Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

tENGOK TU,, !!!

Tengoklah aksi lil Insyirah bersama kawannya


Ni tengah berebut teddy tu... masing2 tak nak beralah.. bimbang terjatuh.. dipujuk puteri pinjamkan pada hazim... diorang tu sebaya sebenarnya, cuma 2 bulan muda hazim ...

1st time mama tengok insyirah bergayut... tapi biarkan aje... proses pembelajaran utknya... lagipun kita kena awasinya... takut sembae(tersungkur)


oppsssssssss insyirah ke ni?? taklah ni anaknya Ustazah Hasniah... Aqilah namanya...


tengoklah... suka dia


Mama... mama ... tengoklah ni !!!

Cerita Perkhemahan

Assalamualaikum dan salam sayang semua...

Tajuk : Perkhemahan Unit Beruniform SKSE
Tarikh ; 28-30 May ( Khamis -Sabtu)
Perasmian Penutup : Tn HJ Zulkifli ( PPD KK)

Alhamdulillah... petang tadi sudah berakhir aktiviti perkhemahan di sekolah kami yang telah drasmikan penutupanya oleh Tn Hj Zulkifli , PPD Kuala Krai
Walaupun tidak semua perancangan berjalan lancar... namun memberikan seribu satu kenangan pada peserta semua. Sementelah... masing2 punyai kurang pengalaman berpisah daripada ibu bapa masing.... di ikuti dengan cerita kurang enak tentang persekitaran sekolah yang agak "KERAS"... menyebabkan ada yang mengadu tak nak mengikuti... hahaha... bagi Ustazah mu ini wahai muridku.. hanya mampu ku katakan ... sememangnya sekolah kita keras.. dengan bangunannya.. tar2 dan simen2... serta apa sahaja boleh dianggap keras..

Lagi satu : ingatan buat kamu semua... syaitan dan iblis itu.. ada di mana2 jua... percayalah.. ;)
Namun ... disebabkan kehadiran adalah wajib .. la budda kena datang kan... tentunya banyak yang kamu semua perolehi kan... maklumlah kali terakhir perkhemahan dibuat adalah tahun 2006..... mungkin ada segenlitir yang telah mengikutinya...
Namun sayangnya.. tiada peluang tidur dalam khemah kan??? hujan lebat turun berturut... akhirnya tidur di dalam kelas jua... ;(
Banyak faedahnya .. belajar untuk mu Mandiri, keyakinan diri... urus diri... disiplin dalam solat walaupun Ustazah perhatikan ada boleh berbual2 masa solat,.... huhu hu... mungkin dirimu lalai tentang rukun solat... Insya Allah akan ku sentuhnya dalam tazkirah mingguan buka nanti...

Oh ya... TAHNIAH dan SELAMAT bercuti semua guru ... setelah berhempas pulas utk menjayakan kem tadi...
Special Dishes petang tadi... apalagi... Kue Teow Kungfu and Puding Roti and Sunquick...
kredit to kakna for Keu teow yang Lazzat... dan kak Ta dengan Puding Rotinya..

Jom layan gambar kat bawah.. tak banyak yang sarah boleh snap kan.. almaklumlah bodyguard paling kecil ada bersama.. lil Insyirah juga join this aktiviti..






Antara aktiviti yang dijalankan : pertolongan cemas, iaitu cara memakai, megikat anduh.. sesi ni bermula jam 10.30pagi untuk Unit Pengakap.. Tengok tu... macam2 aksi dan gaya dibuatnya. ada juga yang mengambil kesempatan dijadikan serkup kepala , tatkala yg lain sibuk berlatih memahirkan diri..( budak2 adalah hasil kreatig yg timbul walau tidak di suruh).





Yang ni dah petang dah, sesi latihan utk persembahan dr Puteri Islam. Nampak tak boy yg atas kerusi tu?? Namanya Farhan, anak kaksu, antara patner ku dalam GPi. baru je berumur 6 Tahun.. but chubby kan? :). Pic sebelah, preparation untuk dinner malam ni, Nasi Goreng Cina, Sup Ayam , Ayam BBQ... yeah!! malam ni ada BBQ..... Thanks a lot utk 2 3 orang ibu merangkap AJK PIBG yg telah datang membantu dan menjadi chef... Itulah pentingnya kerjasama antara ibubapa dan Guru... sama untuk anak2 kan???


Persembahan drp setiap unit, ada lakonan, dikir Barat, Nasyid., dan pe;bagai lagi...semuanya mempunyai iktibar... Tahniah... kamu mampu melakukanya.!!!



Tengoklah tu... ayam yang yang menjadi mangsa, semuanya 500 ketul, ikan dan juga sosej tapi kami sekeluarga makan seketul je sorang :).. malam kan! kena awasi pemakanan, lagipun dah lewat dah... Dekat pukul 11 baru leh makan... lepas aje peserta makan dan meneruskan persembahan.. giliran cikgu dan famili yang datang beserta wakil PIBG... namun tak semua yang dapat datang.. almaklum cuti dan juga tika itu.. hujan turun dengan lebatnya...

Insyirah N Coklat Football







Assalamualaikum....

Selamat Bercuti buat warga pendidik semua... rehatkan diri dan terus merancang untuk PnP anda tatkala bermula sesi baru nanti..

Just wanna share my lil Insyirah Pic,,, tengoklah apa yang dipegangnya... coklat tu sebenarnya mama Insyirah nak letak atas cupcake yang ditempah, but rupanya Insyirah dah skodeng awal2 lagi, bila aje masuk dalam kereta... haa. itulah yang dicari,.... emmm tak sempat nak sembunyikan.. tak dapat tidak kena beri juga, kalau tak... haaa gamatlah dalam kereta...

Sekitar Sambutan Hari Guru SKSE














Cuci-cucilah mata ... ini adalah antara aktiviti yang berlangsung pada Khamis lepas sempena Sambutan Hari Guru sekolah kami, ada pelbagai aktiviti, antaranya Bola Jaring, Bola Sepak antara guru, Boling Kelapa dan aktiviti dewan yang dimulakan dengan persembahan dari Murid Tahun 1 hingga tahun 6, semuanya menunjukkan bakat dan kreativiti masing2. Di akhiri dengan pertukaran hadiah antara guru..
dan juga jamuan makan... sekian seadanya laporan untuk Sambutan Hari Guru Baru2 ini.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Assalamualaikum dan salam Kasih Sayang Semua...


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad



Selamat Hari Guru diucapkan pada semua warga pendidik seluruh Malaysia.. Dedikasi ini juga ku untaian kan juga buat guru-guruku dari sekolah rendah( SKGM), antaranya Sir Z, Cikgu Rozita, Cg Aris, Cg Farid, ( entah di mana kalian semua?) andai masa dapat diputarkan, keseronokan pada ku bersama teman dan rakan menimba ilmu dengan kalian, walaupun kalian ada yang garang :)

Buat Insan guru ku, ustaz/ustazah di SMU(A) SYamsul Maarif... Syukran ala kullu ilmun wal Maklumat.... dan juga jasa kalian tetap ku kenang sampai bila-bila...

Pensyarah-pensyarahku tika dan saat aku melangkahkan kaki Ke UM Nilam Puri dan UM KL (kalau nak disenaraikan.. em ramai) utk lebih adil semua sekali ... kalian banyak membuka minda dan berkongsi ilmu tanpa mengenal dan memilih siapa anak murid mu..... Hanya Allah yang dapat membalas Jasa kalian semua...

Pensyarah2 ku di MPSM tika dan saat aku menjejakkan kaki untuk mengikuti kursus KPLI -jqaf 2005... pastinya Syukran jazilan kathira.. JAzakallahu ..



dan kepada sahabat-sahabatku yang bergelar guru : SELAMAT HARI GURU ku ucapkan buat semua.
Semoga kita ikhlas dan tetap ikhlas dan sentiasa ikhlas dalam menyampaikan ilmu pada anak bangsa.. Semoga Kita tetap diredhai dan dirahmati Allah dalam tugas dan bidang telah kita ceburkan diri.
Kerana kita adalah : Pembina Negara Bangsa,

Terima lah kad yang indah untuk kalian ..
Sila am bil kad ini dan tepek di blog kalian ya..







Sepetang Kursus LDP : Teori dan Praktikal










Tengok tu....... semuanya bersemangat...

Assalamualaikum teman semua,

Picture di atas semuanya adalah sesi latihan asas kawad kaki di sekolah kami, sepatutnya melibatkan semua guru, tetapi ramai yang menguzurkan diri, mungkin ada sebab2 tersendiri.. maka tinggal lah beberapa kerat yang ada. kalau fikir rasanya macam unfair lah pula kan??? huhu... tapi apapun memang meletihkan lah... bayangkan.. dah lama meninggalkan alam kawad mengkawad ni... Dah tu kawad dimulakan tatkala mentari memancar dengan gahnya... panas terik... usah lah dinyatakan.. Jam 3 petang semalam(12/5 : Selasa) kami mulakan kawad diketuai oleh Komandan KRS Cikgu Mazman, sememangnya mempunyai pengalaman yang luas.

Hari sebelumnya, 11/5: Isnin) kami berkhusus di dalam dingin air cond secara teori aje...
Nah semalam kami mulakan kawad sebagai persiapan awal melatih anak-anak murid untuk pasukan beruniform dan juga perkhemahan Unit Beruniform akhir bulan nanti... betul2 bzy this month..



Cuba teka di mana dan yang mana satu Sarah? agak-agaknya ada tak situ... mesti ada... sapa dapat teka, ada mystery GIFT menanti... tak main-main ni.. serious tau...



Teka ya...






Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Assalamualaikum,
Dah lama sebenarnya ingin mewujudkan laman sesawang tentang dunia jqaf di SKSE, alhamdulillah , malam ini di izinkan Allah, Alhamdulillah, semoga mendapat manfaat daripada wujudnya sesawang ini. Insya Allah segala perkara berkaitan dengan aktiviti dan juga program di sekolah kami akan di updatekan di sini, buat teman seperjuangan, izinkan daku ya...

Hobi Lama kembali lagi

Pasu-pasu yang dibeli di Pahi tempohari, emm semenjak berpindah rumah sewa baru ni, bersemangat nak gardening.... memang dis my feveret hobby dari dulu lagi, Sekarang laman rumah ni pu ok, takde lah luas sangat, tapi bolehlah sikit.. emm ingat nak juga berkebun sayur, tanam sawi, pastu ulam-ulaman macam pokok kemangi, ulam raja, emm sedapnya.... he he
Tadaa.,.. ni lah bunga rose penyeri laman ku umah ku ini, RM 13 sepasu, itu pun pasu tu retak sedikit sebenarnya, tapi nak jimat takpe lah, yang retak tu, bolehlah diletakkan sebelah dinding umah, terlindung, so kalau orang tengok, takdelah diorang perasan kan??...
tapi bunga2 ni dah kena petik kat my lil Insyirah dah, memang suka bunga....
Semalam, balik rumah mak, ambil pokok yang mudah dijaga, macam lidah buaya, fern, dah tanam dah, nanti kita snap gambar ya..
oklah, saje nak update blog je, masukkan n3 ni... Selamat Hari ibu , buat semua

Produk Terbaru :: Menyokong Penyusuan susu Ibu sepenuhnya


Assalamualaikum kawan2 semua, n3 kali ni nak promote barang sikit, khususnya kepada Mama, ummi, ibu yang BF bayi sepenuhnya,Blouse Mom Lil One amat selesa dan memudahkan ibu2 menyusukan bayi walau tika di khalayak, kerana aurat anda tetap terjaga dan mungkin tiada siapa yang menyangka bahawa anda sedang meyusukan bayi....
Nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke web saya : www.damaiestore.com
Ada promosi yang mengujakan anda. Tempahan dibuka sekarang......

Lil Insyirah In action








Assalamualaikum,
Dah lama dah snap pic kat atas, but lupa nak masukkan kat sini Lama tak lamanya , basikal ni pun dah terbelah dua... huhuhu...
my baby gAnazzzzz ??? actually not her did that bad thing!!. Pour my little baby..
basikal sebenar di beli baba, memang excited lil insyirah dapat basikal ni, then, basikal tak sesuai lagi pada peringkat sooo.... berilah kat ayahsu nya di kampung... beberapa bulan kemudian, akhirnya basikal itu tamat riwayatnya.,.. bukan dibuat oleh ayahsu, tapi si ucu yang naik dan bawa basikal, bayangkanlah budak umur 8 tahun yang tunggang basikal ni...
huhu... tapi kalau g terri(pateri) masih ok lagi.



Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel