Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Menu Untuk Dinner

Banjiya Udang


Kue Teow Hong Kong

Assalamualaikum,
Kue Teow Hong Kong Nama diberi
Dibeli oleh en hubby tersayang
singgah di Restoran Rafeah
Selepas pulang dari kenduri tahlil

Penyakit 'M' masih lagi melanda, rasanya dah lama dapur tak berasap untuk memasak nasi, lagipula, malam kami dah jarang makan nasi, diet kononnya...Menu malam ni kuew toe Hong Kong dengan Banjiya(rasanya dah betul ejaan) ekceli banjiya ni antara yang glamer kat Restoren Rafeah... ini kepunyaan adik ipar Kakna (my schoolmate) , memang jika ada majlis di sekolah, biasanya kakna akan in charge bahagian persegaran Guru, VIP.. emmm tentulah menu utama yang dipinta oleh GB Kue Teow ...









Menu Untuk Dinner

Banjiya Udang


Kue Teow Hong Kong

Assalamualaikum,
Kue Teow Hong Kong Nama diberi
Dibeli oleh en hubby tersayang
singgah di Restoran Rafeah
Selepas pulang dari kenduri tahlil

Penyakit 'M' masih lagi melanda, rasanya dah lama dapur tak berasap untuk memasak nasi, lagipula, malam kami dah jarang makan nasi, diet kononnya...Menu malam ni kuew toe Hong Kong dengan Banjiya(rasanya dah betul ejaan) ekceli banjiya ni antara yang glamer kat Restoren Rafeah... ini kepunyaan adik ipar Kakna (my schoolmate) , memang jika ada majlis di sekolah, biasanya kakna akan in charge bahagian persegaran Guru, VIP.. emmm tentulah menu utama yang dipinta oleh GB Kue Teow ...









Tag Dari Kak Fizan

Dah 2 3 hari dah dapat tag ni, kebetulan menziarahi blog kak fizan,Teruja tengok Kek Nescafe berkrim nya... alih 2... rupanya2 namaku diseru untuk menjawab tag ni...

Tag tersebut:Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.
The real challenge is to send it to your husband to seehow right you really are.

He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
- Buletin Utama, Berita Nasional TV1, Biz world,

You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
- thousand island

What’s one food he doesn’t like?
Kek Coklat .. hatta minta tolong try pun taknak.

You go out to eat and have a drink. What does he order?
Teh Ais

Where did he go to high school?
Kolej Islam Antarabangsa KIAS, Kota Bharu

What size shoes does he wear?
8

What is his favorite type of sandwich
sandwich s0sej+ timun + tomato+mayonis

What would this person eat every day if he could?
Nasi(mana boleh tinggal maa)

What is his favorite cereal?
Tak ada

What would he never wear?
- seluar jeans, seluar track

What is his favorite sports team?
- setakat tengok aje.. takde yang addicted

Who did he vote for?
-agak-agaknya sapa ya???

Who is his best friend?
- best friendnya Lokman Pasir Tumboh

What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
- tak de

What is his heritage?
- Lelaki melayu sejati

What is his favorite colour?
- krim, biru, hijau muda dan kolour yang natural

What is his habit?
- Tengok Tv,

What is he proud off?
- of course his family and tulisan seni khatnya

Lastly, do you think he will read this?
- Insya Allah dia akan baca, but lambatlah sikit, mungkin secara tak sengaja

I want to tag all the wifey below :
Psssssssssss..... sesiapa sahaja yang bergelar isteri atau zaujah atau wife yang sudi datang dan ziarah di damaiimpiana... Sila ambil tag ini, dan jangan lupa add link juga... he he moga ukhuwwah kita boleh dipanjang-panjangkan.... selamat menjawab tag semua...
p/s : yang tidak bergelar isteri jangan nak ambil ya... dah ada pangkat ni baru ambil./..

My Mini Pail and My Tier

Assalamualaikum semua, apa khabar sahabat2 semua??? Harapnya sihat wal afiat dan dalam rahmat inayah Allah ya..( mcam tulis surat lah pula) Any way ....... gambar kat atas tu sebenarnya tier dan juga minipail yang dibeli dengan rainhouse .
pagi tadi Courier mesej barang dah ada kat ofis dia, so tadi lepas aje waktu sekolah ku terus menerpa ke arah wiraku, dan menghidupkan enjinnya untuk ke bandar Kuala Krai bagi mendapatkan barang kat atas tu... Alhamdulillah,

1st time melayari blog rainhouse , terpandang pada tier and mula jatuh hati,,, banyak sebenarnya barang english deco yang menarik minat... tapi... tengok poket dah kering.. he he beli yang nak guna ajelah... sebenarnya tier ni kalau ikut berminat sangat yang koleksi kaknor aka MrsNoor... tapi kaknoor tak jual, itulah mulanya perkenalan dengan web rainhouse then terus order.. ....


Oklah,,, cukuplah dulu, nak kena stop dulu, nak deco kek utk tempahan kawan , dia nak esok.. ok.,...

Award From KakChik



Assalamualaikum dan Salam Sayang semua,

Hari ni berjalan-jalan ke blog kakchik- keluargakusayang - macam diseru-seru aje... rupanya dapat award " FRiendship Award" dari kakchik... Syukran Kakchik...

Jarang damaiimpiana mendapat award.. Rasanya ini kali kedua award yang damaiimpiana perolehi.. rasanya bolehlah juga nak bunga lemari award lepas ni...

Bagus sebenarnya passing award macam ni, mesti kita akan rasa dihargai dan disayangi serta ikatan persahabatan antara kita tentunya lagi mesra... psss bukan sebab award aje tau.. tapi ini salah satu cara ntuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kita pada sahabat2 walaupun kita tidak pernah berjumpa "face to face" tapi tetap mesra kan..

Jadi sarah pun ingin menghadiahkan award ini buat saing2 yang ada..

Saing-saing UM : shahzaman(abu shifa)
honey-pentaskehidupan,
hannan-farhanan (umi J),
badiezakri,
amal imtiyaz zulkifli,
knowledge sharing-fauzi hussin
dan juga award ditujukan khas juga buat teman-teman di alam maya, antaranya :

mrsnoor- hobi dan kehidupan
kak fizan
bingkisan hati-cnoor
inahar ali,
kak tirana
harap teman-teman semua sudi menerima award ni ya... Insya Allah muga Ukhuwwah kita lestari selamanya hanya kerana ALLah.... To kakchik --- jazakallahu khairan kathira... sayang kakchik
oh ya... ini bunga ros special untuk kakchik... nanti ambil ya :






Todays Activities ::: Deco Cuppies






Assalamualaikum dan salam sayang semua.... gambar2 di atas tu, gambar cuppies yang di deco starting at noon till evening... baru siap, dengan melayani telatah si kecil yang inginkan perhatian. Pantang tengok mamanya kat dapur, terus aje cakap"naik" naik,,, " maksudnya nak mamanya angkat dan dukung. Em... kadang-kadang sebut "angkat". Hari ni (setiap sabtu) baba akan ke Maahad Tahfiz Nurul Aman, Kok Lanas. part time sebagai guru tuisyen, mengajar subjek Bahasa Arab untuk Faslul Awwal wa Thani, Tolib min Maahad hunaka.(Pelajar dari Maahad sana). So takde siapa yang boleh bermain dan melayan karenah Insyirah, dengan Mak? Langsung tak nak! Tak tahulah kenapa. dengan Ucu and Ayahsu.. lagilah! Mungkin diorang suka ngusik, so my lil ones tak nak lah kot. Kecuali dengan Ateh. Tapi ateh takde pula ari ni, kata mak: dia ada kelas tuisyen Jawi Baru kat skol.
Berbalik pada deco cuppies, sebenarnya rose2 tu menggunakan Gum paste, dah lama dah berniat nak membuatnya, alhamdulillah hari ini, Allah makbulkan doaku... Itulah, tengahari menguli dan menekap serta membuat bunga rose and bunga kecil2 dengan menggunakan tool yang baru dapat dari kak zati, bukan setakat excited nak mencuba tool2 tu, warna2 nya pun memang totally digunakan, semuanya ada 10 warna. Ingat nak cari rolling yang corak untuk fondat.. but next time lah sebab dah banyak berabis this month.
Selesai menguli dan menekap,,, tiba masa untuk Buttercream, ohhhhhhh.. my lil Insyirah comings ................. stop for a while and layan my baby then, nampak je dia ralit dengan Ayah Amin dia....... apalagi.. terus meneruskan agenda yang tergendala...
AT last... my deco it's up............ time to snap a picture !!! Ada sesuatu yang menarik bakal tiba... Tunggu !!!!
Ok tatap lah hasil dekorasi ku itu, kalau nak komen? silakan.,.. saya sedia menerima sama ada nagatif atau positif. yang pasti komen dari kawan2 adalah menjadi inspirasi untuk ku..

Ok... tata... titi... tutu... Good Night ... sweet dream,.. but before u go to bed!!! dont forget to pray and take a wudu" ....

Tajuk 1 : Katakanlah Aku Beriman Kpd Allah, dan Istiqamahlah

Daripada Sufyan bin Abdullah R.A berkata :" Aku berkata kepada Rasulullah," Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku sesuatu dalam Islam berupa perkataan yang tidak aku persoalkan kepada orang lainselain dirimu." Rasulullah Menjawab,"Katakanlah aku beriman kepada Allah S.W.T dan istiqamahlah." (Rawahul Muslim)



Siapa Sufyan?? inilah sahabat Nabi yang telah memeluk Islam setelah Perang Hunain dan dirinya sentiasa memperbaiki Islam. Beliau mendatangi Rasulullah SAW dengan niat untuk memperbaiki agamanya supaya dasar tetap yang tidak akan menyimpang daripada pemahamannya.

Begitu dalam kehidupan muslim dan orang beriman, iman itu yazid(bertambah) dan iman itu yanqus(berkurang) . Lantaran itu, sebagaimana Nombor telefon kita yang perlu sentiasa di top-up. Begitu juga dengan iman kita, perlu sentiasa di top-up. sementelah ada yang sentiasa irihati dan telah beriktikad akan menyesatkan anak-anak Adam ingin ke hari Kiamat. Itulah Syaitan Laknatullah.

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid ayat 28 bermaksud " Hai orang2 yang beriman(kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya"

Intipati ayat ini menekankan kepada orang2 yang telah beriman agar sentiasa memperbaiki dan memperbaharui iman ketika datangnya dugaan, rayuan dan godaan syaitan dan juga unsur2 yang lain.

Bagi orang mukmin perlu menjaga hati dan membersihkannya serta perlu juga dilakukan pemurniaan. Kaedahnya pelbagai, dengan sentiasa berzikirmengingati Allah, menjauhi diri dari segala unsur kemaksiatan dan perkara2 yang melaghakan, bangun bermunajat dan melakukan kebaikan dalam kehidupan harian. Paling penting hati perlu Ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah

Inilah manifestasi kita dalam kehidupan daripada doa yang terkandung di dalam Doa Iftitah yang sentiasa dilafazkan setiap 5 waktu sehari semalam di dalam Solat, walaupun ianya hanyalah Sunat Haiat tetapi mengandung pergertian yang besar. " Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, tuhan semesta alam, tiada sekutu baginya".

Dalam pada itu juga, ISTIQAMAH itu adalah satu pelurusan jiwa dengan akhlak untuk mengadap Allah . Perlunya istiqamah dalam setiap perbuatan dan amalan kita.

Firman Allah bermaksud" Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar"

Kegemukan & MArble Cheese cake



Assalamualaikum,
Semalam buatkan cake Marble Cheese, jamu kat rakan2 di sekolah, alhamdulillah licin, cuma sedikit terkilan, chef2 di skol tak sempat merasa( ni orang2 kantin)... sorry2 to kak yah, nanti kita wat yang special tuk orang2 dapur ya.!!
Oh ya... tadi juga.... huhuhu... keluar aje dari kantin, tetiba si Amirul * anak murid ni... tegur... ingatkan tegur tentang ape... dengan selamba di depan member dia yang lain... " Ustazah, ustazah nampak gemuk lah !" ... Haaaa????
terkejut ku mendengarnya! Lantaran anak murid ku boleh menyatakan demikian! Maksudnya aku makin gemuk ??? TIDAAAAAAAAAK!!! ...
Ini kena diet ni... oohhhhhhh ..............

Sambutan Maulidur Rasul Baru-Baru inu

Adik Amirul Syafik yang mewakili peringkat Sekolah dalam pertandingan Bercerita. Menyampaikan cerita bertajuk Dakwah Nabi Nuh kepada Kaumnya.
Inilah anak didikku Nasihah, yang mewakili sekolah dan zon, namun kecundang i peringkat PPd, membawakan cerita bertajuk Kesabaran Nabi Ayub A.s

Persembahan Kalam Jamaie bertajuk Madrasati Habibati



Ceramah Maulid yang disampaikan oleh Al-Fadil Ust Lotpi

Adik Muhaimin murid Pra Sekolah yang membacakan Surah2 hafazan. Awal tahun baru-baru ni adik ni mewakili Peringkat Negeri Ke Pertandingan Hafazan bagi Sekolah2 Pra


Persembahan Nasyid yang disampaikan oleh Kumpulan Sautul Najah.



Sepanduk2 yang dipertandingkan.

Antara Aktiviti yang telah dilangsungkan sempena Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini adalah, :

1) Kuiz Spontan berdasarkan ceramah yang disampaikan
2) Pertandingan Sepanduk


3) Persembahan Nasyid, Kalam Jamaie', Bercerita, dan juga Hafazan Al-Quran.
Alhamdulillah perjalanan program berjalan dengan lancar dan murid2 memberikan tumpuan sepenuhnya pada intipati ceramah yang disampaikan.

Jamuan Kecil Sempena Hari lahir

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua,
Hari ini (sabtu) semuanya bersekolah, menggantikan cuti untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Oh ya, Semalam kami adakan sedikit jamuan santai meraikan hari lahir maktok(nenekku) yang menginjak ke usia 69 tahun ni, bersamanya juga adik perempuan ku juga yang form 5 , sama2 menyambuut hari lahir di bulan April. Tiada Jamuan yang berat, cukup dengan Kek dan juga jajan, kalau sebelum ni ada juga makanan berat, tapi yang ni, masing2 sibuk. Cikhae and ayah yie pula baru je habis exam di OUM, ...Good Luck for them suami Isteri.


Itulah MakTok, nenek kami.

Cucu2 kesayangan dan cicitnya .

Ini dia kek Choco Moist yang dibuat ditemani dengan beberapa biji cuppies.
Nak tempah?? boleh aje... Call or sms je.. :)
Semoga maktok sentiasa ceria dan diberi kesihatan yang baik..



































Penerang Kegelapan Malam




Bulan : pastinya sinonim pada waktu malam. Gambar ni di snap oleh my sis, Ikah, semalam bulan bercahaya terang. Menerangi kegelapan. Menyuluhi perjalanan sang kelana. Malam terang kerana Bulan. Manusia diterangi cahaya petunjuk Ilahi.


Kesian Anak Mama

assalamualaikum,

Hari ni.... demam Insyirah belum kebah lagi, selsema dan di selang seli batuk hinggakan termuntah sekecil, tak terdaya mata melihatnya, andaikan dapat sakit2 itu berpindah pada mama, pasti mama menanggungnya.

Bukan setakat selsema dan batuk, malamnya, suhu badannya memang meningkat dan panas, habanya terasa pada diri ini, ke klinik sudah, malamnya selimutkan dengan tuala basah, tips yang diberikan oleh rakan2 senior disekolah, maklum... sebagai ibu yang kurang pengalaman, betul2 merisaukan diri ini,

Lantaran kerana, sudah seminggu lebih, selera Insyirah memang mengecil, langsung tiada ruang pada mulutnya untuk memasukkan makanan, hatta kuih2 kegemarannya dipandang begitu aje...
semakin susut tubuhnya, risau lagi...

Dua hari ni pula, asyik meragam lebih daripada biasa, kalau dalam kereta, nak duduk kat stereng, tak nak langsung dengan mamanya, menangis pun nada yang amat berlainan...

risau... risau... resah dan gelisah jiwa ini. esok Mesyuarat Agung PIBG... gayanya seharian ditinggalkan, nak ambil cuti, cuti baru aje diambil... huhu...

Ya ALLAh, limpahi kesabaran kepada kami berdua dalam ujian ini... ameen

Bertemu Kawan Baru

Assalamualaikum dan salam ceria kawan kawan,
Nak cerita ni, inilah kawan baru sarah, Nama pendeknya Shuhada, perkenalan asalnya adalah atas urusan bisnes.. Rupanya Ada ni, adalah schoolmate and satu universiti dengan adik yang sedang mengajar di MIRi, mereka sama sekolah di SMK A Wataniah Machang.
Pertemuan yang singkat dan ad hoc berjaya membibitkan rasa kemesraan antara kami, kalau sebelum beremail dan ber"SMS" aje, hari ni dapat bertemu muka.
Kesian kat adik ni, datang jauh2 dari Rantau Panjang, tak rest lagi tuu... paginya baru je sampai dari Shah Alam..
Kak Sarah harap ikatan ukhuwwah ini, akan terus berkekalan ya.. bukan di atas urusan tersebut semata-mata.

ALhamdulillah, akhirnya MTQ

Alhamdulillah, pagi tadi ke sekolah terus anak murid ku Ahlam dan opss terlupa siapa, membawakan khabar mengembirakan hati ini, Basyirun = berita gembira tersebut pastinya anak buah dan didikku Nasihah telah mengungguli tempat Pertama Pertandingan Bercerita Kisah Nabi sempena MTQ peringkat Zon bagi bahagian perempuan> Berbaloi latihan dan juga persediaan yang dibuat, ingatkan tiada nombor.,.. alhamdulillah. Tak lupa juga buat Amirul mendapat tempat kedua, bagi peserta lelaki,
Bagi Tilawah Al-Quran, Mukmin mendapat tempat pertama., Ahlam pula tempat kedua,
Untuk Hafazan, beroleh tempat kedua dan ketiga...
Tadi... buat kali ke berapa, ku panggil Nasihah untuk perdengarkan lagi ceritanya, untuk komentar sebelum pertandingan MTQ peringkat PPD yang akan dilangsungkan Hari SABTU ni, bertempat di SK SYP 2, manakala pertandingan NAsyid akan berlangsung di SM SYP. Moga anak -anak didik kami beroleh kemenangan ... Ameen...

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel