Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Foto Raya

Me and baba, masa ni little Insyirah zzzz

Mak dan ayah..sayang semuanya


Inilah family kesayanganku.. dari blkg : awar (skrg kat uitm penang), cikngah ( teacher kat Miri), ida( UMT ,.. em dah nak bis ni)
depan : me, mak , irsyad dipangkuan mak.. inilah adik bongsu ku.. lahirnya tika ku mendapat berita gembira dapt KPLI.. alhamdulillah .. xleh panggil irsyad .. kena panggil adik :).
ayah dan my lovely baba... terpisah jauh kami kat dlm gambar ni... takpe jadi pengapit..
sebenarnya ada lagi adik2 ini. tapi tak semua ada utk bergambar...
ini pun di ambil pada raya ketiga dah...
oklah... cerita ceriti raya,...
nak upload gambar kahwin umie Kin, tapi camera tertinggal kat rumah mak... weekend ni ler


Raya Kedua : Terima Kunjungan Teman2 UM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Selamat Hari Raya, Minnal Aidil Wal Faiizin, di hari raya kedua yg lepas, ku tak lepas menerima kunjungan teman-teman ku sepengajian, Mifrah dan Mazuan bersama 2 anaknya, walaupun baru lepas 45 hari dalam pantang, (planning nak g ziarah Mie, alih2 dia dulu yg dtg ziarah kita), dan dik Nora bersama Faiz, jarang sekali dapat bertemu, Mie dok PD, nora pula duk N9, emmm jauh2 tu... so bila berjumpa begini , seronok rasanya, iyalah tautan ukhuwwah yang dibina masih tetap utuh dan teguh, masing2 punya cerita yang nak dikongsi bersama, cuma mamadidi aka Siti aje yang tak dtg, memang dia bercadang untuk datang bersama, tapi khabaran darinya, dekat Traffic Light Machang , jam yang amat sangat and hujan yang lebat, menyebabkan dia dan suaminya terpaksa berpatah balik,.. tapi kami berjumpa juga di Majlis Perkahwinan Umie Kin, nanti cerita semula ya...
Oklah Jomlah layan gambar2 kat bawah..


3 usrah : mazuan,Syifa(anak mrk), Mie, Nora dan Faiz, Baba dan mamahusna(sarah) & Insyirah:)

Faiz, Nora, Mie,Syifa',Mazuan dan (alamak lupa lg nama anak mie) aasif minni * pic tak lawa sgt :(

Ini dia anggota baru keluarga Mie kita, Tahniah... dua 2 girl :)
Terima Kasih teman ... kerana tidak lupa pada ku... semoga ukhuwwah yang terpahat terus lestari selamanya...




Gelagat Si kembar Ali dan Alau












Ingat tak post sebelum ni, ttg kelahiran kembar my aunty?? inilah dia si kembar aliudin dan alaudin... emmm lupa pulak berapa bulan umur mereka ni, Pic ni diambil tika usrah cikhae ziarah umah mak, so semua tak menang tangan dan mata sentiasa mengawasi sikembar ni.. tak boleh tengok brg ape... terus nak masuk mulut, tambah2 hidangan pulak di atas meja jepun.. huhu lagi berisiko utk baby2 tu... semua pakat dok kerumun diorang ni .. geram...

Suasana DI Hari Raya


pic kabur sikit, nilah my MIL and FIL

Ini pula my SIL and anak saudara
Baba and Little Insyirah ..

Hari Raya pertama kami mula bertolak lepas subuh dari Machang utk beraya di rumah Mertua yakni ibubapa my hubby.. en baba, Baba ditaklifkan untuk membaca khutbah di madrasah di kampungnya, tahun ini gaya dan inotasi suara berubah lebih baik dari dulu... he he komentar tegar dari zaujah dia ni,.. jangan marah ye baba, pujian membina...Alhamdulillah raya tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.. Di rumah MIL , menu utama tentunya Nasi Bukhari dan juga wajib ada Lemang hasil tangan ayahanda FIL, cuma kami tak boleh ikut serta membakar lemang, sebab dok kat MAchang sehari sebelum tu...




Malam Hari Raya Pertama, kami dah berada kat umah mak di TB, so mlm tu sama2 main bunga api... emm seronok sangat adik2 , sepupu2 dan si kecil Insyirah, awalnya takut juga dia nak pegang bunga api,.last2 tak boleh tengok bunga api, nak main je... Tengoklah tu, kreatifnya diorang, disusun bunga api diampaian... .. cantikkan??

Salam eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin

assalamualaikum dan salam aidilfitri buat semua teman2 maya semua,Mohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan dan persahabatan di alam maya ini, sama ada secara sengaja, tanpa sedari mengguris hati semua.. semuga aidilfitri ini menggamitkan kegembiraan pada semua...

Bagi yg berdekatan, jemputlah ke rumah

Selamat Menjalani UPSR buat Semua Murid Thn 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
hari ini murid2 tahun 6 mula bertarung dengan peperiksaan yang selama ini ditunggu2.
Insya Allah bekalan sepanjang pengajian dan berkat usaha serta doa dari diri sendiri, ibubapa dan guru2 dapatlah kiranya murid2 semua menjawab dengan tenang ,berhati2 . semoga Allah di sisi kalian... Insya Allah, kami doakan agar semua berjaya.

Artikel : menggalakkan anak anda makan

Assalamualaikum... hari ni search google utk dapatkan artikel utk merangsang anak2 makan, Sarah risau betul. Insyirah sejak dua menjak ni, memang tak nak makan, nasi sekadar dua suapan aje.. kalau diberi roti, masuk mulut terus diluak(kehek).. roti sardin, kaya, mentega. Gorengkan sosej... tak sampai 2 ketul makan.. ibu mana yang tak risau, berat badan pun makin susut..... search google terjumpa artikel ni.. so rasanya nak kongsi kat sini, iyalah .. manatau kot2 ada kawan2 yg mengalami masalah yg sama, blh jadikan ini sebagai panduan, or why not kongsikan pengalaman anda dengan saya.. moga ada alternatif untuk my dotter..


Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.
Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanakkanakkurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumberprotein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenitaljuga merupakan masalah kekurangan berat badan.
Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.
Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
• Menjejaskan kecerdasan otak
• Mengganggu pertumbuhan fizikal
• Mengganggu perkembangan kanak-kanak
• Mudah dijangkiti penyakit
Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
• Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
• Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
• Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
• Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.
Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:
Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
• Terlalu banyak bermain
• Tiada kawan
• Masalah kesihatan
• Masalah gigi rosak
• Jenis makanan dan cara masakan yang sama.
Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
• Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
• Makan bersama-sama rakan sebaya.
• Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
• Elakkan dari memarahi anak semasa makan.
Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.
Oleh: Puan Nor Azah Ahmad
Penolong Pengarah Kanan(Pemakanan) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Jom Memasak Bersama Contest

1st time nak join contest ni : Bismillahirrahmanirrahim :)




Assalamualaikum...

ni 1st time sarah nak join contest, dah lama dah nak join contest2 ni but i'm don't have much time and line tenet selalu KO bila nak upload gambar, but today is last day untuk contest ni, harapnya tuan Umah masih terima lagi lah pencalonan terakhir ni... manatau kan... calon akhir but become a winner... he he he... maaple.. doa ni.. :)
ni detail contest :
Contest Title : Jom Memasak Bersama.......
ContestContest Period : 5/08/09 - 7/09/09
Hadiah :Barangan dari Tupperware



ni sebenarnya menu berbuka puasa kami semalam, Kuew Teow Hong Kong (my dotter n baba feveret's... and also me) simple and mudah disediakan., yang penting ia menu yang sihat..
ni resepinya : (hidangan utk 3 @ 4 Org)
utk kuahnya :
3@4 ulas bwg putih
sayur campur ( kubis bunga, carrot, sawi, tomato and ikut you alls nak masukkan ape lagi)
1/2 jag air
minyak utk menumis,
garam dan gula,
ayam, udang, sotong @ daging ; di potong kecil2
1 sudu tpg jagung yg dicampur dgn air sejuk ye)
Kuew Teo
3 @ 4 biji telur
caranya : Tumis bwg putih, masukkan air dan ayam, udang, sotong dan biarkan mendidih, then masukkan sayur2 , perasa, akhirnya sekali tepung jagung. Done
Kuew Tiow pule : pecahkan sebiji telur dlm mangkuk then masukkan segengganm kuew tiow then kacau rata, then goreng di dalam minyak sehingga masak @ warna keemasan, (then ulang 2 lah utk 2 @ 3 hidangan ..
psst... kuahnya kalau berlebihan= boleh makan dengan nasi tau blh hirup je bagi org yang diet...
simple kan??? try lah... kalau kat kedai ni... mau RM 5 sepinggan .. huhu..
Nyummi nyummi... enaknya ... alhamdullillah.

Insyirah... dan aktiviti semalam


Sekarang dah masuk 1 tahun 11 bulan, next month her 2nd besday... emmm nak hadiahkan apa ya? Ada cadangan???


Tengoklah gelagat my dotter . dimintanya Ateh tolong garukan tangannya,

lepas satu satu..dah penat bermain, semalam dekat pukul 12 am Insyirah zzzz... makin lama makin lewat, cian kat mama nak kena sengkang mata nak nunggu ..

Insyirah Buka puasa dan Moreh





Inilah anak dara ku... orang yg paling kalut time waktu berbuka.,.. emmm... kena siapkan dish princess dulu, baru senang mama and baba nak berbuka puasa, ok jom layannnsss










Menu berbuka dan Moreh dan story moryku.


Assalamualaikum dan salam Ramadhan Kareem, kullu am wa antum bikhair...

Pejam celik, pejam celik dah masuk hari ke12 kita berpuasa, cepatnya masa berlalu, cuma hari ni, before ke sekolah tadi, Ya Allah penatnya dan letihnya badan ni... macam tak larat sangat nak ke sekolah, wednesday Sindrom :p ,,... actually, dah lama dah perhatikan diri sendiri :D . oppsss setiap kali hari Rabu, memang my energy dah out,... dunno know why ... huhuhu... kesannya amatlah besar, tambah this day very2 pad masa mengajar starting from 8- 1.20 , just break 2 masa aje... Opss satu lagi Hari selasa pun dah pad masanya and tambah2 dgn kelas Tasmi' lagi, ... huhuhu.... Kalau dapat ambil leave kan best.... hayya bukan merungut tau !!! just nak lepaskan perasaan kat sini aje... bukan tidak ikhlas tetapi melepaskan rasa hati agar esok ku kembali semangat untuk mendidik anak bangsaku...
back to the point... huuh!!! jauh benar tersasar dari tajuknya... kalau dalam karangan ni, takde markah kot muqadimmah tu... :)
Sebab kerana ketidak laratan diri( amboi mak... bahasa ni...!!! SPM dapat brp ni??)*maaf yer Cikgu BM, planning lah nak cari menu utk Berbuka kat bazar Ramadhan aje... hisyyy..!!! brp kali je yg masak... blh kira ngan jari... emmmmm minggu ni fullymasak tau!!! menu dari air tangan sendiri lagi...!!! Last not least akhirnya ku sising lengan baju, turun ke dapur...(psst takde tangga pun) check ape yang ada dlm freezer, dalam laci... emmm ada ayam, kentang , lengkuas... emmmmmm .. opss ada lada kering dah mesin siap2... ada lagi rupanya.. ni kes mesin sblm bln puasa lagi ni.
so menu kita pada hari ini ialah : AYam masak Merah + kentang(xpedas pun , sebab ingatkan my dotter nak nyum2 juga), Singgang Ayam + kentang ( sorry 2 say lah :" first time masak singgang ni!!!) xpernah lagi masak semenjak kawen ni!!! sebab dia resepi paling mudah... so rasa mcm tak mau buat aje!!
but hari ni selera nak makan nasi ngan kuah singgang... ( baik utk kesihatan ni) ... oopppss baba wat balik ikan keli goreng... ... minta my lovely baba petik daun kemangi kat laman rumah.. sebagai nilai tambah utk menambah selera makan/... he he... coppsss ada 1 lagi... Tepung pelita order dengan Kakna PAR di sekolah ku... + Tea o Ais...
Moreh pula ku, dah baking 2 hari lepas Apple Crumble + Whipping Cream... "western pula ya.."
Okayalah... that's all for today..nak resepi ke? jom ke my baking blog.. sarahbakery


Ayam Masak Merah + Kentang, Percik Ikan Keli Goreng

Tepung Pelita dan Ulam Daun kemangi

Singgang Ayam ( resepinya sama aje dgn Singgang Ikan,
just masukkan lengkuas, bwg putih, bwg merah, )


Apple Crumble

* Sabar je... slow bebenor internet ni!!! dah kul 12.20 am... nak tidur ... esok nak bangun sahur... !!! cepat lah upload gambar... huhuhu...* tgh tunggu pic di upload... lamatnya!!!..gayanya kena save and upload esokla yer.. * Baru dapat upload hari ni.. (4 /9? 09)

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel