgn kerja, dgn biz internet, dan macam2 lagilah... dae ko dok ni( sempat ke tak ni),...

Koleksi pertama Naufal ialah sunny baby Minky dan Coolababy.. awal penggunaan memang leaking.. Bocor yang amat dan tentunya melemahkan jiwa dan hati ini utk meneruskan pemakaian CD pada naufal.. (bukan salah CD tu, tapi salah diriku sebab tak byk info yang di baca ttg CD ni.. Memang..... awal menggunakan CD mungkin akan berlaku kebocoran , itu pada peringkat awal kerana kadar penyerapannya masih lagi minima.. selepas beberapa lama penggunaan Insya Allah ok... itu dr pembacaan ku lah kan...
Tapi kan............ sampai sekarang still lagi bocor especially bahagian tepi... rupanya bila merujuk pada tokey tempatku beli CD, ghupa2nya CD tu besar utk naufal .. Cutting Nya besar.. utk peringkat Newborn hingga lah 6 bulan, (bergantung juga pada berat bayi anda ya) sesuai di pakaikan dgn CD jenama babyland atau Rainbow BB.
Mula2 nak guna CD ni, kena pre wash dulu, sebaiknya 3 kali. dan sekarang ni kalau dalam list nak beli sabun basuh pakaian , wajib ada Pureen Had .. ini khusus utk ku basuh CD my bb... boleh nak guna sabun biasa tp sukatanyya 1/4 dr sukatan biasa.. soooo.// i prefeer guna sabun had tulah./..


ni masa mula2 pre wash naufal punya......... sunny n coolababy.. (awal2 dulu hanya 4 CD aje) tp kan..... tak sempat....... tak cukup.... selang seli dgn Diaper biasa dulu... nanti dah cukup koleksi yg sepatutnya.. baru lah DD akan tidak digunakan langsung..
digantung dan dianginkan di bawah kipas ( kuasa kuda 5 ya.. )
kalau 1 .. he he he berkudalah nak menunggunya kering..

Tapi kan.. kadang2 dtg perasaan....... malasnya nak guna CD, kalau guna DD lagi senang/.. lepas guna buang terus dlm tong sampah...... * masa ni hati dan fikiran tengah bertanduk sebab letih dan takde masa nak basuh CD
tapi ku kuatkan semangat...... ku hambat dan lempar jauh2 perasaan tersebut........ ku upkan balik diriku dan jiwaku...... aja aja fighting !!! yesssssssssss boleh lakukan....... boleh.......... manage ur time dgn betul ...... insya Allah boleh.//
lagi satu bakar semangat : " orang lain keje balik kul 5 boleh guna CD, awak yg keje separuh hari takkan takleh buatkan??????????? boleh !!! boleh !!!!!!
Now...... i'm ber CDing to my little boy naufal............... dan dalam masa yg sama juga kempen kan penggunaan Cd pada kawan2.. main point : nak jimatkan wang bulan2?? pakaikan BB anda dgn CD. :)
Insya Allah kalau kita betul2 nak .. kita mampu mengatasinya........ dan sekarang saya sedang seronok menggunakan CD utk bb saya..... sape2 yg nak CD boleh tgk kat website ya.... :)
Tp yg bestnya kan............ corak pada CD yg macam2 .. menarik betul...........  lagi satu...... tong sampah kita dah tak penuh dgn pampers dah.... sukanya hatiiiiiiiiiii...........

My Besday 17-10* Naufal Demam* Maktok masuk ward

Happy birthday to myself... semoga diri terus tabah dan kuat dalam menghadapi segala mehnah dan ujian kehidupan..
Semoga diri ini mendapat rahmat keampunan dari Yang Esadan disayangi oleh mereka yg ku sayangi..

Finally dirikku telah masuk ke ambang 30an... 17/10 adalah hari ku dilahirkan di dunia 30 tahun yang lalu.. mak....... terimakasih kerana telah mendidik daku dan membesarkan ku menjadi seperti hari ini. tanpa doa restu darimu..siapalah aku....
Buat ayah... yang sentiasa teguh berdiri mencari rezeki utkku dan kami sekeluarga..serta tiada mengeluh akan apajua ,malah cuba memberikan yg terbaik... tiada kata yg dapatku lafazkan.. redhamu dan mak amatlah kuharapkan..kerana redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.

Buat suami yg di sisi setiap saat dan waktu..terima kasih kerana memahami dan membimbing diri.
Buat anak2 mama.. Insyirah dan Naufal..sayang kamu!!!

Tapi...........di hari besdayku...my baby naufal kena chicken pop... menangis,taknak menyusu... ciannya anak mama...kebetulan hari ahad p klinik utk rutin bulanan..timbang dan ukur lilit kepala dan panjang badan. hanya naik 2 jarum aje.. dr 6.3kg- 6.5kg.. sebab dia kurang menyusu..

Tengahari tu pula, dapat berita maktok masuk ward  malam sebelum tu sebab darah rendah... huhu ciannya nenekku.. moga cepat sembuh ya>. petang tu terus balik Machang nak tgk maktok..alhamdulillah ok dah..tapi 3beg air garam dimasukkan dalam tubuhnya..

So itulah peristiwa yang berlaku di hari lahirku... tak dapat nak happy-happy besday...
dah 2 tahun berturutlah gayanya di hari lahirku ...tak dpt nak sambut.. he he (mcm budak kecil pula) tahun lepas 2009 , adikku kemalangan 16 hb malam..amat2 mengejutkan.. sehingga bermula bulan 10 tahun lepas daku tiada masa langsung nak berblog .. hanya jarang2 je buka...

Apa pun yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya...... dan ku bersyukur masih lagi diberi nikmat kehidupan dan kesihatan, nikmat iman dan Islam................ dan daku mahu kan mardhatillah .....................

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!

jom join ...... klikSINI

Syaratnya mudah aje..

1st Year Give Away Qistina

Assalamualaikum.........Ni GA yang ke sekiannnya mamahusna@ sarah nak join.......
jangan marah ye kawan2 kalau dtg .. takde post terbaru... sekarang ni mencuba bidang baru..


ada syarat2 yang patut anda patuhi.. tapi syaratnya tak susah pun.......... senang aje...harapnya semua Tn C telah dipenuhi..
sila lah klik link kat atas atau banner kat sidebar utk menyertai GA ni..
Due date 9 NOv nanti..... cepat2...

oh ya.. nak tag 2 orang special ni join GA :

PTK Mansuh.. Cuti 90 Hari special Penjawat Awam Wanita

Alhamdulillah......... alhamdulillah........... alhamdulillah............. All praise TO ALLAH ( versi Maher Zain)

Berita gembira buat masa ini. :

PTK : inilah yg ditunggu2.. berita gembiranya yang kebanyakkan penjawat Awam ingin dengar... TAHNIAH utk semua.. tapi jangan lega dahulu,.. ada gantian utk PTK.. tetapi saya tak nampak gambaranya lagi.. adakah berbentuk assesment? Kursus berminggu? atau berdasarkan prestasi kerja hanya dari majikan??? Tunggu pengumuman utk pelaksanaanya nanti..
rasanya penalti yang terpaksa ditanggung oleh diriku terlepaslah kan? ke tak ni? kena tanya cikgu data kat skul... kenapa kena penalty? Sebab  3 hari sebelum PTK jun 2010 baru ni.. me delivered Muhammad Arif Naufal... awal seminggu dari due... itu yang daftar PTK tu .. ingatkan sempat nak dudukinya..... namun Kuasa Allah lebih Hebat..

CUTI bersalin 90 Hari ( pilihan Penjawat Awam )
Akhirnya akan dilaksana juga... sebelum  ni berputih mata mendengar Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakannya .. sekarang dah hitam kembali mataku....... :)
Berita Gembira yg amat sangat khususnya UTk BF mommy like me... sebab pastinya dalam tempoh 90 hari boleh betul2 direct feeding and memperbanyakkan stok EBM... lagi pula baby masa tu dah 3 bulan.. oklah sikit nak letak rumah pengasuh kan????????? 
So ibu2, mama2, ummi2, mommy...... jangan lepaskan peluang keemasan ini.......saya pasti ambil peluang ini.......

Sekitar Sambutan Besday Insyirah yg ke -3thn

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seminggu berlalu... baru ada kesempatan mengepos peristiwa kejadian berlaku sabtu lepas..
Alhamdulillah.. Sambutan Hari Lahir Puteri tersayang Insyirah berlangsung dalam suasana sederhana dan meriah... Jemputan di kalangan murid2 yang biasa datang ke rumah.. dan adik2 serta MIL FIL serta Sil.. dan juga jiran sebelah..
 Acara berlangsung Jam 11pg .. namun.......... anak2 murid ku tepat 10.30 dah sampai tapi menunggu ajelah jawabnya sebab belum tiba waktunya.
Layan Gambar ya.......


Besday Girl ke ni??? besarnya!!! tak lah ni .. ucu na...  besday Ucuna 2 hari awal pada Insyirah... dah sambut secara kecil2 kat rumah mak..
Haaaaaaaaaa... inilah besday girlnya........ bersungguh2 meniup lilin......... yang ni sebenarnya dah lepas majlis.. masa majlis berlangsung takde pun acara tiup lilin... sekadar hiasan sahaja.
Inilah dia para tetamu kami.... yang tak bestnya... besday girl tak sporting tak nak pakai topi, headband, dan juga gelangnya... huhu

haaaaaaaaaa.. inilah Kek Coklat Moist Istimewa mama baked and dekorat kan untuk kakak..
hasil keras tangan ku menjadi juga...
menggunakan Icing + fondant
nak tempah?? silakan :)

Semoga anak mama menjadi anak yg solehah, cemerlang dunia akhirat... ameen

STOK EBM

Assalamualaikum ..

Dah lama nak share tentang stok EBM ... ni antara stok2 terawal , dan peringkat permulaan memulakan proses membuat stok susu istimewa utk anakanda Naufal.. dalam sehari sarah boleh kumpul 12 oz,. itu pun start lepas waktu sekolah...  cuma skrg ni stok yg dibuat adalah utk stok utk hari ini utk hari esoknya...




Ya Allah permudahkan urusanku dalam mencapai cita2 utk menyusukan bayiku selama 2 tahun.. Ameen

Mom&a Journey Called Life 1st GA

Assalamualaikum.............




haaaaaaaaaaaaa... 2nd GA yg sarah nak join utk thun 2010........
jom laaaaaa join sama... klik link bawah ya

oh ya... ni syarat2 nak join GA ni and GA ni akan tamant pada ::
11 oktober 2010


1st Giveaway Dari Prokesihatan

Bismillahirrahmanirrahim..
Terima Kasih Zulaikha krn jemput sarah utk join GA ni..


Inilah adalah 1st time Zulaikha menganjurkan GA sempena pembukaan kedai online yang khusus menjual produk kesihatan spt Foot Detox.. so sapa2 yang nak dapatkan produk ni boleh ke online shop zulaikha
prokesihatan


yang ni pula antara syarat2 yg perlu kawan2 buat utk join GA ni... mudah aje.. :
1. Mesti menjadi follower blog ini

2. Buat satu entry berkenaan giveaway ni dan letakkan banner di entry dan di sidebar serta dilinkkan ke entry ini
3. Masukkan URL blog ini ke dalam bloglist you all
4. Dah siap semua, sila tinggalkan follower id dan URL entry you all kat kotak komen
5. Last sekali, tolonglah klik button LIKE kat facebook I tu dan tolonglah promote sekali *tiada paksaan ye*


ok... rasanya dah sertakan semua syarat2 yg telah ditetapkan.. harapnya ada rezeki... jd peserta bertuah :).. boleh try pakai Foot Detox ...

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel