Followers

Sila Klik :),

tolong klik ya

ikhlaskan hati... mohon klik :)

SELAMATKAN GAZA

SELAMATKAN GAZA
Assalamualaikum
saya Maesarah , boleh panggil sarah/mai .Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID (869605) di area Kuala Krai.Servis Penghantaran seluruh Malaysia via poslaju/skynet juga available. Istimewa pada sesiapa yg membeli produk dgn saya layak dpt konsultasi percuma berterusan,free gift(t&c applied),jemputan ke ekslusif grup tertutup di FB dan dapatkan tips2 yang pelbagai untuk anda.
Contact saya di 0139561249 jika anda perlukan suplemen natural berkaitain dgn penyusuan/menambah selera makan atau juga untuk diet yang baik

Jamuan Akhir Tahun 5C yang ????


Assalamualaikum  

hari ni sekolah ganti yang menggantikan cuti hari Isnin baru ni... khusus ore kelate deh... 
cuti sebab bola..

so ... hari ni seluruh kelas di SKSe mengadakan jamuan ..
memandangkan hari Khamis tu dah bertanya murid menu yang mahu di bawa, ala-ala potluck juga lah, sebab tak pungut duit kan... so mana-mana murid yang nak bawa makanan dibincangkan...

kelas 5C ni hanya adalah 19 orang sahaja anak syurga dan 5 darinya adalah perempuan..
adalah yang sanggup bawa beehon goreng dan yang lain bawa makanan ringan 
saya sebagai guru kelas hanya janji nak sponsor @ sedekahkan  kek dan air .

tapi malam semalam terfikir ... kalaulah yang berjanji tak bawa, apalah anak murid ku nak makan... ;) he he he.. kebiasaannya murid kelas akhir ni .. tak sama macam kelas yang depan...

so... telefon member satu taman nak tempah beehon.. alhamdulillah, thanks tie sebab sudi terima tempahan walaupun masa tu dah jam 9.30 malam dah...

jom layan gambar..............

 Jamuan bermula jam 11 pagi, tapi disebabkan mereka ni tak sabar... 
dua tiga kali datang bertanya..



ini aje yang hadir... 
yang janji nak bawa beehon pun tak datang.... 

 

beehon yang mendapat pujian murid2 


 kek yang di sediakan oleh saya .. 
kek coklat moist


berselera mereka makan, dari kiri,Fakhrul, Aiman Solehin dan Afandi


Firdaus , Azizi dan Fakhrul 

Sahizati, Faiz, Azrul, Fazryy 

Alhamdulillah.. walaupun tak banyak menu yang dihidangkan sebabnya mereka dan makan awal-awal lagi sebelum majlis.. tapi terpancar keseronokan di wajah mereka.. paling best siap tambah-tambah lagi beehon..
yang bagusnya mereka ni.. siap panggil jiran mereka utk menikmati beehon yang ada... 
tahun depan mereka akan melangkah ke tahun 6....
semoga anak-anak syurga ini lebih mengerti erti kepentingan ilmu dan lebih bersungguh dalam pembelajaran.. 

Salam Aidil Adha

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

rasanya baru aje lepas sambut aidil fitri kan???

betapa cepatnya masa berlalu..

Insya Allah ... blog diari mamahusna akan kembali aktif 

harapnya ada lah yang sudi singgah di sini.. dan mendapat sesuatu yang bermanfaat,

untuk yang berpuasa sunat hari ini.. alhamdulillah dan banyakkan berdoa ya ...

saya kongsikan kelebihan Puasa 9 Zulhijjah yang di ambil dari FB Dr Abu Anas Madani



dan sebelum mengundur diri.. hayati pengorbanan dari Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail...

dan jemput baca karikatur yang penuh makna ini (^_^)



Situasi yang perlu di hadapi

situasi tengahari tadi...

2 anak cikgu bergaduh dan ada sedikit kekasaran... berebut naskhah Al-Quran 

sorang (Si A )claim dia dah cop (book) Al-Quran tersebut... yang mana semua Al-Quran di letak di rak yg sama.

sorang lagi ( Si B ) bgtau Quran itu bukan milik siapa-siapa... sape cepat dia dapat... dan kawan2 lain sokong dia... 

Ustazah dalam di lema... dua2 budak bagus cuma masa tu yg sorang mood terlebih sudaah...

so tindakan reflek ustazah masa tu... tegaskan bahawa AL-Quran itu bukan milik siapa2 dan tidak boleh di cop2... sebab ia adalah milik sekolah...
keputusannya siapa cepat dia dapat...

so.. Si A tidak puashati dan menangis dan meluru keluar kelas, blm sempat ustazah kata apa2...

bila di intai berada di tempat persinggahan buku 500m di depan kelas...
menangis dan duduk diam2 di sana... ustazah tak p pujuk pun, takutnya tantrum dia terlebih lagi, dlm hati berdoa dia duk diam2 kat situ.

sblm memulakan pengajian alQuran , ustazah terus pesan pada semua murid tidak boleh sesiapa pun cop atau simpan Al-Quran utk sendiri..

di akhir kelas, bila keluar, Si A meluru kepada ustazah dan bagitau dia tidak bersalah dan menyalahkan Si B ,

ustazah pegang bahunya dan berkata " Ustazah bukan nak marah "sebut namanya" tapi ustazah terpaksa buat sebab Al-Quran itu milik semua orang, dan siapa cepat dia yang dapat" dan kalau ustazah bagi pada "sebut namanya" tidak adil ustazah pada orang lain... dan nanti lain kali orang lain juga akan cop Al-Quran ...
ingatkan makin cool.. tapi hujan lebat turun dari matanya... dan ustazah tidak boleh melayan dia lagi, sebab ada mesyurat..

usai mesyuarat dalam 1 jam .. sambil tunggu mr suami datang... tiba2 kedengaran suara memanggil nama " ustazah" 2x nama dipanggil... rupanya si A yang panggil dengan senyuman dari tingkap di tingkat 2 surau ... lega ustazahnya... melihat dia kembali senyum... mungkin sudah boleh menerima teguran tadi...

Kakak dan hasil kerjanya


assalamualaikum 

sudah lama tidak menulis tentang perkembangan kakak ... 

bila penyakit 'M" melanda, inilah natijahnya...

bersawang blog ... seolah-olah hidup segan mati tak mahu...

tapi tuannya sihat dan semakin sihat...(^_^)

sebenarnya nak mengabadikan hasil kerja kakak insyirah, al-maklumlah kalau tak di ambil gambar dan tiada di masukkan di sini, maybe kertas kerja akan lenyap.. so sekurang-kurangnya, bila anak besar, boleh dia tgk hasil kerja mereka di sinikan?
betul tak kakak? 





ini adalah tapak kaki kakak...
pada mula dia melukis, dia memang tak benarkan mama melihatnya
tapi mama, biasalah ... nakal-nakal sikit ... jeling-jeling nak tahu
:)

yang ni pula , masa kakak tunggu mama di bilik guru, kebetulan baba datang lewat , so kakak akan melepak-lepak di meja dan kerusi mama di bilik guru
mama eja dan kakak tulis... 


yang ni pula projek kakak di rumah
dia lukiskan topeng adikNaufal 
so mama puji kakak " cantiknya kakak buat"
pujian itu dilakukan supaya dia lebih bersemangat lagi dan menaikkan self-esteem 
selepas tu mama minta kakak tuliskan perkataan ADIK di belakang topeng...
mama eja dan kakak tulis


yang ni pula lukisan kakak .. katanya ada awan... ada sungai.. ada mama, baba, adik dan kakak


yang ni pula masa membaca Al-Furqan
sungguh seronok kakak membacanya 

saya seronok mengajar anak mengaji dengan menggunakan Al- Furqan 
anak -anak mudah mengenal nya

sedikit info tentang Al-Fuqan kot-kot ada ibu-ibu yag berminat 

Set Buku Al-Furqan
Harga : RM30

Kandungan Pakej:
4 Buah Buku dan 1 VCD Panduan Mengajar Al-Furqan


Mengenai Produk

Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah
mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.

Keistimewaan Produk

Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
Mengikut kaedah fonetik
Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab


sesuatu yang menggembirakan

assalamualaikum


ehem.............. macam best aje baca tajuk tu kan? tambah2 macam suprise aje..

agaknya apa ya? tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

oh ya , nak bagitau ni SPRINGSALE

Sedang berlangsung di fanpage saya

sesiapa yang berminat boleh klik juga ya

berita gembira juga kan???

**mood : nak update blog je ni

Oh ... ada parasit tinggal dengan Naufal

Akhir januari baru-baru ni, di uji Allah dengan masalah kesihatan Naufal..
Naufal berubah sikap 

1) mudah marah
2) tak selera nak makan
3)badannya panas 
4) berat badan susut 

risaukan suhu badannya naik mendadak, terus menerus "sponging"-basahkan badannya dengan air , moga-moga suhu badannya turun.

tapi jam 3 pagi, rasa tak sedap hati, panas sgt badan dia(rasanya ini kali ketiga naufal ke ER... anak lelaki ini suka ke ER
sampai aje di sana.... dia merengek nak dengan baba, so mama tinggal kat luar, perhatikan kakak insyirah yang sedang  dzzzzzzzzzzzz. dalam kereta.


sedang menunggu nurse
gagah naufal memluk baba..



 kakak lena dalam kereta..
langsung tak sedarkan diri 
mimpi indah kot...........



masa nurse nak check suhu.. terus meraung-raung
anak lelaki ini, memang "bermusuh dgn doktor dan misi"
nak timbang berat pun nangis..
sabar jelah...
itulah dia Naufal...
dimasukkan ubat melalui punggungnya, dengan harapan suhu menurun
tapi  tak turun-turun..
pelik !!!


rupanya ada (piirah)
atau dalam BI dipanggil Tick 
melekat di telinga

alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... cuba guna penyepit nak buang, tpi tak boleh 

akhir sekali , kami beli ear drop di klinik Sahari 
RM 15 sebotol
arahannya : just titik ke dalam telinga.. 
tapi naufal di tepi.. so titik secara kerap
akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................


parasit ini luruh dengan sendirinya
dah mengeras dan besar


mamanya apa lagi
pecahkan... huuuuuuuuuu
darah pekat..

petang tu, naufal dah blh main2 dah..
suhu badan kembali normal

oh... penangan pirah 
psssssssssssss... tak jumpa bahasa standardnya apa.
tapi orang2 tua panggil pirah..
biasa ada pada badan lembu 
tapi yang ni, nak kata 
duk dekat dgn lembu
takdelah pulak..
rasanya di bawa angin......



Pisah Susu (Part 2)

sambungan part 2 dari entry terdahulu

last cerita hari tu, saya sapu vitamin C shaklee tapi misi gagal juga disebabkan kealpaan saya dan hari berikutnya saya cuba tumbuk Alfafa , tapi dia terus menyusu tanpa rasa apa-apa... huhu.. rupanya alfafa tiada kesan juga

Saya bagitau mak, mertua cadangkan bawang putih dan nissay(gula melaka bagi orang luar kelate), tapi mak mencegahnya ,katanya takut side effect pada nipple ibu2... he he faham2lah bawang putih kan panas...

so saya pasrah seketika.......... saya rasa saya mesti cuba buat kaedah yang disarankan oleh mertua saya, sebab katanya semua anak2 dia (mungkin termasuk suami saya) berjaya dengan kaedah tersebut...

so misi saya saya dapatkan nissay dan bawang putih.. opss semuanya dah ada di dapur , so saya cuba ambil sedikit bawang putih, (tak perlu banyak ya, sebab baunya amat2 busuk dan membusukkan) ditumbuk dengan nissay (sikit je-sebesar ibu jari) then sapu di keliling aerola...

alhamdulillah misi berjaya, saat Naufal nak menyusu, saya berdoa da bertawakkal agar misi kali ini berjaya..
bila dia mencuba -akhirnya di tak nak , katanya pedas dan busuk (panas tak seberapa tetapi bau bawang putih tu amat2 busuk, )saya sendiri tak tahan baunya...  tetapi terpaksa hadapi supaya misi berjaya....

alhamdulillah.. alhamdulillah.........alhamdulillah.......... akhirnya Naufal sudah tidak mahu menyusu, bila saya ajak dia menyusu, dengan sendirinya dia menolak..

syukur  Ya Allah... maybe ibu2 boleh cuba,

Buku Pelawat

Sudi kiranya mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan

ikhlaskan hati... mohon klik.... :) syukran

naufal and kopiah ayahsu

naufal and kopiah ayahsu

kakak yg comel

kakak yg comel