Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik
Assalamualaikum dan salam ceria

Selamat Tahun Baru 2009, hari ini sudah 3 Muharam, 2 hari yang lalu tidak berkesempatan untuk memasukkan entry, malam ini rasa belum mengantuk lagi, kebetulan line broadband ok, boleh lah menulis...

31 disember 2008(Hari terakhir 2008) aktiviti ku :

8.30 ke sekolah , ingatkan mesyuarat bermula pukul 8.30am , (rupanya mesyuarat bermula 10am, dapat maklumat yang tidak tepat. 2 jam menunggu, dahlah kalut pagi tu)
so, sembang aje dengan member... sebulan bercuti, banyak perubahan berlaku di kalangan rakan sekerja, ada yang kurus ada yang makin berisi ada yang maintain dan ada yang jadi murid semula :)

10am - 12 am = mesyuarat bermula * dapat buku pengurusan ;; mak oooiii bertambah tugasan ku antaranya :
1) Guru SPBT8* Potfolio kekal bermula 2006 sampai kini
2)Pengerusi Kelab Pengguna
3) Guru Badan beruniform Pengakap( yg ni terus adjust tadi tukar ambil Puteri ISlam) ada ceritanya ... huhuhu
4)AJK Bilik Guru
5) AJK bilik wawasan
6)bla...bla... bla... dan ada lagi... tak nak bagitau semua...

Hari ni juga dapat Buku Rekod Mengajar n Fail Meja...

Azam tahun ni??? 2009 Insya Allah better n better than 2008 ... Insya Allah... May Allah bless me.
" Ya Allah hambamu ini memohon dariMu Ya Allah, moga ditetapkan iman, ditambahkan amal ibadat, perjalanan 1430H ini sebagai satu lembaran yang lebih baik daripada sebelum ini. Menjadi guru dan murabbiah yang berdedikasi, muallimah yang memberi ilmu dengan hati yang ikhlas, muadibbah yang mampu memberi contoh dan tauladan buat insan dikitaranku khususnya murid2 ku yang dahagakan ilmu. Ameen Ya Rabbal Alamin ."
SELAMAT MENEMPUHI TAHUN BARU
MAAL HIJRAH 1430H
dari kami sekeluarga

Makaroni Bakar

Baru siapkan makaroni bakar, mula memasak lepas zohor tadi, after masak makaroni, buatkan sos. Hari ni jemput kawan baik datang bertandang ke rumah, dah lama dia mengidam nak makan makaroni bakar. Raya hari tu buat dia tak boleh datang. So tengan tunggu siti n family datang rumah.. Insya Allah lepas asar .

MY name in Japannese

Baba name's mohd Shukri

Your Japanese Name Is: Takumi Inokuma

Banzai!

my name MAesarah in japanese

Your Japanese Name Is: Masako Gosetsuke

Banzai!

my baby NUrhusna Insyirah

Your Japanese Name Is: Kuniko Washio

Banzai!

Saja suka 2, sebenarnya, kalau 2 3 kali kita cuba translate nama kita, memang akan keluar result yang berlainan. Bukannya tepat ya kawan2. Sekadar suka suka..

Yang halal dan haram itu Jelas

Yang Haram dan Yang Halal itu Jelas

عن أبي عبد الله النعـمان بن بشير رضي الله عـنهما ، قـال : سمعـت رسـول الله صلي الله عـليه وسلم يقول: إن الحلال بين ، وإن الحـرام بين ، وبينهما أمـور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فـقـد استبرأ لديـنه وعـرضه ، ومن وقع في الشبهات وقـع في الحرام ، كـالراعي يـرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه،ألا وإن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، ألا وإن في الجـسد مضغة إذا صلحـت صلح الجسد كله ، وإذا فـسـدت فـسـد الجسـد كـلـه ، ألا وهي الـقـلب

رواه
البخاري ومسلم

Maksudnya:

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."

Diriwayatkan oleh Bukari dan Muslim

Tip Untuk Cemerlang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun baru akan menjelma, dan pastinya dengan kedatangan tahun baru juga, semua yang bergelar murid dari tahun 1 hingga tahun 6, pelajar dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6, Murid Pra yang akan bersama2 di tahun satu, dan murid tahun 6 yang akan ke tingkatan 1, sama ada sekolah agama,sekolah asrama(tentunya memerlukan mereka berdikari dan berjauhan daripada ibu bapa) dan ramai lagi akan mengalami proses peralihan dan perubahan dalam kehidupan kita semua. Dan tidak lupa juga, golongan guru yang lama bercuti panjang... ehemmm... sudah tentu minggu-minggu terakhir adalah minggu yang pasti sibuk kan???

Yang pasti ada juga kekadang datang perasaan ingin menyambung lagi percutian ini,(aku sendiri merasainya) :) he he... seronok tau bila bercuti panjang..

Hari ini ingin ku kongsikan tip untuk menjadi seorang individu pelajar cemerlang :
Dalam meniti kejayaan, aspek yang paling penting adalah akhlak dan keperibadian pelajar . Antara tip nya :

1)Bertanggungjawab kepada diri sendiri.
Tanggungjawab adalah satu kayu ukur untuk anda berjaya dalam setiap tindakan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

2)Berikan Tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya.
Tentukan sendiri apa yang penting bagi anda. Jangan biarkan orang lain menentukan untuk anda.

3)Dahulukan mana yang penting. lakukan mengikut keutamaan.
Pastikan anda menentukan apa yang terpenting untuk anda lakukan sebelum anda bertindak.

4)Anggap anda berada dalam win-win situation.
Anggaplah rakan-rakan anda yang banyak membantu dalam belajar dan bersama-sama melakukan tugasan juga adalah saingan anda*secara sihat. Dan pastinya anda akan melakukan yang terbaik.

5)Fahami orang lain.maka mereka akan memahami anda.
Pastinya bila memahami mereka yang lain membantu anda melaksanakan tugasan dengan berjaya.

6)Cari penyelesaian yang lebih baik.

2 BERITA BESAR MINGGU NI

Hari selasa baru ni, result utk ke sekolah2 YIK dah keluar, dan semalam keputusan Posting KPLI pun dah diketahui :

1) Alhamdulillah adikku Musaddiq berjaya terpilih ke Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulai Chondong, menyusul selepas abangnya izzat Insya Allah buka ni Form 2.

~~Sadiq ni semalam check yang SBP, dapat juga tawaran ke Sek Men, Sains Faris Petra di Pengkalan Chepa.. walau apapun mak and ayah bertegas nak hantar anaknya ke MTAQ.

Dulu adikku yang ketiga, imiey pun x student Faris then sekarang sdg study di UMP.

2) Berita kedua~~ setelah banyak kali cuba xcess ke emoe.gov.my for result posting my sis gagal, dan news from her friend majority posting sarawak n hanya 2 3 kerat aje di semenanjung, menambahkan kerisauan dia, masa isi form untuk posting, dia minta kelantan.. sebab kelantan still critical in english Teacher.

at last cubaan terakhir : TAHNIAH ANDA DITEMPATKAN DI SARAWAK.

ITULAH JAWAPAN YANG DITERIMA... AKHIRNYA ANGAH AKAN TERBANG JUGA DENGAN BELON KE NEGERI BANYAK KUCHING ITU. CUMA TIDAK KETAHUAN LAGI DI MANA DITUGASKAN... KAKLONG HARAP YOU'LL TAKE CARE URSELF EVEN WHERE EVER U GO... TEKAD MENYUMBANG ILMU DEMI ALLAH.

dUA ORANG ANak emak dan ayah menjadi pendidik... siapa sangka kan??? :)

Angah (hai teacher??!!!) and ida(cekcik) still studying in UMT)

Izzat Al-hafiz... form 2 nextyear.

Breakfast For TodaY

Pagi ni, breakfast di rumah kami buatkan sosej roll , untuk hidangan makan 4 orang. Semalam balik sini, bawa bersama 2 orang adik, izzat alhafiz dan juga musaddiq become a tahfiz student also, form 1 nanti Insya Allah. Sosej ni di cicah sos, dan juga nescafee yang lemak berkrim..

KE CHIKU 2 N LATA REK

Assalamualaikum

Pagi tadi kami sekeluarga bersama MIL & FIL serta maksedara baba ke Chiku 2, menziarahi dan menjenguk cucu baru, merangkap sepupu baru Insyirah.. Sejam lebih perjalanan kami.. menjemukan juga, hanya bangunan hijau aje.. tiada variasi warna lain...(maksudnya pokok2 sawit n getah) ha ha... kan area sana mana ada bangunan2 besar... walau menjemukan tapi sedap mata memandang, kehijauan alam masih lagi segar.

Anak saudara baru~~~~ mohd aidil....

Insyirah~~~ dlam perjalanan pulang setelah 2 jam di Chiku

alahai broadband wat hal lah... slow sangat nak upload gmber... huhu..e sok lah yer..
dah ngantuk ni..

KISAH PENDAYUNG SAMPAN

Assalamualaikum....

Dah dua hari berturut damaiimpiana menyepi tanpa entry baru, bukan tuan rumah tidak jenguk, tetapi kesibukan menguruskan si kecil dan juga mengodek2 dan tumpuan penuh untuk store online, maka terbengkalai di sini, di damaiestore, saya mengemaskini produk2 dan menambah baikkan kedai saya, JUga mengedit produk untuk clearance sale. Jadi dengan sukahatinya saya menjemput sahabat2 ke kedai saya dan berilah komentar anda, demi kebaikan store saya..

Oh ya, hari ini saya cuba masukkan satu kisah, semoga dijadikan iktibar dalam kehidupan kita seharian, nampak biasa tapi ada maknanya..

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan.""OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan."Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu."Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas."Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya"."Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala."Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,"Kamu tahu berenang?"Professor itu menggelengkan kepala."Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

MORAL CERITA:Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang dia sudah biasa.Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

KOMENTARKU :" Jauhkan sifat sombong dan ego walau setinggi mana ilmu yang kita ada, bahkan didiklah diri agar sentiasa merasa kekurangan dan dahagakan ilmu dan perlu dicarigali lagi"

RESEPI : Lawar

Lawar ni sedap tau, 1st time mengenali dan merasai kelazatannya , tika berada di rumah mak mentua, memang sedap. Sebelum ini memang tidak mengenalinya... ha ha makanan tradisi ni tapi... rasanya ramai yang tidak mengetahuinya... hidangan yang mudah dan rinngkas untuk dilakukan tetapi hasilnya memang marvellous!.
Bahan-Bahanya :
1 kilo ikan tamban
10 ulas bawang merah-mayang
15 biji cili padi dihiris halus
10 biji asam limau nipis
1 ikat daun kesom dihiris halus
2biji timun batang dihiris halus
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Ikan dibersih dan dibuang tulang tepi dan tengah, potong 1/2 inci
2. Bahan-bahan di atas semuanya dimayang halus dan digaul dengan ikan tadi.
Masukkan garam,air perahan limau nipis,gaul sebati.,.
Boleh dihidang bersama nasi..
yummy !!!
Cubalah buat dan rasainya sendiri.

Good Food~~ Enjoy Your Life wit Healthy Food

The first and most important rule is to make sure you cook your food really well and avoid eating leftovers. If you do eat leftovers, heat it very well so you kill all possible bacteria.
Yogurt: a good source of bone-strengthening calcium. Choose plain yogurt, since the flavored kinds are often high in sugar. It also contains protein, fiber, and several other necessary vitamins and minerals.
Whole-Grain Cereal: choose cereals with at least five grams of fiber per bowl.
Eggs: they're versatile and packed with the protein moms need to help build and repair weary muscles. Eggs are also a good source of vitamin D, which helps the body absorb calcium.
Vegetable Soup: easy vitamins and minerals for you when you eat soup loaded with veggies like carrots, potatoes, and onions. Bonus: because it's mostly water, soup contains few calories.
Lean Red Meat: women, especially those who have given birth within the last two years, are at risk for low iron levels. Eating red meat will give you the iron you need and lower your chances of getting anemia. Go for lean cuts, anything with loin or round in the name, and eat no more than one 55 grams serving each day.
Sweet Potatoes: they're an excellent source of potassium, fiber, vitamin C, and cancer-fighting antioxidants like beta-carotene.
Tomato Sauce: loaded with lycopene, it's a powerful antioxidant that helps keep arteries clear and reduce your risk of heart disease.
Broccoli: it's low-calorie food and loaded with vitamins A and C, beta-carotene, folate, and fiber. Eat it raw or lightly steamed.
Bananas: at about 100 calories each, bananas are good source of fiber and vitamins B6 and C. Eat one after a workout, mix into smoothies, or add to your cereal for an all-day energy boost.
Salad: tossing together a variety of greens, along with tomatoes, carrots, and cucumbers, is the smartest way to sneak vegetables into your diet.
Beans: are low-fat sources of protein, iron, and soluble fiber, which can help lower your blood-cholesterol level.

Resource : baiboo.com.my

Ciri -ciri Wanita Solehah Idaman

Assalamualaikum,Salam Ceria Salam Kasih Sayang semua,

Malam ni tak boleh nak lelap lagi, so bacakan buku, tertarik dengan tajuk ini, bagaimana tandanya untuk mengenali wanita solehah dan mempunyai akhlak dan maruah yang baik,
Antaranya :
  1. Menjaga Ibadahnya : Wanita Solehah pastinya mereka sentiasa menjaga ibadah mereka seperti tekun dan bersungguh2 dalam beribadah seperti membaca Al-quran,berzikir dan berselawat
  2. Sabar dengan Ujian: Sentiasa bersifat terbuka dan sabar ketika dilanda mehnah, tribulasi dan ujian dalam kehidupan seharian, Pastinya tidak mudah putus asa dalam diri.
  3. Baik Akhlak dan pekerti : Wanita Solehah pastinya sentiasa cuba memperbaiki dan dan menjaga hubungannya sesama manusia. Dia tidak suka menyakiti perasaan dan hati orang lain.
  4. Taat kepada ibu bapa : Menjaga hati dan perasaan serta hubungannya dengan insan yang penting dalam hidup. Memuliakan dan menhormati serta sentiasa membantu keduanya dalam senang atau susah
  5. Menghormati Orang Yang lebih Tua : Sentiasa bersopan santun, lembut bicara dan tindakan tatkala berhubung dengan mereka yang lebih tua.
  6. Baik pergaulannya : Setiap perhubungan yang dibina adalah berlandaskan dengan hati yang ikhlas.

Marilah kita sama sama membentuk dan tarbiyah jiwa, hati dan diri kita menjadi wanita solehah.

Sehari di Kota Bharu

Hari ni jalan-jalan kat KB, sambil2 shopping di KBMall, hantar adik(ida) ke stesen bus, dah nak balik UMT dah mak sedara Insyirah ni,... penatnya... tapi nak juga masukkan entry ni hari ni.
Shopping baju baby Insyirah... dah ada sales tu... beli dalm 2,3 pasang baju utk Insyirah...berabis hari ni.. kebetulan kat 2nd floor ada sale untuk handbag n shoes... pulak tu, diorang tgh wat Happy Hour Sales.. Ada handbag yang nak di letgo RM 10/... he he .. beli lah satu... la la la... ... kira ok lah,.. nak buat gilir dengan yang lain... cadangnya nak beli sandal... tapi takde yang berkenan then tak sempat nak survey kat kedai2 lain... kaki dah lenguh... heu..!!!

Masa ni, nak solat kat Masjid Muhammadi.. tapi cancel...P ke Masjid Jamek Paya RAmbai... antara feveret masjid ni... snap gambar mercu Al-Quran je...kenderaan bergerak perlahan... .entah kereta siapa tu,... sorry ye tuannya .. dah tersnap sekali.. he he :D

Before perfom da solah, my brother's lapar lah,,, emm.. awal lagi ni, so singgah kat DBAYAM Restaurant... restoran nasi ulam kesukaan ku n baba, selain dari Cikgu Nasi Ulam kat Kraftangan. Menu yang kami ambil..
  • Nasi Putih (of Course)
  • ASam pedas Ikan Patin... woi.. sambil nulis teringat2 lagi...
  • Lawar(yang ni best) tapi kurang kaw sikit)
  • Ayam Goreng n ayam Pedas..
  • Sirap Bandung....
  • Pastinya Budu dan Ulam yang fresh.,..
Ha aa ,,, kecur liur... tadi terlupa nak ambil nasi tambah... saya pula?? tak nak tambah... nak jaga berat badan,... huhuhu...Baby Insyirah pun layan...makan.. he he... suka tgk si kecil makan... nak makan sendiri...
* Sekarang ada Pameran Jawi kat Muzium... sampai 17 Dis ni... saya tak dapat nak pegi.. huhuhu... tak sempat tadi.. ruginya...
walah... bis tuk ari ni.... ngantuk daaaaa,

KEDAIKU

www.damaiestore.com

KEDAIKU

www.damaiestore.com

Kek Buah

Assalamualaikum

Lepas Maghrib tadi, buatkan kek buah resepi dari kak hanieliza.. adik ku Ida(cek cik) nak sangat makan kek yang kaklong dia buatkan sebelum dia bertolak balik ke UMT esok.. so bagi tidak menghampakan seorang adik.. kaklong meluangkan masa membuatkan kek buah ini. Inilah hasilnya ..::: sedap dan menyelerakan ... resepinya ada kat bawah tu...

KEK BUAH [versi bakar] *copy dr web kak hanieliza

Bahan A:
250 gm butter
150 gm gula perang [browm sugar]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
5 s/b madu

Bahan B [ayak]
225 gm tepung superfine (saya guna tepun naik sendiri aje)
5 s/b susu tepung
1 s/teh baking powder
1 s/teh soda bikarbonat
1 s/k serbuk kayu manis

Bahan C [rendamkan selama 3 atau 4 jam]
100 g buah prune [cincang]
200 gm buah campur
1 cawan oren juice

hiasan - hirisan badam tau badam cincang

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak [bahan B] dan buah campur [bahan C] berselang seli.
4. Masukkan madu dan kacau rata.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak atau loyang aluminium pakai buang bentuk 4segi.
7. Taburkan bahan hiasan.
7. Bakar adunan kek dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 1 jam.
8. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan.

Luahan Hati ni...

Salamun Alaik..

Takde apa nak buat hari ni... sekadar update kedai dan juga masukkan produk baru.. Sambil2 baca Novel yang baru di beli di Jaafar Rawas... Berhabis duit baru ni beli buku.,.. asalnya nak beli Novel Salju Sakinah, dah baca masa di publishkan di Utusan MAlaysia, tapi tak puashati lah, kena jadikan koleksi juga.. tapi majoriti kedai buku yang dikunjungi dah kehabisan stok.. huhu cedihnya di hati ini.
Novel yang baru beli tajuknya Surah-surah Pilihan.....em.. tak bis lagi baca, nanti dah habis baca, will sharing it here.. :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hai... tudung ku tak siap lagi.,.. sulaman bunga ku terhenti buat seketika.. ingatkan cuti nak siapkan.. tapi tak boleh... tak menang tangan rasanya.. bahaya juga utk baby insyirah.. sedang asyik mama menyulam tiba-tiba insyirah datang kan haru... dah jarumnya tajam..

==================================================================

huhuhu..
kenapalah.. takleh nak upload gambar ni???
lagilah kecewa.. kamera digital ku.. buah hatiku.. rosak..
esok baba nak ke kB.. so minta dia bawa p jumpa dr camera lah...
huhu hu hu... cedihnya.. tak tau nak cakap apa.. kamera tu penting to me.. n my bizz.. mujur cik ngah ada buat masa ni.. leh pinjam kameranya... huhuhu...

tadi.. ambil gambar t-shirt muslimah, dah masuk kan dah kat website damaiestore.com...
cantik2 bajunye... boleh lah dipakai waktu bersantai di pantai nan indah nanti,,,
minta ida tolong poskan tupperware belian kak zila dr selangor.... harapnya dah di pos.. tunggu tracking number nak hantar kat kak zila.. tQ kak zila.. nanti beli lagi yer :)

SePagi Di Taman Permainan

BismillahiRRahmaniRRahim
Assalamualaikum..
Diari Sepanjang Aidil Adha.

Hari KHamis Baru ni keluar ke Bandar Machang, cadangnya nak g Klinik Gigi tapi.. jalan still jam lagi, ramainya anak kelantan balik bercuti ni... ingatkan dah kembali ok .. rupanya tidak lagi... so batal aje nak ke klinik terus ke CIMB bank.. nak reg utk CIMB Click... alhamdulillah, ada parking... he he tapi lupa nak bayar sewa parking .. huhuhu.. kena saman... dapat kad merah.. melayang RM 10 duit ku,..
Kenapalah boleh alpa.. Insyirah and adik bongsuku merangkap ayahsu insyirah ditinggalkan bersama cek chiknya.. selesai.
Ke taman Permainan.. dah janji ngan ayahsu nak ke sana.. tu yang dia teruja nak ikut tu... happy sesangat diorang bermain.

Ha.. gelongsor sayang.. hati2

akhirnya sampai juga ke bawah.BErapa Kali gelongsor ni..
tak nak berenti my baby..
nanti dah ok.. linenya boleh upload lagi gambar kat tmn ni,...

Bertunang sudah dirinya..

cIK di ANd His Fiancee

HAri RAya Aidil Adha, Hari Kedua, pakcik ku telah mengikat tali pertunangan, TAhniah Dr Kami sekeluarga, Moga Kekal dan dapat membina MAsjid yang bahagia nanti...
Suasana Tika Majlis dan persiapan ..

majLis SedANg BerLaNSung ... AyahAmin *(berBaju Hitam )SEbagai Juru Cakap Pihak KAmi,

HanTAran Sempena MAJlIs pertUnaNgan.. SimPLe Aje..

masing2 SiBuk MenyiAPkan Kerja Yang TElah diBAhaGikan.

Sibuk Menggubah HanTaRan Cik Di, Utk TEpak Sirih.. Baba SedANG memBeri IdeanYa

EIDUL ADHA

EIDUL ADHA bakal tiba tidak lama lagi, banyak korban dan pertumpahan darah pada Isnin 10 zulhijjah bersamaan 8 disember 2008, semoga pengorbanan yang dilakukan dapat menyucikan jiwa, di samping memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan.
Tapi kami sekeluarga tidak melakukan pengorbanan pada tahun ini, bukan rezeki lagi,,
Rasanya terlalu awal untuk mengucapkannya tetapi, takut tiada kesempatan selepas ini, jadi kamu sekeluarga mengucapkan SalaM Eidul Adha buat semua, dari maesarah, mohd shukri dan nurhusna Insyirah pada semua.

Re-union Mujaddid 2008

Assalamualaikum...

Pagi tadi dapat gambar reunion mujaddid yang dibuat di Cameron HIghland, Syukran nora, coz sudi sharekan gambar tu dengan k.mae, walaupun diri ini tiada di sana, terasa rugi yang amat, kerana di sana lah medan untuk bertemu mata, bertanya khabr setiap diri yang ada. "kenapa kmae tak datang??" nora bertanya!// bukan taknak datang, tapi suami tak dapat cuti.itupun kerana dia baru start bekerja dengan syarikat baru, dalam tempoh percubaan lagi.. huhu, asalnya memang dah bayar deposit dah kat Shahrul.. nak buat macamana kan?? bukan rezeki ke sana ... Insya Allah reunion kedua nanti,akan ku cuba menghadirkan diri. Walau tidak dapat bersama, kalian tetap di hati. :)

Sebahagian ahli keluarga kami dari kiri, hanifah,kaklong(wahida) 1, 2,3,4*, In, tak cam siapa tu..
belakang >..waet,1,2*mifrah, noor, dan kaklong zaim!!
* bertanda , maaflah, tak berapa nak cam.... ala kulli hal, selamat berkenalan ya, maybe zaujah ust2 mujaddid ni...
.... ME??? takde ..huhuhu... (thanks to nora)sudi emailkan gambar kat kak mae,

Seronoknya tengok gambar tu... majoriti dah bertiga,,, nanti tahun akan datang, bertambah ramai lah jundullah2 dan srikandi akan dilahirkan kan... Insya Allah...

FREE GIFT... PROMOSI PROMOSI

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Sukacita dimaklumkan kedai saya di www.damaiestore.com akan membuat promosi jualan akhir tahun.
Dapatkan juga FREE GIFT di sana... untuk maklumat lanjut : terus ke www.damaiestore.com

Jangan lepaskan tawaran hebat ini ...

WAHAI UMAT QURAN: HASSAN ALBANNA

Assalamualaikum

‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan bumi dengan langit tidak patah atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan,barisan dan kesatuan umat!
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala!
Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa. Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!
Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini. Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini.
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat!
Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu daripada maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda. Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!
Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dan manusia. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan pegangan? Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah. Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.

Haza dzikrun!
Inilah enam peringatan dan enam arahan!
Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

Dipetik daripada buku usrah dan dakwah: Hassan albanna

http://ustazfadhil.blogspot.com/

Insyirah... sukanya dapat berjalan2. Di hospital menunggu pak sepupunya keluar...
Alhamdulillah, Syukur kerana. makcik dan anak2 nya selamat dilahirkan secara pembedahan. ini kerana baby nya berada dalam kedudukan songsang. Dah banyak ikhtiar dibuat, tetapi dah ketetapan Allah untuk mak cik melahirkan bayinya melalui tingkap :).
Makcik masuk dalam bilik bedah dalam pukul 10 dan keluar dalam pukul 1.30 ptg...
ini gambar si kembar, kedua2 boy.. dalam troli utk ke ward

comelkan ???

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel