Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Renungan Di pagi Sayyidul Ayyam

Menjadi seorang muslim dan lahir sebagai muslim, kita diberikan tanggungjawab yang amat berat.. tentunya sebagai abdillah, sebagai khalifahnya dan sebagai muslim mukmin. tentunya menjadi seorang muslim perlu ada padanya sifat-sifat seperti di bawah :
1) Mempunyai sifat warak dan menjauhi perkara2 syubhat. ini adalah anjuran Rasulullah sebagaimana sabdanya yang bermaksud;"Perkara yang halal itu jelas, perkara yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara2 syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang.
2) Menundukkan pandangan : Menjauhi dan menundukkan pandangan khususnya daripada perkara2 yang haram yang boleh mendorong melakukan maksiat dan dosa. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud"
Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan" Surah ANnur ayat 30
3)Memelihara Lidah; Memelihara lidah daripada berkata sesuatu yang kotor, sia-sia, mengumpat ataupun mengadu domba. Imam Nawawi mengatakan : setiap mukallaf mestilah memelihara lidahnya daripada semua perkataan kecuali perkataan yang mengandungi perkara2 yang membawa maslahat.
4)Malu : Mempunyai sifat malu yang tinggi. Rasulullah saw bersabda maksudnya : Iman itu lebih dari 70 cabang yang paling afdal ialah kalimah Lailahaillah dan paling rendah ialah membuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang dari iman"
5)Lemah lembut dan sabar : Setiap muslim perlu mempunyai sifat lembut dan sabar kerana amal-amal islam itu dipenuhi dengan akhlak2 yang membawa kepada kelembutan dan kehalusan dalam setiap jiwa muslim. Malah dalam melakukan dakwah sekalipun perlu berlemah lembut dan berhikmah.
6)Bersifat benar dan jujur : Perlunya setiap muslim mengatakan sesuatu yang benar dan menjauhi perkara yang dusta dalam semua urusan kehidupannya.. kerana sifat dusta itu adalah antara sifat khianat yang menjurus kepada pengurangan iman dalam diri dan jiwa seseorang.
(Rujukan : "Maza Ya'ni intima'i lil islam"( Apa ertinya saya menganut Islam?) ; Fathi YAkan)

Mendidik diri menjadi seorang muslim mukmin dan bertakwa bukanlah sesuatu
yang susah, namun sukar untuk dijelmakan dan dilakukan kerana pelbagai mehnah
dan tribulasi serta ujian2 yang datang.. itulah adat dan proses yang perlu
dihadapi,sebagai seorang Islam kita perlu yakin keimanan kita hanya kepadanya..
Pergunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk mendidik hati dan jiwa
menjadi muslim sejati..

No comments:

Post a Comment

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel