Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Mystery Gift, New Template, tagline, sample

Salam semua... apa khabar???? sibuk ke hari ni??? dah lunch??? harapnya semua dah ya...
oh ya... alhamdulillah hampir siap men touch kembali Teratak Damaiimpiana~ moga sedamai namamnya.. dan tagline baru untuk teratak damaiimpiana. Harap kawan2 suka ya dengan template terbaru ni. Insya Allah bloglist kawan2 semua akan sarah masukkan sikit sikit.. maklumlah bukannya sepenuh masa depan lappy.. ada kerja lain juga yang perlu dilaksanankan.. dan jika dalam memasukkan list nanti ada yang tertinggal, jangan segan-segan bagitau ya... selagi bernama manusia tetap ada sifat lupanya. Manusia (annasiyan).

One More, harap kawan2 dapatlah merajinkan diri memberi komentar anda tentang template dan tagline baru ni ... komen terbaik akan mendapat satu mystery Gift... . tak kisahlah sama ada komen tersebut berbentuk positif atau negatif . eh eh... macam giveaway jugalah gitu.. tapi takde syaratnya.. Yang pasti sorang je akan dipilih.( Gift ni pula tentunya dari produk yang dijual online store sarah..) so.. grab's this oppurtunity.. Untuk Mystery Gift ni... deadlinenya adalah pada 31 Disember 2009 jam 12 tengahmalam. Tinggalkan komen di post komen ya.. kat tempat lain tak akan diterima...

Ada lagi tau!!! sebelum tahun baru ni juga, sarah dan suami dah berpakat... 50 orang pertama yang menjadi folowwer blog ni akan mendapat Free Sample Sabun Aromaterapi, produk jualan kami dan masih baru lagi dipasaran.. Insya Allah ianya Halal dan pasti berpuashati menggunakannya... lagi pula nanti akan menyusul satu contest untuk mereka2 yang terpilih ini.... so cepat.. tau... emm promosi pula... jangan marah ya kawan2.. ni .. emmm nak buat deadline juga ke??? emmmmmmmmm...... oklah kita buka sampai 3 januari bersamaan buka sekolah di negeri pantai timur.. he he

Oklah....sesapa yang sudi nak buat ... dipersilakan... ini sebagai gimikssssss penutup bagi tahun 2009... .. jom sama-sama meriahkannya..

Penatnya.............................

Salam semua, baru je balik dari sekolah, penat sangat2................... berehat jap sambil bertenet... Insyirah??? ada... sedang menyusun barang2 tupperware mamanya... baba? sedang mengemas rumah.. ( Syukran baba... memahami mamanya..) emmmmmmmmm ... kawannya Luqman nak datang rumah dengan zaujahnya dari Pasir Tumboh...

penatnya ... mengalahkan murid2 yang memunggah buku2 teks pula... penat memberi arahan... budak2 kan kena bagi arahan banyak kali.. baru faham... So hari ni buat sebahagian dulu ... minta diorang punggah buku teks ke kelas masing2 untuk pembahagian buku teks hari Khamis nanti... jadi bila buku dah ada dalam kelas, memudahkan guru kelas membahagikan buku nanti... dan menyenangkan kerja guru spbt ( sayalah tu...) ... pengalaman lepas banyak memberi iktibar so... harapnya hari khamis ni dapat berjalan dengan lancar..... Esok sambung lagi.... emmmmmmmmmm... pendek kata minggu ni... tiap2 hari ke sekolah.... oklah dulu untuk pagi ni...

Saje nak share...

Salam semua... apa khabar hari ini?? emmm... hari ni ada meeting guru2 kelas di sekolah... then habis meeting balik ke rumah kami , setelah berlama-lama di rumah mak... banyak yang nak kena kemas, oh ya.. sebelum meeting tadi sempat lagi singgah kat Pasar Isnin, kalau kawan2 nak tahu, Machang memang tersohor dengan Pasar Isnin.. pendek kata kalau musim cuti memang penuh dengan lautan manusia yang datang untuk menshopping dan menghabiskan duit... kenapa???? sebab... harganya murah2 dan apa yang kita nak Insya Allah ada.. baju, blouse... handbag... makanan minuman... toto, jam... ish.. iish... ish.. kalau nak senarai semua.. tak habislah jawabnya... kalau niat hanya nak window shopping... emmm rasanya niat anda akan terpesong... so nasihat saya... bawa duit banyak2 ... he he,.... sebab memang harganya memang murah!!!..
Opss... kita beli langsir.. sepanjang nak masuk setahun dok di umah sewa tu.. tak berjangak (berhias) tingkap dan pintu kita.. jadinya 2010 ni... nak jangak lah sikit... mood baru.. !!! :) so sepanjang siang tadi tak sempat nak online, then sibukkan kemaskan rumah dan pasang langsir baru... wooo excited tau!!! cik baba siap perli2 lagi.. dalam budget2 pun blh beli langsir.. he he... sorry lah baba... dah niat dah... tapi dia puji langsir yang zaujah dia belikan... kan ... kan.. cantik !!!.

Oklah.................................. sebenarnya nak share menu kat bawah... so buat2 lah story dulu... jangan marah ye kawan2.....
ROTI JALA ( Breakfast hari JUmaat ritu..)

Kari daging made by Mom

Roti Jala ditebar special dr gabungan Mertua dan menantu.. ni special dari ayah dan baba... ( sama-sama tunjuk bakat)
Versi Khamis( masa shopping kat TESCO slps meeting kat Sutera Inn) .. jalan2 kat TESCO>>>

BIg Apple Douhgnut and Cafe... ( 1st time try donut kat sini tau) sebelum ni memang tak pernah rasa nak makan... alih2 hari tu ngigau sikit.. ... so minta jurujual dia suggest donut yang paling best... emmm betul2 sedap yg alien ni... rugi beli satu je yang tu.... leaking dengan coklat....


ABC special... oklah...

Mesyuarat Awal Tahun dan Jamuan Akhir Tahun 2009 di Sutera Inn KB

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua... sayyidul ayyam yang begitu besar dalam hari2 dalam Islam. Dah beberapa hari tak update blog, bukan penyakit 'M' ya kawan2.. tetapi coverage broadband yang kurang memuaskan so... senyap kan diri seketika...

oh semalam Khamis (24.Des 2009) Ada mesyuarat awal tahun 2010 dan juga jamuan akhir tahun bagi 2009 yang di adakan di Sutera Inn KB...
Mesyuarat bermula pada jam 10 pagi. tapi sarah sampai sana jam 5 minit sebelum jam 9, sebab dalam surat panggilan mesyuarat jam 9 kan.. rupanya ada sedikit perubahan tetapi ramai yang tidak maklum...
so mesyuarat start jam 10 .. lebih kepada taklimat dari GB dan kami dibekalkan dengan Buku Pengurusan serta panduan utk 2010.. Dalam buku tersebut mengandungi semua maklumat tentang tugasan setiap guru... emmmm banyak juga tugas tahunan... nanti dalam coretan lain sarah sharekan...
Dalam pukul 12 kami selesai mesyuarat then terus ke Tingkat 1 utk ke Songket 3 , jamuan tengahari di sana... Menu nya : Siakap 3 rasa, Tomyam Ayam& Fish Ball, Daging Black pepper, Kailan masak belacan, sambal, dan dessert nya buah betik , honeydew dan tembikai.. oh ... lupa air jagunng sebagai pelengkap hidangan.. 5* untuk sutera Inn... lunch memang sedap dan mengenyangkan...
kat bawah ni ada sedikit pic yg disnap menggunakan handset so.. kualitinya kuranglah sikit..


Salam Maal Hijrah 1431





Assalamualaikum semua, apa khabar hari ni?? Salam Maal Hijrah 1431H buat semua teman blogger dan buat sesiapa sahaja singgah di teratak damaiimpiana. . Jangan lupa ambil kad di atas sebagai tanda ingatan kami di sini.


Menyingkap kembali Sirah Nabawiyyah, Hijrah terbesar Adalah Penghijrahan Rasulullah Saw dari Kota Suci Mekah ke Yathrib ( Madinah) membawa makna yang besar dalam kalendar Islam. Detik berkembangnya dakwah dan bermula kecemerlangan Agama Islam, persaudaraan Islam yang semakin kukuh. moga Syiar Islam terus semarak dalam diri kita semua. Jadikan tahun ini sebagai detik perubahan kepada yang lebih baik dengan tekad menjadi Mukmin Muslim yang bertaqwa serta kita semakin mencapai Mardhatillah.

Bulan Muharram juga dikenali sebagai bulan haram, yakni diharamkan berlakunya pertumpahan darah atau peperangan oleh Allah SwT. Namun larangan tersebut termansuh setelah Fathul Mekah (pembukaan Mekah).

Dalam bulan ini juga kita digalakkan untuk berpuasa sebagaimana maksud hadis" Brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. "

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan berzikir, melakukan solat sunat serta amalan2 lain yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Di Bulan Muharram juga ada beberapa perstiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam antaranya pada 10 Muharram atau dikenali sebagai Hari As-syura.. Insya ALlah.. topik ini kita bincang selepas ini ya kawan.. semoga ada manfaat dari perkongsian ini.

Riadhah yang bertukar tempat.


Dpt petai dari kawan baru ayah





Ucu Na dan Ayah su begitu teruja bermain air..


Mak dan sadiq

me, ateh dan cik ngah di belakang bersama INsyirah



Salam.. semalam (petang jumaat) planning nak beriadhah ke Bukit Bakar, tetapi disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, maka planning terbatal tanpa pengesahan syura.
Jadi petang tu just ikut mak and ayah bersama adik2 tinjau jalan raya baru yang dlam proses pembinaan.. saje je jalan2 nak tau percent dah siap...
Dalam perjalanan tu... terjumpa anak sungai yang jernih sangat airnya.. ape lagi .... singgah kejap bermain2 air.. seronok betul Insyirah dan geng2 nya bermain...
Mesti tertanya2 kan.. mana lah baba insyirah ni.. masa ni babanya tengah ralit tgk al_kuliyyah.

Sabar ajelah !!!

Tak tahu nak cakap ape dah..
tak tahu nak wat camana,
sabar ajelah..!!
tapi sampai tahap mana??
dah nama manusia,..
tapi..
sabar ajelah...
kalau ikutkan hati..
nak je ambil yang lain,
tapi time balik Tok Bok
aje jadi cam ni..
sabar ajelah...
hai broadband ku..
susah ku nak buat keje ku..
terbengkalai semua..
tapi.. sabar ajelah
sabar ajelah.... sabar ajelah.... sabar ajelah...

Lunch kat Luar Hari ni :)






Gelagat Insyirah.. taknak makan nasi, pedas katanya. Sebenarnya alasan je tu...just minum ice blended jer.. Tu thumb up best...... katanya.



Black Forest Cake : satu slice je.. sebagai memenuhi janji buat Insyirah yang nak makan kek..

Yang ni beli kat Pintar Cake sebelah SMO di bandar Kuala Krai... so far sedaplah juga... :)




Kiwi Ice Blended ! Pesanan Baba. tuannya tak nak exposekan diri.. so nampak janggut ajelah.. ;)



Siakap Sweet Sour





Tiga menu pilihan mamanya : Siakap Sweet Sour, Ayam Masak Lemon

& Kailan Goreng..


Tengahari tadi, pulangnya baba dari kerjanya.. ingatkan dah bawa balik lunch untuk kami berdua kat rumah... tapi .. huhu tangan kosong aje...cedihnya ;(

Rupanya baba ajak kami makan kat luar.. kalau ikut tak nak lah keluar.. mana nak iron baju, tudung ... biasalah kan penyakit "M"..

so capailah mana2 blouse dan tudung yang memang tidak perlu di iron.

banyak suggestion dari kedai makan, restoran/.. last sekali kami pilih Dataran Damar. (yang ni on da way nak ke Gua Musang... lepas sikit je dari PPD kuala Krai.

So far ok lah menu2 di atas.. tapi bagi diri ini.. rasanya terlebih manis ,
mungkin yang suka manis takde masalah kot ....
Total semua 3 menu utama + 2 pinggan nasi + 2 ice blended RM 42.20
( Agak mahal lah... rasanya)...
emmm..........

Video Pilihan

Nak share video ni... Insyirah suka sangat tgk gelagat si hipo dan kawannya.. siapnya ditiru gaya dua ekor ni...




nanti upload lagu nasyid Buah-buahan yang diminati oleh insyirah..

Pengalaman dan suka duka Stop BF pada Insyirah

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama nak share story ni kat sini... alhamdulillah akhirnya insyirah sudah genap 2 tahun 2 bulan sekarang dan hampir sebulan lbh dia tidak BF dengan mamanya...
Awalnya memang berat hati nak stop BF,, tapi memandangkan ada faktor lain .. so by hook or by crook memang kena stop.. kesian kat insyirah.. nak tau macamana ikhtiar utk hentikannya?
actually banyak fasa yang sarah lakukan.. tapi (dalam fasa tersebut diriku memang tak bersedia utk berhentikannya,,(sapu asam jawa, sapu limau nipis ) tapi itu sebab tak berjaya ,. tak bersungguh2.)Sedih tau!!! :(
Tapi at the end.. ku pujuk jua hati .. so dikhtiarkan dengan Jus Tok Guru yang di sapukan pada nipple.. Insyirah malam tu bila start BF dia terasa pelik semacam.. katanya masam.. start hari tu dan 2 3 hari berikutnya.. bila dia minta nak BF .. mamanya cakap"adik lupa ke susu mama dah masam?? dah tak boleh minum?? ok tak ayat tu??? " >
Tidur malam pun gelisah aje... sedihnya hati tatkala itu... Allah sahaja yang tahu.. terasa macam nak beri aje,. tapi kalau dibuat begitu.. maka sia-sia aje usahaku... lagipun baba pun dah setuju utk kami stopkan BF pada Insyirah..
Masalah utama bila dah stop BF ni adalah Formula Milk mana yang nak diberikan sebagai ganti?? sebab Insyirah memang tak suka minum FM.... so akhirnya ku mencuba Mamil Gold tapi diberi tika malam .. saat dirinya sudah lena dan menangis di tengah malam utk susu dan dalam keadaan mamai dan mata tertutup akhirnya habis jua dalam 4 oz.. tapi tak banyaklah!!!
So... sekarang ni bangun tengah malam untuk buatkan susu.. terbalik bukan??? Orang lain masa baby kecil2 bangun berjaga malam.. lain pula diri ku... tapi.. berkorban apa sahaja..
But honestly said: ku merindui saat dan tatkala Insyirah berkata," mama, "adik nak neeneennnnnnn.." kadang2. buat2 bergurau juga .... ulang2 ayat itu padanya sekarang .. tapi memang dia takkan ajuk...
P/s : bukan saya mengatakan bila bila bb cukup 2 tahun kena stop.. tetapi itu adalah pilihan dan disebabkan perkara lain.. yang tu lain kali story ya..

Pemberitahuan ::: Makluman

Assalamualaikum dan salam semua.

Hari ni sarah nak jemput kawan-kawan ke website sarah yang ada di sidebar sebelah kanan tuuuuuu... sempena YEar End Sale .. So ... masa nilah nak beli barangan dengan harga lebih jimatkan??? jadi.. jangan lepaskan peluang untuk klik ya,.. mana tau ada yang tertawan..

SALAM EIDUL ADHA

Rasanya belum terlewat untuk kami sekeluarga mengucapkan salam eidul Adha kepada semua pengunjung blog damaiimpiana. Semoga Eidul Adha kali ini memberi pengertian yang mendalam dalam kita memahami dan mencari maksud di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kita kepada ibadah korban kini.
Semoga Ibadah haji yang dilakukan oleh muslimin dan muslimat diterima Allah dan pulang dengan Haji Mabrur... Insya Allah bagi yang belum lagi diberi kesempatan seperti kami ini untuk dijemput menjadi tetamu Allah. doa dan harapan agar dipermudah olehNya untuk ke sana.. Insya Allah

Salam Aidul adha untuk semua.

Sarah tinggalkan satu artikel menarik dari Ustaz Uzar (Zaharuddin) untuk tatapan kalian semua.. sebagai bekalan untuk semua dan diri yang kerdil ini.

Sebelum ini juga ramai yang bertanya sama ada boleh digunakan gelaran ‘Haji' kepada mereka yang sudah selesai menunaikan haji.
Saya teringat ada seorang kenalan saya, sekitar 10 tahun dahulu memarahi seorang rakannya kerana tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut. Bila saya bertanya mengapa sampai begitu sekali?.
Dijawabnya "Ye la, kita dah bertungkus lumus melaksanakan haji, berbelas ribu ringgit habis, jadi hormatlah sikit kita dengan pengiktirafan" demikian tegasnya secara agak emosi.
Saya yakin, para pembaca mempunyai pelbagai reaksi apabila membaca jawapannya. Majoritinya mungkin akan merasa tidak bersetuju sama sekali dengan hujjahnya. Namun itulah hakikat bagi sebahagian besar umat Islam khususnya di Malaysia, mereka cukup ingin serta merasa selesa dan bangga dengan gelaran ‘Haji' sesudah mereka pulang dari mengerjakan ibadah agung tersebut.
Jadi persoalan kita ketika ini, adakah boleh di sisi Islam?
"ada orang baru balik haji, sibuk ingin digelar haji, kalau tak gelar, dia marah, habis rukun Islam yang lain pun lepas ini kena bagi gelaran jugakkah?, jadilah namanya Tuan Haji Umrah Solat Puasa Zakat Ali Bin Abu Bakar" Demikian sindir seorang ustaz sebagai tanda protes tidak setuju disamping ingin membuat buah lawak untuk menghilangkan mengantuk para pendengar ceramahnya.
"Nabi dan sahabatnya tiada yang guna gelaran begitu, ni semuanya mengarut dan bid'ah" tegas seorang ustaz lagi dalam kuliahnya.
Adakah salah untuk menggunakan gelaran Haji di awal nama bagi mereka yang pulang dari menunaikan ibadah besar itu?
Persoalan ini tidak dinafikan lebih kepada sebuah isu kecil, justeru diharap jangan ada sesiapa yang kerananya melakukan dosa menghina, merendah dan menyakiti hati manusia lain. Itu persoalan pookok yang perlu difahami sebelum kita melanjutkan perbincangan.
Menurut pendapat saya, gelaran sebegini bukan sebuah persoalan ibadah khusus yang memerlukan kepada dalil khusus dari amalan Nabi s.a.w, salafussoleh dari kalangan sahabat dan tabien.
Isu gelaran adalah sebuah isu kemasyarakatan dan sosial yang tidak tertakluk kepada dalil-dalil specifik. Ia hanya tertakluk kepada dalil umum yang mengandungi nilai dan asas sama ada untuk mengarah atau melarang.
Dalam hal gelaran, dalil yang menjelaskan prinsip atau displin dalam gelar menggelar boleh diambil dari firman Allah swt seperti yang tercatat di dalam ayat surah al-Hujurat :
وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ
Ertinya : janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah segala jenis nama panggilan yang berciri kefasiqan selepas kamu beriman ( Al-Hujurat : 11)
Jelas dari ayat di atas, prinsipnya adalah Allah swt melarang untuk umat Islam mengelar saudara seagama dengan apa jua gelaran yang buruk dan menyakitkan hatinya, tidak kira sama ada ia benar atau tidak, selagimana ia dilakukan dengan niat menghina dan menjatuhkan, ia adalah dilarang.
Imam Abu Ja'far At-Tabari mengatakan :
التنابز بالألقاب : هو دعاء المرء صاحبه بما يكرهه من اسم أو صفة ، وعم الله بنهيه ذلك ، ولم يخصص به بعض الألقاب دون بعض ، فغير جائز لأحد من المسلمين أن ينبز أخاه باسم يكرهه ، أو صفة يكرهها
Ertinya : Memanggil dengan gelaran adalah seperti seseorang memanggil saudaranya dengan cara yang dibencinya sama ada (menggunakan) nama tertentu atau sifat. Dan larangan Allah swt itu umum tanpa sebarang pengkhususan kepda satu jenis gelaran tanpa yang lain, maka oleh itu, TIDAK HARUS (haram) bagi seorang Muslim untuk memanggil saudaranya sama ada dengan nama atau sifat yang dibencinya. ( Jami' al-Bayan, 22/29)
Justeru di dalam Islam budaya gelar mengelar dengan gelaran buruk ini bukanlah tindakan yang benar, malah ia terkeji dan hanya menjadi mainan individu yang dipimpin oleh emosi. Jangan sesekali mudah memulakan gelaran seperti 'Ulama Mee Segera', 'Si bodoh', ‘Umngok', ‘Munafiq' dan lain-lain. Walau apapun sebab dan latar belakang kemarahannya, cara menggelar sebegini bukan caranya. Terdapat begitu banyak cara bahasa lain yang lebih sesuai untuk menegur seseorang.
Ia hanya akan memburukkan keadaan dan seterusnya menjatuhkan maruah si penggelar sahaja bukan mereka yang digelar. Tiada kebaikan yang boleh tersebar darinya kecuali kepuasan peribadi pihak mengggelar kononnya untuk menegakkan yang hak tetapi sebenarnya hanya memuaskan nafsu amarah masing-masing sahaja.
Islam melarang menggelarkan seseorang dengan sebarang gelaran buruk, dilarang juga mengkafirkan seseorang tanpa kejelasan yang putus atau kelak kekafiran dan gelaran itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Seluruh gelaran buruk yang dicipta juga akan kembali kepada di penggelar.

Namun demikian, terdapat PENGECUALIAN sekiranya sesuatu gelaran dibuat bagi keadaan tertentu seperti untuk membezakan di antara individu maka digelarkan dengan sifat atau nama yang sesuai bagi fizikalnya, sedangkan gelaran itu adalah buruk, namun panggilan itu dibuat bukan untuk menghina dan merendah, ia hanya diniat untuk memberi kenal kepada mereka yang bertanya. Tatkala itu ia dibenarkan,
Demikian juga, jika terdapat maslahat yang lebih besar untuk dijagai, seperti bpara ulama menggelarkan beberapa perawi sebagai ‘kazzab' atau banyak berbohong bagi menjaga ketulenan sesebuah hadis. Namun ia bukanlah disebarluaskan kepada masyarakat awam, hal sedemikian hanya akan diketahui oleh golongan ulama dari kalangan penkgaji hadis dan perawinya sahaja. Ringkasnya semuanya masih tertakluk kepada adab-adab dan displinnya.
GELARAN BAIK SEPERTI TUAN HAJI?
Gelaran buruk dengan tujuan merendah dan menghina, tanpa khilaf lagi ia dilarang, maka jelas GELARAN BAIK ADALAH dibenarkan dalam Islam selagi tidak bercanggah dengan aqidah seperti menggelar seseorang dengan gelaran yang mengangkatnya ke darjat Tuhan atau Rasul.
Keharusan ini boleh dilihat dalam keharusan menggunakan gelaran Sayyid bagi Nabi Muhammad s.a.w dan juga para sahabat baginda nabi s.a.w.
Penggunaannya kepada selain Nabi s.a.w tidak disepakati oleh para ulama, ada yang menegah kecuali bagi pemimpin kaum iaitu di atas kapasitinya sebagai pemimpin atau ketua kepada kaum tersebut.
Namun demikian, gelaran ‘sayyiduna' yang beerti tuan kami, dibenarkan oleh sebahagian ulama untuk digunakan sama ada untuk baginda Nabi s.a.w dan juga tokoh-tokoh pimpinan yang lain, berdasarkan beberapa dalil (namun tulisan ini tidak akan membincangkan perihal kukuh atau tidaknya dalil yang dipetik). Antaranya Firman Allah :-
فَنَادَتْهُ المَلائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي المِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَى مُصَدِّقاً بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَسَيِّداً وَحَصُوراً وَنَبِياًّ مِّنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan salat di mihrab (katanya): ""Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang putramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi tuan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh. ( Al-Imran : 39)
Imam al-Qurtubi mengulas katanya :-
ففيه دلالة على جواز تسمية الإنسان سيدًا ، كما يجوز أن يُسمِّى عزيزًا أو كريمًا
Ertinya : Pada ayat itu suatu dalil berkenaan keharusan menamakan seseorang sebagai sayyid (tuan), sebagaimana harus untuk digelar yang mulia (Jami' ahkam al-Quran)
Nabi s.a.w juga pernah bersabda :
ابني هذا سيد ولعل الله أن يصلح به بين فئتين من المسلمين
Ertinya : Sesungguhnya anakku (cucu) ini adalah sayyid (tuan) dan moga-moga melaluinya Allah akan memperdamaikan dua puak dari kalangan muslimin ( Riwayat Al-Bukhari)
Hasil dari petikan dalil di atas, malah banyak lagi dalil lain, MAJORITI ulama membenarkan untuk menggunakan gelaran Sayyidina kepada baginda Nabi s.a.w dan SEBAHAGIAN ULAMA PULA juga mengizinkannya untuk digunapakai kepada mereka selain Nabi s.a.w. Dengan syarat asalkan kita mengetahui batasan penghormatan, sebagaimana yang dituntut oleh Nabi SENDIRI.
أن ناسا قالوا: يا رسول الله، يا خيرنا وابن خيرنا، وسيدنا وابن سيدنا. فقال: يا أيها الناس، قولوا بقولكم، ولا يستهوينكم الشيطان، أنا محمد عبد الله ورسوله، ما أحب أن ترفعوني فوق منزلتي التي أنزلني الله عز وجل
Ertinya : Orang ramai berkata : wahai Rasulullah, wahai yang terpilih dan anak yang terpilih, tuan kami dan anak kepada tuan. Baginda membalas : Wahai manusia, kamu berkata dengan perkataan kamu, namun jangan sampai kamu diselewengkan oleh Syaitan, aku adalah Muhammad, Hamba Allah dan RasulNya, tiadalah aku sukai kamu mengangkat darjatku melebihi daripada darjat yang diberikan oleh Allah kepadaku ( Riwayat Abu Daud: sanad yang baik)
Jika gelaran ‘Sayyiduna' yang kontroversi di kalangan ulama Islam itu pun masih diharuskan menurut sebahagian ulama, sebahagian lain mengatakannya sebagai makruh kerana hadis di atas. Kita memahami gelaran sedemikian memerlukan sedikit hati-hati agar tidak melampau sehingga terjebak dalam kes pengikut Kristian yang mengganggap Nabi Isa sebagai anak tuhan akibat berlebhan dalam menggagungkannya.
Maka tentunya tiada sebarang halangan di dalam Islam untuk gelaran-gelaran biasa yang kurang kontroversi seperti gelaran Tuan haji, Ustaz, Dr, Dato', Syeikh, Profesor, Tok Guru, Imam, Hujjatul Islam, Syeikhul Islam dan apa jua gelaran yang baik lagi disukai dan baik untuk digunakan sebagai penghargaan, pujian, doa dan pengiktirafan.
Isu sama ada gelaran itu akan mendatangkan rasa riyak, takbur dan ujub adalah persoalan kedua. Hal ini mempunyai sedikit persamaan dengan isu memuji seseorang di hadapannya. BOLEH DIBACA DI SINI .
Kesimpulannya, jika diketahui pujian itu akan memusnahkannya, maka janganlah dilakukannya. Maka larangan adalah disebabkan hal luaran yang mendatang dan bukannya pada pujian itu sendiri. Demikian juga gelaran Tuan Haji, Sayyid dan sepertinya.
Oleh itu, jika kita memanggil seseorang dengan gelaran Tuan Haji, dan ia menyukakan tuan tubuh, malah dapat mengingatkannya dengan ibadah agung yang pernah dia bertungkus lumus melakukannya, mengingatkannya kepada Allah swt dan baitullah al-haram serta boleh mengekalkan momentum keinsafannya. Maka sudah tentu ia tidak dilarang di dalam Islam malah digalakkan.
ADAT DAN HORMAT
Apatah lagi apabila ia sudah menjadi adat di sesebuah kawasan untuk menggunakan nama panggilan yang baik tersebut.
Adakalanya, gelaran ‘Haji' juga digunakan hanya kerana tiada gelaran lain yang sesuai untuk seseorang untuk menunjukkan hormat kita kepadanya.
Saya pernah mempunyai beberapa kenalan jutawan veteran yang amat rapat dengan saya, walaupun mereka adalah jutawan, hartawan, pengasas dan ketua kepada syarikat masing-masing, namun mereka belum menerima anugerah Dato', mereka juga bukan pemegang PhD.
Justeru gelaran apakah yang paling sesuai untuk memanggilnya disamping menunjukkan penghormatan kita kepada umurnya ?
Tatkala itu saya hilang idea, hanya gelaran ‘Tuan Haji' saya kira paling sesuai setiap kali berhuung dengan beliau. Gelaran pak cik tidak sesuai, gelaran syeikh kurang sesuai orang perwatakan sepertinya, abang juga tidak sesuai, akhi juga tidak sesuai, awak juga tidak, enta pun tidak sesuai. Pernahkah anda mengalami situasi seperti itu?
Kita sedar, kesan buruk juga boleh berganda apabila seorang yang digelar ‘tuan haji' dan ‘puan hajah' melakukan maksiat dan dosa secara terangan. Lebih mendukacitakan apabila kesnya melibatkan tangkapan kahlwat, zina, pecah amanah dan lain-lain yang biasnaya tersiar di dada akhbar. Namun demikianhal itu tidak menjadikan penggunaan gelaran ‘Haji' dan Hajah' sebagai haram.
AKHIRNYA
Walaupun harus mendapat atau menggunakan gelaran ‘Haji', amat perlu disedari pemergian menunaikan rukun Islam kelima itu bukanlah kerana gelaran dan tidak wajar menjadi marah jika tidak diberikan oleh manusia. Bukankah pandangan Allah yang menjadi sasaran ke sana.
Kemarahan seseorang akibat tidak digelar Haji sesudah pulangnya, boleh menjadi satu indikasi negatif kepada status Haji si polan sama ada ia tergolong di dalam Haji yang Mabrur atau tidak. Pastinya mereka yang mensasarkan haji mabrur tidak akan berasa apa-apa dengan gelaran tersebut, malah tidak ambil pusing dan endah diberikan kepadanya atau tidak. Maka itulah yang terbaik..moga kita semua memperolehi Haji Mabrur..Semua gelaran tidak memberi manfaat kepada alam akhirat kita, semua akan ditinggalkan di dunia yang fana ini, yang kekal dan mengikuti kita adalah kecantikan amal itu, bukan gelarannya.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar walillahil Hamd
Salam Eidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Jangan lupa berpuasa sunat hari ini bagi mereka yang tidak berada di Arafah.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
9 Zulhijjah 1430 H

New MPV : Perodua Alza... cutenya...

Classy Purple


So classy like its name ...

Cantik... cute... emmm.... sporty pulak tengok Alza.. secantik namanya...

Emmm boleh masukkan dalam wishlist juga ke??? amacam baba???? sesuai tak??? he he he

nanti kita pi pandu uji... mana tau lepas dah pandu uji terpikat pula... boleh terus tempah...

Suka sangat tengok warna ni... semalam tengok dalam TV3 dan MHI pagi ni... comelnya dia... sesuai utk semua ... dari yang bujang, wanita, berkeluarga...



ixory white ni pun comel juga... emm,,, tak tahu mana satu nak pilih... dua 2 lawa dan cute..

and 0ne more thing jimat minyak... ehh macam serius je nak beli .. ya ke?? emmm tanya little dotter .. cantik tak keta ni dik? antik(cantik) jawab insyirah,,, hai baba... macamana???


Aktiviti Sepanjang Minggu Lepas

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah semua,

Lamanya tak mengukir sesuatu di sini, berkongsi cerita dek dihambat masa, seolah-olah masa terlalu pendek buat kita tatkala dalam kesibukan, tapi andai diri lapang tanpa sebarang kerja atau dihambat kesibukan terasa lamanya masa.. Tapi awass!!! jangan kita terlena di ulit masa dan mimpi panjang tanpa sebarang manfaat.

Alhamdulillah hari ni, ada sedikit ketenangan dan juga diberi kesihatan oleh Rabbul Izzati untuk mencoretkan sesuatu di sini.. Sepanjang minggu lepas terlalu sibuk dengan urusan sekolah dan juga masalah kesihatan yang kurang memuaskan..
walaupun Red Warriors kalah tapi terima lah dengan reda, jangan menunjukkan akhlak yang kurang baik.. nah!! bukankan itu menjatuhkan imej warga cik siti wan kembang?? kerana nila setitik rosak susu sebelanga..... tinggalkan aje isu tersebut tapi natijahnya ramai yang sudah maklum... siapa yang binasa???

Minggu lepas, dua hari berturut2 ( 9 & 10 / NOV) Sarah terlibat dengan KEM LITERASI AL-QURAN, anjuran PPD Kuala Krai..Di adakan di SK PAHI, khusus untuk meningkatkan lagi bacaan Iqra di kalangan Murid2 Kohort 2005 dan 2006 yang lemah dalam bacaan dan masih tidak menguasai bacaan Al-Quraan. Kem ini untuk murid tahun 5 dan 4, emmm dan melibatkan dalam dalam 20 buah sekolah(kalau tak silap) dan setiap sekolah menghantar 15 orang murid.
Target utama adalah murid yang masih lagi membaca Iqra 1-3 dapat melepasi sekurang2nya Iqra 4 dan boleh membaca Al-Quran..
So.. Ustaz/Ustazah j-QAF yang terlibat menjadi fasilitator bermula 8 pagi -4 petang... dan pastinya kepuasan dicapai tatkala melihat hasilnya ada murid yang mampu mencapai objektif dalam masa 2 hari.. Harapannya agar murid2 ini sentiasa membaca bersama ibubapa di rumah dan jangan hanya mengharapkan di waktu persekolahan sahaja..

Hari Rabu ( 11 Nov) menyiapkan e-pelaporan yang perlu dihantar ke PPD.. lantaran kesihatan diri yang kurang memuaskan sebelum ni, memang tak mengambil peluang untuk mengisinya.. Tetapi hari ni, kena gagahkan juga diri, sebab dah langkau deadline.. tapi kami diberi kelonggaran kerana terlibat dengan KEM.. alhamdulillah akhirnya siap juga.. serahan kepada Ust Lokamn utk tindakan selanjutnya.

Hari Khamist ( 12 Nov) ke SMK TanaH Merah 1 untuk sesi taklimat pengurusan buku teks dan anugerah BOSS cemerlang peringkat negeri kelantan., Tahniah kepada yang berjaya. Petangnya ke HPRZ 2 untuk melawat adik(izzat) alhamdulillah sudah berpindah ke wad biasa. cuma utk pengesahan dari Pakar Bedah saje,, dah confirm ok, bolehlah kembali ke rumah. Selama hampir sebulan mak berada di hospital .. Semoga lepas ni lebih baik dari semalam. :)

oklah... nak coret apa lagi?? banyak sebenarnya tapi tak tercoret... nantilah ya

Kisah Rasulullah SAW.....

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Rentetan Peristiwa

Assalamualaikum semua,
lamanya sarah menyepi, dalam seminggu lebih rasanya, mungkin ada yang tertanya2 kan, bukan sengaja menyepikan diri , cuma minggu yang lepas terlalu sibuk dan kesuntukan masa, Berlaku musibah dalam keluarga, Sarah cuma kronologikan sikit, agar kawan2 blogger tidak tertanya2..

16/10 - Adik sarah yang Form 2 Maahad Tahfiz mengalami accident yang menyebabkan injured dalaman, -alhamdulillah dah operate buang limpa, cuma hingga hari ini, masih lagi dibilik ICU, pernafasannya belum stabil lagi.. Doakan ya agar adik pulih sepenuhnya. Sepanjang peristiwa tersebut kami berulang alik ke HPRZ II setiap hari.. itu yang tak sempat nak online.

20/10 - Kami warga SKSE kehilangan seorang warga Guru ( Arwah Ustazah Hasniah yang meninggal dunia akibat kemalangan) Berita mengenainya ada dalam Harian MetRo Jumaat 23 Oktober. Satu kehilangan yang begitu mengejutkan kami semua, ( Takziah buat Keluarga Kak Yah). Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang2 yang beriman.

dan sekarang busy dengan aktiviti2 sekolah dan Ujian Pencapaian Jawi Enam Bulan Kedua dan juga aktiviti2 lain... Itulah sekadar perkhabaran,

Oklah sampai jumpa lagi...

Kek ? Brownies ? Besday?

Inilah hasil tangan mama Insyirah. Tulisan tu guna piping jelly wat color merah, itu yg tenggelam sikit tu.......

Haa.. potong.. jangan tak potong

Ayahsu, Insyirah, Ucu Na
Apasal stim je mata ucu?

Sebenarnya Ucu tgh pujuk Insyirah,, merajuk sbb nak potong lagi kek upss brownies .tu ..

Assalamualaikum
Pagi semalam buatkan brownies, permintaan adik2, katanya lama tak makan kek, maklumlah raya hari tu, kaklongnya tak buat walau sebiji kek pun. Malaslah masa tu, entah kenapa .. he he.. so semalam, pagi2 lagi buatkan brownies. Kenapa brownies??? sebab tak yah guna mixer just wisk je . dah terlanjur buat, apa lagi ambil syarat and konon2nya sambut besday Nurhusna Insyirah, (sambutan utk my dotter postpone hingga cuti nanti, tunggu mak2 sedara dia balik dulu.) nanti banyak dpt hadiah,... he he he ... Ok layanlah gambar2 tu..




Hasil Seni Insyirah




Insyirah, Iman, Ajmal dan My Friends Siti

Insyirah dan Iman.. sama sebaya cuma beza 5 bulan aje tua Iman.. Tgklah gelagat dua sekawan... ini dah nak balik dah , dekat Masjid Muhammadi. Masa tengah tunggu kaum2 bapa menunaikan Solat, bukan main lagi diorang bermain.. al maklumlah ruangnya luas dan lapang.. :)


Nak pakai kasut tu... hai iman, tgk aje ke???


This my best friend Siti with her 2nd son Ajmal.. adiknya Iman

Cak AAA... !!
Sebenarnya gambar ni di snap selepas kita semua menghadiri majlis perkahwinan Ummi Kin raya aidilfitri baru ni

Selamat Pengantin Baru Ummie Kin








Assalamualaikum... alhamdulillah hari ni baru dapat upload gambar2 sepanjang majlis perkahwinan Ummie Kin, majlis berlangsung pada hari Rabu raya keempat. Ramainya tetamu, maklumlah anak mantan Timb. MB (Ust Halim). Yang bestnya boleh jumpa kawan se UM , yang dah lama tak jumpa, tak banyak cerita yang boleh dikongsi, sekadar sempat bertanya khabar.

Selamat Hari Lahir Sayang


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Assalamualaikum dan salam semua,

Hari ni genaplah 2 tahun my little Insyirah... doa mama dan baba, semoga dirimu sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, membesar menjadi srikandi Islam dan sentiasa membawa kebaikan dan kelapangan tatkala sesiapa bersama mu... menjadi harapan mama dan baba,, agar dirimu tidak jauh menyimpang pabila dewasa kelak...
Tahulah oleh mu.. kaulah penyeri kami, penghibur kami, tatkala kepenatan, keletahmu itu mampu membuatkan mama tersenyum , baba senang hati...
Insya Allah nanti kita sambut besday ya..
tadi lepas Isyak terus ke restoran Rafeah utk makan2 , cuma mama tak sempat lagi buat kek special utk adik, nanti hujung minggu ni ya..

Facebook _ Under yahudi???

Salam semua, sarah nak kongsikan satu email yang dihantar, cuma Sarah harap sape2 ada info tentang perkara ni bolehlah share kat sini ya..







Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?!
Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So,
aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu
bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih
petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun
sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang
ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang
meninggalkan Fotopages
, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua
diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana
!! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak. Aku Bukan Cakap Kosong.
Baca Dibawah!! Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan
sebanyak USD300 juta pada tahun 2008?Ini tidak menghairankan kerana ia disokong
oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat
turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg
dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry,
Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa
menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk
mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah
jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau
adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai
antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama
besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg
sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008?
Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah
disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan
peribadi sebanyak USD1.5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO
Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan
persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPF)? Sedikit Info tentang AEPi: 1) Diasaskan untuk membantu lelaki
Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan
menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang
pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut
nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam
pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya . 5) AEPi
berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan
kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life . Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook
datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung
Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula
semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah
keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai
dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di
seluruh dunia? Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2
Cun?!! Fikirkanlah. . Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan
Darah Saudara Kita Setitik . Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss.
Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai
saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku
masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku
ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn
perkara ini!!!!!!

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel