Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Jurnal Perjalanan 3


MAKAN MAKAN TIME


Salam all's, he just to share our food, semasa dalam perjalanan ke PEKAN, dan pulang ke MACHANG

JOm tengok... ewaah... makan itu penting untuk survival hidup, tetapi janganlah menghambakan dirimu untuk makan semata-mata. AWAS KALORI DAN 3G...( pesanan penaja (^_^), )




LOo...k Our lunch on friday, Our menu SIakap Sweet Sour, Mixed Tom YAm, Telur Dadar, and Kailan Ikan Masin... marvellous!!! Ini kat sebelah lapangan terbang, singgah sekejap kat UMT, jumpa acik, dan kami keluar makan, banyak gerai ditepian kolej kediaman UMT, namun sayangnya , bila cuti, mesti tutup, so.. jauh juga lah kami survey kedai makan yang buka. Mujur ada kedai ni... ok, kebersihan pun, servis pun ok juga, betul2 mengadap airport...



Our drinking :::: Kiwi Smoothies, and Durian Belanda Ice-Blended, also warm water..seeE.. my baby inpatient to eat......... (dah lama x ckp omputih, sowi la kalau ada silap ya)


THis Menu we ate masa dalam perjalanan, Roti and sadwish dibeli di Melur Bakery kat Machang, this one my feveret place too... Yang Roti (tak tau namanya, but spread wit chicken n mayonis amat2 disukai oleh my dauter.. yang satu lagi bun di sanwishkan.,. YUMMY!!!

This One Me!!! Special menu from kak zati n her husband Mee Hong Kong,. memang marvellous!!! YUmmy ...Tengok tu,,, tak sedar gambarku di snap... masa ni dah siap semua kelas ku... he he

emmm........... lazat dan pastinya sedap untuk diri dan menaikkan berat badan... cuma kena kontrol tau, nanti 3G, tak kuasa...
Ingat !! Punca penyakit datangnya dari perut... INgat!!!
































































































































































Jurnal Perjalanan 2

Gelagat Baby Insyirah

Well, ini kisah my baby Insyirah, Alhamdulillah sepanjang perjalanan anak ini tidak meragam, mulanya agak risau juga, sebab sebelum ni tak pernah travelling jauh2 dengan baby, he he, dulu -dulu berdua aje :), sebelum perjalanan, macam2 fikir, (if insyirah bosan dalam keta camne ya? , kalau nangis aje, camne nak buat?)(kalau sakit perut? dah lah tempat orang?)(kalau dia tak selesa macamana?)
Maklumlah perjalanan panjang, baby ku ini, paling jauh pun ke KB aje,rasanya lah, tak pernah lagi keluar dari Kelantan sejak delivered kan Insyirah, . Ok lah, jom skodem apa Insyirah buat


Masa On da way, dalam keta ni, dah mengantuk matanya... haa.. mamanya pula, tak nak lepaskan peluang, SNAP !! emmmmmmmmmm akhirnya my baby lena di buai mimpi, diulit , keletihan dirimu...



Ini masa berhenti kat masjid Jamek, sambil2 tunggu baba Solat, pastu giliran mama, dah kenyang makan masa ni. tgk tu... (haa gambar yg sama lak .. huhu takpelah yer)

Ternampak si kucing "meow. meow, > Itu pula masa mamam. !! bekal dari my mom.. he dah lewat petang baru nak makan,

Termenung ingatkan Kampung halaman ke?




Yang ni dalam perjalanan pulang, dah boring sangat2, rupanya ubat yang memang di bawa walau ke mana-mana, Kamus Bergambar yang semakin menipis di ulang baca setiap saat dan masa. rasanya 2 3 hari lagi kena beli Kamus Baru ni, Kena cari buku yang hardcover, tahan lasak kan?
Ralitnya anak mama menelaah kamus tu... , Insya Allah besar esok, jadikan budaya membaca amalan harian ya sayang??
Mamahusna cakap: Anak adalah permata hati, cahaya kehidupan setiap pasangan> Sabda Rasulullah Saw : "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan Fitrah, maka kedua ibu bapanya lah yang akan mencorakkan sama ada YAHUDI, MAJUSI atau NASRANI."

Jurnal Perjalanan 1

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua,

Beberapa hari tidak online mencambahkan kerinduan pada rumahku ini, rindu pada teman2 blogger. Alhamdulillah, pada 28hb Januari baru-baru ni, saya dan keluarga telah memulakan perjalanan kami, Jurnal perjalanan ku sepanjang 3 hari trip ke Pekan untuk mendapatkan suatu ilmu dan cabang seni yang memerlukan kesabaran dan pastinya minat ini telah lama ku pendamkan untuk dicapai, kini ALLah membuka jalannya. Moga ada manfaat daripada semua ini.

1.00 tengahri : memulakan perjalanan dari Machang. Setelah segala urusan selesai, HAjat dan planning ke Pekan melalui Jerangau-JAbor, tapi sampai je di setiu, terus ubah hala ke KT, jalan sana lebih selamat dan banyak yang boleh dilihat,


Pemandangan sepanjang perjalanan, snap by handphone je
Tika di Kuatan rasanya./ Itu tangan baba memegang stereng, thanks to you my dear, because sudi memandu membawaku ke PEKAN.
Tika di Kemaman. Sejuk mata memandang keindahan ditepian pantai dengan laut membiru,
memukau pandangan mata. Subhanallah Indahnya CIptaan Mu ya Allah

Hukamak pernah berkata " Jauh perjalanan banyak pengalaman, dan jadilah seperti air yang mengalir, kerana jika air yang bertakung, ia hanya kan mengumpul sampah dan lumut2 sahaja."
Mamahusna cakap :Itulah , andai kita terperuk sahaja dirumah, manakan kita boleh menimba pengalaman ditempat orang.,
( tapi sekarang ni gunalah kemudahan internet,cuma tak sama jika merasainya sendiri)



Jam 5.30 petang, stop utk solat Jama'dan Qasar di Masjid Jamek Kerteh. Emmm. cuba tgk tu, KG TENGAH, rupanya di Terengganu pun ada, ingatkan Kampung Tengah, Batu Balai Kuala Krai aje ada nama ni, suka baba, HOmetown dia ada juga di Terengganu... ^O^


Pemandangan di DI Pekan, tak banyak boleh snap, masa ni tgh BF kan baby insyirah, gambar last tu, di tepian pantai kat Setiu, cantikkan?
Alhamdulillah, kami sampai di Pekan tepat jam 9, malam, menunggu kak zati datang ambil di CIMB, rupanya Cikgu Azlee yang datang, dibawanya kami makan2, isi perut yang memang tgh lapar, alhamdulillah tiba di rumah/bengkel kak zati, Perjalan yang amat meletihkan, terus lena dan zzzzzzzzzzzz
Syukur PadaMu ya Allah, perjalanan kami amat lancar dan selamat pergi dan balik, Hanya pada mu kesyukuran kami panjatkan.








Hari ni breakfast NASI LEMAK MUM"S Special. My mom, if anak2nya ramai yang berkumpul , inilah juadah paling suka dibuatnya ;
for me : memang suka nasi lemak, 2 3 kali makan lah jawabnya.. huhu itu yang mengembang tu...
Okay ini resepinya :
Bahan untuk nasi
3 cups beras
santan
garam secubit
daun pandan ( ini utk aromanya)
Bahan sambal :
ikan bilis
*lada kering
*bawang merah
*bawang besar
*halia
*bawang putih
* semuanya dikisar/ diblend
1 cawan santan
bawang besar utk hiasan
Tumis semua bahan kisar sehingga garing,
masukkan ikan bilis, santan dan masak sehingga pecah minyak, last masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa. Last sekali, masukkan garam
Bolehlah dihidang bila nasi dan masak bersama telur rebus and cucumber. !!
Selamat mencuba

Pertemuan Bermakna :)

Assalamualaikum dan salam ceria...

Alhamdulillah, tengahari tadi dapat juga bertemu mata, face to face dengan teman blogger kakchik. Pertemuan yang bermakna di Az-Zahra. Walau tak pernah bertemu sebelum ini, namun kemesraan jelas terpamer, sampai hubby pun confius, diingatkan kak chik antara teman ku dizaman pengajian di Universiti Malaya.. :) Ini antara gambar yang disnap oleh kakchik, Syukran jazilan Kathira atas kesudian memberikan gambar2 ini. (tika ni kamera digital masih diworkshop, belum siap lagi )



Sudah 2 tahun kaki ini tidak melangkahkan kaki ke Az-Zahra, Rasanya tahun 2006 tahun akhirku membuat discussion bersama teman2 IPSM tika kursus jQAF untuk mencari bahan assignment, akhirnya 2009 menggamitku melangkah ke Az-Zahra sekali lagi, tetapi di atas tujuan yang berlainan, Nah !! itu dia untuk memanjangkan lagi ukhuwwah yang telah terbina di alam maya tika ini. Pertemuan ini memberi kepuasan kepadaku, walau sebentar cuma, to kakchik~~ Insya Allah kalau dijemput tika naik rumah nanti, akan kami luangkan masa . Insya Allah.

Gambar ni atas permintaan kakchik, he he inilah kami sekeluarga, blue green theme :)
Seronok di Azzahra, Insyirah sempat menyusun majalah2 kakchik, minta maaf banyak2 ya Kak chik di atas perkara tersebut :)


Ke KOta BHaru

Salam to alls,

Hari ni entry nya sikit aje, baru je udah bersiap utk ke KOta bharu, Insyirah zzz, emmmmmm ... lama lah lenanya,.. diulik dalam kereta nanti,
cadangnya nak membeli bahan utk kelas cupcake yang akan saya ikuti nanti dengan kak zatidhati.. Insya Allah tiada aral, 28hb nanti kami akan bertolak ke Pekan. Alhamdulillah hubby telah memberi kata putusnya tentang ini... Girang tak terkata. Syukur!!! akhirnya tertunai juga hasrat dihati...
Ok lah orang kota bharu,. kita jumpa di sana, anything if u have biz with me , now i'm not online, so just call me at 01389561249.. mana tau ada pelanggan ku yang ingin pesan barangan dari Kota Bharu :)

Sayonara buat masa ni... bye

Jangan dipandang air mata yang mengalir
Tapi pandanglah tangan yang melakukan

OLEH :ABD.BASIT ABD.RAHMAN

Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka yang berucap: telah muncul di kalangan orang Islam mereka yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.
Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.
Berapa ramai pula kalangan yang menangis kerana menuntut bela diatas kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh, tapi setengah dari merekalah yang menimbulkan fitnah yang membawa kepada syahidnya Khalifah Ar rashid itu.
Salah seorang yang duduk bersama hakim dalam mahkamah merasa sedih ketika melihat seorang pengadu datang dalam keadaan menangis dan orang itu memberitahu hakim bahawa beliau berpendapat si pengadu telah dizalimi, maka hakim yang bijak telah memberi jawapan kepadanya: saudara-saudara Yusuf datang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis.
Oleh itu sebelum kita memberi kepercayaan kepada seeorang, hendaklah kita halusi, selidiki dan kaji betul-betul, benarkah dia seorang yang benar-benar memperjuangkan islam sebelum kita meletakkannya ditempat pejuang atau mujahid islam. Pernah dulu orang memberi gelaran kepada Attartuk sebagai Khalid, “Wahai Khalid Turki baharukan perjuangan Khalid Arab”, mereka menyamakannya dengan Khalid kerana menyangka beliau akan mengembalikan keagongan dan ketinggian islam. Tetapi tak lama kemudian pecahlah tembelangnya, beliau seorang taghut dari usrah Yahudi yang ditonjolkan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyah dan menghancurkan Islam. Diawal perlantikannya tidak lepas kayu sugi dimulutnya dan bekas wuduk di tangannya.
Mengetahui hakikat sesuatu adalah penting sebelum membuat apa-apa keputusan, untuk mengelakkan daripada tersalah dan tersesat.
Kita telah membaca cerita pemburu yang menembak burung dimusim sejuk, seekor demi seekor ditangkap dan disembelihnya kemudian dimasukkan kedalam bekas yang dibawanya. Sedang air matanya mengalir kerana kesejukan dan ditiup oleh angin, seekor burung yang sedang sakit memberitahu kawannya, “Tengoklah lelaki ini seorang yang baik dan lembut hatinya hingga mengalir air matanya kerana kasihan kan kita”. Jawab kawannya” jangan kau lihat air matanya tapi lihatlah apa yang dilakukan oleh tangannya”. Wallahu alam.
Dipetik dari buku (Mawaqif zatu ibar) Dr. Sulaiman al Ashqar.


Jangan dipandang air mata yang mengalir
Tapi pandanglah tangan yang melakukan

OLEH :ABD.BASIT ABD.RAHMAN

Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka yang berucap: telah muncul di kalangan orang Islam mereka yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.
Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.
Berapa ramai pula kalangan yang menangis kerana menuntut bela diatas kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh, tapi setengah dari merekalah yang menimbulkan fitnah yang membawa kepada syahidnya Khalifah Ar rashid itu.
Salah seorang yang duduk bersama hakim dalam mahkamah merasa sedih ketika melihat seorang pengadu datang dalam keadaan menangis dan orang itu memberitahu hakim bahawa beliau berpendapat si pengadu telah dizalimi, maka hakim yang bijak telah memberi jawapan kepadanya: saudara-saudara Yusuf datang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis.
Oleh itu sebelum kita memberi kepercayaan kepada seeorang, hendaklah kita halusi, selidiki dan kaji betul-betul, benarkah dia seorang yang benar-benar memperjuangkan islam sebelum kita meletakkannya ditempat pejuang atau mujahid islam. Pernah dulu orang memberi gelaran kepada Attartuk sebagai Khalid, “Wahai Khalid Turki baharukan perjuangan Khalid Arab”, mereka menyamakannya dengan Khalid kerana menyangka beliau akan mengembalikan keagongan dan ketinggian islam. Tetapi tak lama kemudian pecahlah tembelangnya, beliau seorang taghut dari usrah Yahudi yang ditonjolkan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyah dan menghancurkan Islam. Diawal perlantikannya tidak lepas kayu sugi dimulutnya dan bekas wuduk di tangannya.
Mengetahui hakikat sesuatu adalah penting sebelum membuat apa-apa keputusan, untuk mengelakkan daripada tersalah dan tersesat.
Kita telah membaca cerita pemburu yang menembak burung dimusim sejuk, seekor demi seekor ditangkap dan disembelihnya kemudian dimasukkan kedalam bekas yang dibawanya. Sedang air matanya mengalir kerana kesejukan dan ditiup oleh angin, seekor burung yang sedang sakit memberitahu kawannya, “Tengoklah lelaki ini seorang yang baik dan lembut hatinya hingga mengalir air matanya kerana kasihan kan kita”. Jawab kawannya” jangan kau lihat air matanya tapi lihatlah apa yang dilakukan oleh tangannya”. Wallahu alam.
Dipetik dari buku (Mawaqif zatu ibar) Dr. Sulaiman al Ashqar.

Dah Siap mengemas rumah dah,inilah sebahagian daripada my home corner... he he saje nak menepek kat sini.
Rak buku,dah dikemas,tapi ada assisstant tetap, turut membantu juga", dicapainya apa yang boleh..huhu

Ruang Tamu yang simple,lampu terendak tu..ingat nak tukar nak cat baru,tapi sampai sekarang belum tertunailagi hasrat.

Breakfast Pagi ni

Emmm.. uli tepung lepas subuh tadi, buat donaugh Ball, ringkas-ringkas aje,Insyirah and baba still dreaming, Baba lepas solat terus landing, katanya temankan Insyirah".. emmm banyaknya aktiviti nak buat weekend ni, and oppss,, now I'm on school Break...for a week... i have plan to do something,but waiting for my hubby permission 1st. Tak nak lah bagitau lagi,takutnya tak menjadi..

Today activities:
Kemas Rumah~ Sedang Buat,
Jemur kain di ampaian,~ DONE
Basuh baju ~ jap agi..

Insyirah & Baba takde ni, diorang ke rumah my MIL, ada kerja katanya,
oklah nak sambung keje as assisstant manager at home now.!!!

Purse N Apron


Salam to alls,
mesti pelik kan ??? Apa ada pada tajuk di atas Well sebenarnya tadi pagi2 kat skol, dapat purse ni.., ha ha ha... bukan free tau tapi dibeli, dari AVON, order daripada Kak TUn, berkenan sangat.
ingatkan kita aje yang jatuh cinta, rupa kawan-kawan sekerja pun nak juga, hah! pakat orderlah diorang kat Kak Tun, cantikkan? English style, actually now i love english style!! Emmm... nak dapatkan koleksi Vantage,mahal lah pulak!!! Tapikan my bag sama aje corak dengan my apron, Apron ni dah lama beli, tapi baru pakai... he he semangat sikit nak masuk dapur, tengok tu!!!siap bergaya dengan purse, agak2nya kalau pakai apron ni p sekolah and bawa purse ni macam dalam gambar tu!! apa akan jadi ye??? Musykil-musykil!! Ustazah ni dah buang tebiat kot!!! Haha mesti kelakar kan

tUNGGU tURn uNtUK dI baCA

Assalamualaikum dan selamat malam kawan-kawan,



Diharapnya kawan2 yang menyinggahi blog ku ini, sihat dan dalam lindungi Allah Taala hendaknya ;),

Hari ini, rasanya tiada apa yang nak diceritakan, cuma tadi lepas balik sekolah terus ke CC, nak print and download borang HLP, 23 hb ni due date , so kena hantar cepat, mana tau rezeki ku untuk menyambung penngajian ada kan? Usaha itu penting, kemudian titipkan doa pada Rabbul Izzati. Tadi gatal-gatal kaki menyinggah di SMO(Muda Osman) apa lagi, intai2 buku yang best untuk dibaca.. haa.. jumpa laa buku ini, DILEMA MELAYU-ISLAM,KURANG FIKIR ATAUKURANG ZIKIR? Karya Ustaz Pahrol Mohd Joui,terbitan Telaga Biru.

Antara Isi Kandungan perbincangan utama yang termuat di dalam buku ini ialah :
1)Dilema Melayu -Islam
2)Perjuangan Islam atau Melayu
3)Mengapa Melayu-Islam belum Cemerlang dan banyak lagi bab bab yang menarik, semuanya 39 bab yang mengupas tentang Melayu Islam dan juga agenda politik parti2 yang ada.
ingin diselitkan juga Prolog di dalam buku ini







"Melayu Islam TERPISAHKAH?
Dilema Melayu Islam
satu prejudis atau kenyataan?
satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakan lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Mengungkai masalah di sulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi
tanpa emosi berapi-api"
Actually prolog ni memang panjang, but just ambil yang rangkap pertama sahaja, Buat Kawan2 tak rugi memiliki buku ini.




Ini pula sebahagian lagi buku terbaru yang dibeli penghujung tahun 2008, masih belum berkesempatan untuk membacanya, agak2nya boleh ke saya ni, terima Reading Challenge yang ada di blog Kakchik, Let see. am i can achieve the challenge? Emmmm... give me a time to make a decision... ... Well ??? 1st , i must arange my management time, ... hu huhu

Award from kakchik

Salam Ukhuwwah Fillah,

Dah seminggu dah p amik award ni kat blog kakchik, tapi hari ni baru teringat nak post, Untuk kawan2 yang menjenguk di sini, sudi2lah ambil award ni ya.

Moga Ikatan Ukhuwwah yang terbina di alam maya ini , lestari dan ikhlas Fillah .

QunutNazilah

Marilah sama-sama, kita ummat Islam bacakan doa ini setiap kali solat kita, semoga diringankan bebanan ummat Palestine tika ini.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib."

Pizza Pizza N Bun Sosej

Salam Ahad, Jumaat aritu buat Pizza. dapat 4 keping semuanya, 2 untuk makan di rumah mak, 1 utk mertua, 1 untuk jamuan di sekolah> semuanya licin, alhamdulillah:)
Ada lebihan adunan buatkan bun sosej untuk baby Insyirah.




Inilah rupanya bun sosej, dapat 8 ketul, itupun sosej dipotong 2

inilah Pizza buatan ku, Pizza di Supremia. Tiada Keju Mozarella,kebetulan p kat pasaraya baru kehabisan... just masukkan mayonis aje.Oregano yang disangka masih ada, rupanya dah lama habis. Baba dah ingatkan supaya beli, tapi itulah sebab ingat masih ada kan...huhuhuhu

Adunan yang sedang mengembangkan diri... 1 dah hilang, masuk dalam oven, pemalu tu...

Bersauna di Kolam Air Panas


Baba(berbaju petak)hanya rendamkan kaki aje.

Inilah dia Kolam Air Panas Tok Bok, zaman2 dulu glamerni, ramai je yang datang. Telah di renovate kan dengan tile. Kolam Utama, hujung sana yang ramai tu, tempat kami rendamkan diri


Rupanya ayahyie n cikhae sekeluarga dah sampai, mujur tak ramai anak2 muda tika ni.


Insyirah Excited nak drive, before bertolak ke Kolam


Inilah adik2 ku, Irsyad(ayahsu)m dan Aina(ucuNa). tak sabar nak ke kolam, tapi sempat lagi posing,

Lorong /jalan ke Kolam Air Panas, dikelilingi Pohon getah

Selekoh tak berapa tajam


Yang ni special edition. Si Kucing Pemalu, sesampai aje kami di kolam kucing ni terus je menyembunyikan diri. MALU kucing ni !!!ni pun dipanggil meow moew , keluarlah kepalanya menjengukkan diri, tuan empunya sdg mandi..

Tika ni kucing nak sembunyi lagi ni, ada kereta baru sampai, dia malu...lucu tengok gelagatnya

Itulah antara gambar sempat sarah snap menggunakan hanset Motorola V,dulu teman setia baba, tapi kini jadi teman setiaku, utk connect internet dan juga snap gambar,
Di Kolam tadi, hajat dihati hanya nak rendamkan kaki aje, tapi tengok takde orang, so apalagi,
terus rendamkan diri , tapi takat pinggan jelah, tak bawa baju untuk di salin,
itupun bukan di kolam utama, PANAS tau, hanya rendamkan diri di kolam kecil tapi tetap panas, cuma kurang sikit dari yang besar tu...
Tapi mak, memang amik peluang mandi dan rendamkan diri di kolam utama, tahan betul mak!.
PANAS PANAs!
Kalau seminggu kali datang sini, emmm jimat tau, tak payahlah pergi home SPA utk bersauna. tadi remdamkan diri selama 45 minit.. menyeronokkan dan meyihatkan.., Orang kelate, kalau free hujung minggu, mehlah datang sini. :)

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel