Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik



JANGAN JADI GELAS..

Seorang guru sufi mendatangi salah seorang muridnya. “ Kenapa kau selalu tampak murung nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?”sang guru bertanya. “ guru, kebelakangan hidup ini hidup saya penuh masalah,”jawab murid. Sang guru tersenyum. “nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.” Dengan tidak bersemangat, si murid melaksanakan juga permintaan gurunya itu.

“ cuba ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam segelas air itu. Setelah itu cuba kau minumnya airnya sedikit.” Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air masin. “masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih mengernyih. Sang guru ketawa kecil melihat wajah muridnya yang meringai kemasinan. “ sekarang kau ikut aku.” Sang guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka. “ ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau. Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang guru.

Si murid mengambil air danau menggunakan tangannya. “ahh,segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangan. Tentu sahaja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin di mulutnya. “terasakah masin garam yang kau taburkan tadi?” soal guru. “ tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang guru hanya membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“nak, segala masalah dalam hidup ini seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyak masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudar diqadar oleh Allah,sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, begitu-begitu sahaja,tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian.

“ tidak ada satu pun manusia yang bebas dari penderitaan dan masalah.” Si murid terdiam, mendengarkan. “ tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya hati yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak berasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan hati dalam dadamu itu sebesar danau”

No comments:

Post a Comment

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel