Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Ramadhan Al-Mubarak


Alhamdulillah, esok kita akan menyambut Kemerdekaan kita kali ke52, Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana kita berada dalam keadaan tenang dan aman, semoga keamanan dan kemerdekaan ini terus berpanjangan. Malah dibulan yang baik dan mulia ini, jangan kita lupa, Syaitan2 yang sentiasa ingin mengoda ummat Muhammad telah dirantai oleh Allah, tentunya kita berasa gembira dan senang hati kerana golongan penggoda dan penghasut utama telah terikat dan tidak dapat lagi memainkan peranan utama mereka..

Tapi jangan kita bersenang diri, ada satu lagi musuh yang perlu diawasi, yakni nafsu yang ada dalam diri kita, nafsu yang berkurung dalam diri dan jiwa kita, itulah yang perlu kita kawal dan didik sepanjang bulan tarbiyyah ini. Inilah masa untuk mendidik nafsu dan jiwa ke arah taqarrub ila Allah...

Istimewanya Ramadhan dan nikmatnya pada orang yang berpuasa, setiap amalan dilakukan dilakukan digandakan lagi oleh Allah, pintu2 syurga dibukakan untuk setiap mukminNya.. Indahnya Ramadhan. Jangan hanya melaungkan merdeka dibibir sahaja, zahirkan pada diri dan didiklah hati dan nafsu, jauhkan dari nafsu ammarah yang merajai jiwa, Merdekakan Jiwa dan Ragamu dari bisikan nafsu yang menggoda... pergunakan bulan tarbiyyah ini untuk menjiwai diri sebagai muslim mukmin yang bertaqwa...


tahan lah lidahmu dari mengumpat dan bercerita tentang sesuatu yang sia-sia dan membawa kepada lagha(kelalaian) Rasulullah SAW bersabda maksudnya"Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia."(riwayat al-hakim). Gantilah tabiat suka berbual2 dengan membaca dan mentadabbur al-Quran atau berzikir bukan kah itu lebih baik???

Muga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Ya Allah kurniakan kami kesihatan dan juga kecerdasan diri dalam beribadah kepadaMu , jauhkan kami daripada sifat malas dan juga berputus asa dalam setiap amalan kami, Ya Allah, amen ya Rabbal Alamin.

2 comments:

  1. salam merdeka....moga kita menghayati apa tu maksud merdeka...Merdeka bkn bendera @ nyanyian yg biasa kita saksikn..?????

    ReplyDelete
  2. Salam merdeka kak, Merdekakan kita dari segala perkara yang negatif.. dan cintailah negara kita

    ReplyDelete

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel